Konsert Amal Malam Sinar Syiria. Kebetulan berada di Port Dickson untuk bercuti dan makan malam di Char Kuew Tiaw King. Adinda memang nak sangat mencuba Char Kuew Tiaw King nie. Ok la, malam nanti lepas solat maghrib kita pegi. Nak dijadikan cerita, malam tu di depan Char Kuew Tiaw King nie, punya lah ramai pelanggan. Rupanya ada konsert Amal "Safe the Children of Syiria". Klik disini untuk ke FB rasmi Safe the Children of Syiria Malaysia.
Ramai juga artis yang turut menjayakan konsert amal nie. Antara yang turut serta ialah Bunkface dan Adam AF. Itu adalah subangan mereka. Apa pula sumbangan kita ye...? Artis-artis turun untuk meraikan peminat mereka sambil mengutip sumbangan. Selain sumbangan, turut di buat ialah jualan lelong baju T-Shirt yang di tanda tangan oleh artis ini dimana hasil jualan ini di sumbangkan kepada tabung amal ini.
Mujur teman dating awal sket, ada meja kosong. Kalau tak, jenuh juga la menunggu untuk dapat meja kosong. Nak tunggu order pun satu hal jugak tu. Sebenarnya Char Kuew Tiaw King nie mengadakan usahasama dengan badan amal. Tahniah buat Char Kuew Tiaw King, walau pun pelanggannya ramai masih lagi dapat memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan makanan yang di pesan.
Sambil-sambil menjamu selera, dihiburkan pula dengan live band konsert. Memang best la. Sambil-sambil tu, boleh juga beramal, menginfakkan sejumlah wang sebagai sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan di Syiria.
Teman tak tunggu lama kat sini. Lepas semua selesai makan, terus berani kat balik. Ramai lagi yang berdiri menunggu untuk dapat meja kosong. Apa pun syabas buat Char Kuew Tiaw King Port Dickson atas usaha murni ini. Teman harap dimasa hadapan ramai lagi mengambil konsep ini sebagai satu cara dan usaha untuk membantu mereka yang memerlukan di luar sana.
Terima kasih sebab memberi peluang buat teman untuk turut serta dan beramal di dalam majlis ini.
Terima kasih sebab memberi peluang buat teman untuk turut serta dan beramal di dalam majlis ini.
No comments:
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...