Wednesday, April 16, 2014

Hotel Review : Bayu Beach Resort, Port Dickson

Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ini adalah kunjungan kedua teman di Bayu Beach Resort Hotel. Kali pertama hari tu berada di sini ketika hari keluarga PERKESO 2011 tapi tak teringat nak buat segment hotel review and teman dah lupa pengalaman menginap di Bayu Beach Resort Hotel nie. Klik disini untuk membaca entry tersebut.

Gambar ehsan web site bayu.com

So, untuk percutian kali nie teman pun booking la apartment satu bilik di Bayu Beach Resort Hotel nie. Teman check in dalam 8.30 malam gitu la. Lambat bertolak dari rumah. Sebelum check in tu teman dah siap diner di Restoran Singgah Makan, terletak tidak jauh dari Bayu Beach Resort Hotel nie. Teman tak buat review untuk Restoran Singgah Makan nie. Kalau kome nak tahu lebih lanjut, klik kat sini untuk ke FB Restoran Singgah Makan tu.


Pantai Port Dickson

Selepas check in di lobi, pihak resort telah menempatkan bilik teman di hujung sekali, di blok G, tingkat 2 dan bilik bernombor 1246. Teman ambik single room saja untuk kami tiga beranak nie. Nak ke sana, kena drive. Nasib baik, di sini parkingnya mudah. Teman parking dekat dengan lif. Senang sket nak mengangkut barang. Sebenarnya, teman tak request nak bilik macam mana pun. Janji selesa.

Berdiri saja di hadapan pintu bilik, dah rasa macam nak masuk rumah sewa jer. Ye la kan, dah nama pun service apartment, apa lagi yang boleh dijangka. Pintu grill besi tu tak berkunci pun. Jiran di sebelah, tinggal seorang lelaki  tua berbangsa india. Adalah sesekali nampak dia keluar. Teman agak dia nie suka minum arak, bau busuk beb. Anyway, lantak dia lah. As long dia tidak mengganggu kami sudah.



Basically, nielah view di dalam bilik nie. Hanya sebiji saja lampu di siling dan lampu lain di dinding saja. So, suasana di dalam apartment nie tidak berapa terang sangat. Ruang lantai pula di perkemas dengan jubin (style lama).


Nie adalah view dari dari sliding door di balkoni. Pintu dihujung tu adalah pintu masuk. Disebelah pintu masuk adalah bilik. So, view dari tingkap bilik adalah laluan di pejalan kaki. Itu yang tak bestnya.

Nie lah biliknya untuk yang mengambil single room. Tiada ada apa yang menarik. Bilik ini dilengkapi dengan air cond, ada meja solek dan almari pakaian. Ok lah tu perabut asasnya ada. Cuma komen teman pasal langsir tu, saiznya hanya cukup-cukup ruang tingkap tu jer. Sepatutnya dilebihkan sedikit. Bukan apa, di ruang yang tidak ditutupi, orang boleh nampak kita di dalam. Nasib baik tak orang tak ramai sangat waktu tu.


TV pula masih mengunakan TV kotak bukan TV flat screen tu, tiada remote pulak untuk menukar siaran dan tiada juga siaran Astro. Mengikut customer care, remote TV hanya disediakan untuk bilik tertentu saja. Ada pulak macam tu yer... Rasa sangat membosankan. Tak apa la kan, janji ada tempat tidur yang selesa. Motif utama bercuti di sini hanya untuk mandi laut. Nampak tak gambar dibelakang TV tu, sapa lah yang membuat susunan macam tu... :)



Hehehehe... ada jugak nota macam nie. Ok lah tu, kita ada remote hand untuk tolong adjust TV reception... Nasib baik reception semua siaran ok. Kalau tak, siap kome teman suruh tolong adjust kan :d.

Nie pulak ruang untuk menonton TV. Ada set sofa cukup untuk 4 orang. Ok lah tu, boleh duduk-duduk sambil tengok laut.

Apartment single room

Macam service apartment yang lain, kat sini ada juga di sediakan ruang dapur. Cuma tiada dapur untuk memasak. Turut disediakan ialah peti sejuk kecil bersama air mineral didalamnya. Pihak hotel turut juga menyediakan welcome drink. Boleh la bancuh sendiri kalau nak minum tu...



Nie ialah view bilik dari balkoni di ruang tamu. Pemandangan dihalang oleh pokok yang tumbuh meninggi. Tapi kira ok la, dari duduk di bilik dan mengadap jalan tu :). Boleh lagi nampak laut. Disini anginnya sepoi-sepoi bahasa jer. Idak lah mengganas sangat macam di pantai timur tu. Nak terbangkan layang-layang yang teman bawa pun tak boleh. So, simpan jer la.


Bayu Beach Resort, Port Dickson

Pakej bilik termasuk sekali dengan breakfast untuk dua orang. Breakfastnya di Garden Terrace. Actually, breakfast disini ala kadar saja. Menu yang dihidangkan pun ala kadar saja. Tak banyak sangat menunya.

Bayu Beach Resort

Hari pertama, menu breakfast yang ada ialah nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, roti bakar, sosej bersama baked bean, cereal dan tembikai sebagai pencuci mulut. Air pula, ada air orange, air mangga, teh dan kopi. Untuk hari kedua pula, menu breakfast nya adalah sama saja seperti hari sebelumnya. Cuma cereal tidak dihidangkan dan pencuci mulut ditukar dengan honeydew. Untuk mereka yang stay lama kat sini, menu sebegini agak membosankan lah. Anyway, teman tetap bersyukur pada apa yang ada. At least ada jugak sarapan di pagi hari nie. Tak perlu bersusah-susah nak cari sarapan di tempat lain.

Lately nie Aisar memang suka makan cereal. So, dia nak cereal jugak. So kena buat order berasingan. Satu mangkuk mix cereal ini adalah RM9.00. Disebabkan pihak cafe kekurangan coco crunch, maka mereka bagi free je breakfast untuk Aisar nie. hehehehe... nasib baik free :d


Bersebelahan dengan Garden Terrace pula terbentangnya kolam renang untuk mandi-manda. Aisar sambil makan cereal, sambil menjeling kolam kat sebelah tu... Tak sabar nak masuk dalam air lah tu.

To the beach


Teman ke kolam nie sekali jer. Itu pun pada hari pertama saja. Waktu lain habis ke laut saja. Aisar kata best lagi mandi kat laut tu. Boleh main-main pasir kat pantai. Kat kolam tu tak boleh nak main pasir. Apa-apa hal, sebelum mandi laut tu kenalah dulu sapu sun block. Kalau tak confirm kena sun burn. Tempat mandi kanak-kanak di kolam tu agak kecil.

Nie persekitaran di Bayu Beach Resort. Antara apartment yang ada. Kalau ambik bilik mengadap pool view, tak nampak lah pantai dan laut.





Nie ialah view mengadap laut selat Melaka. Nampak tenang saja kan. Angin pun sepoi-sepoi bahasa saja.

Sea view

Nie pulak deretan peti surat. Lupa pulak nak check, ada surat untuk teman :d Lorong di tepi peti surat nie jalan pintas dari block G untuk ke pantai atau pun ke cafe. Sambil jalan tu, sambil menghirup udara segar di tepi pantai.


Post box

Ok, lepas nie ke pantai pula. Kalau nak ke pantai, bukannya jauh pun. Jalan kaki je, dah sampai. Lebih kurang 5 minit berjalan jer. Dekat je... Nie antara alasan yang baik, kenapa teman pilih Bayu Beach Resort nie. Walaupun ianya tidak begitu gah sangat, tapi faktor yang best sebab Bayu Beach Resort nie dekat dengan pantai. Gambar di bawah nie view dari pantai ke apartment.

Sea view, Bayu Beach Resort

Pantainya luas. Sesuai sangat kalau nak buat family day disini. Tapi, peralatan perlu disediakan sendiri lah kalau nak buat program macam nie.

Pantai Port Dickson

Nie antara view yang sempat teman snap dengan mengunakan Samsung Tab 10.1 nie. Nie pelampung untuk disewa. Teman tak pasti berapa rate sewanya. Lagi pun, pelampung yang Aisar guna teman bawa sendiri.

Beach view

Disini ada banana boat. Kalau nak nak naik, charge nya dalam RM15 jer. Penumpang akan dibawa pusing-pusing di sekitar laut Port Dickson nie selama lebih kurang 30-45 minit setiap perjalanan. Banana bot nie akan di tarik oleh jet ski sehingga ke tengah laut tu. Jangan risau, setiap penumpang akan diwajipkan memakai jaket keselamatan. Teman tak naik pun, risau nak bawa Aisar sekali. :) Risau jatuh dalam laut. Walau pun jaket keselamatan untuk kanak-kanak ada disediakan. Tapi, teman tak berani nak ambil risiko tu.

Kalau sewa bot kecil yang muat dalam 4 orang tu, harganya dalam RM30 seorang. Bot nie pun akan ditarik sama macam banana bot tu.


Sea view, Laut Port Dickson, banana boat

Pasir di Pantai Port Dickson nie bersih. Sebagai pengunjung, kita kenalah menjaga kebersihan pantai nie. Pihak majlis dan pengurusan hotel turut bersama memainkan peranan menjaga kebersihan pantai nie.

Pantai Port Dickson
  
Selepas air laut pasang, memang seronok mandi laut kat sini. Macam-macam gaya renang boleh di cuba. Lautnya tak lah bergelora sangat. Sambil berendam boleh tengok kapal terbang lalu lalang nak landing kat KLIA tu. Waktu nie tengah heboh pasal kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 tu. Kebanyakkan pesawat terbang rendah. So kita boleh kenal pesawat tu dari mana. Pasal MH370 tu, kita hanya mampu berdoa sajalah untuk ke semua penumpang. Teman tak buat apa-apa entry pun pasal MH370. Malas. :) Lagi pun, teman nie bukannya wartawan. Cuma hidden blogger jer.

Agak-agaknya la, penumpang dalam kapal terbang tu nampak tak kami yang tengah duduk bercanda di pasiran pantai nie :d

Nie antara keindahan alam yang tak dapat kome tengok di pantai timur. Di sepanjang pantai barat Melaysia nie, kome boleh tengok matahari terbenam. Kagum dengan keindahan alam dan bersyukur teman di atas segala nikmat yang Allah kurniakan buat kami. Sesungguhnya betapa lemahnya manusia ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.


Sunset at Port Dickson, Matahari terbenam di Port Dickson

Sunset at Port Dickson, Matahari terbenam di Port Dickson

Teman tak tunggu sampai matahari mencecah di ufuk barat tu. Malas nak tunggu, lagi pun maghrib nak masuk waktu dah. Kena prepare Aisar, mandi dan makan malam.

Ok, tamatlah sudah review untuk Bayu Beach Resort nie. Kalau kome berminat nak kesini, bawah nie kongsikan ratenya untuk tahun 2014. Untuk maklumat lebih lanjut tentang harga dan promosi terkini, kome boleh klik disini.


Bayu Beach Resort rate per night


Macam biasa, nak kongsikan bintang kepuasan dan keseronokkan menginap di Bayu Beach Resort nie.


6 comments:

  1. Berdasarkan kepada bintang yang diberikan..banyak lagi perlu di naiktaraf.....sebab harganya boleh tahan....



    ReplyDelete
  2. bilik dia simple giler kan??tapi kalau check in macam nie memang kita banyak habiskan masa kat luar daripada dalam bilik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. lupa plak..pasal tukar domain tu sebenarnya senang jer..sy tukar pun mengikut tutorial bergambar mizz aiza yang ini...

    http://www.mizzaiza.com/2014/01/menukar-domain-dot-com.html

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Bilik dia simple..tp kkdg tringin gak bilik gempak..kikiki mcm ros bru ni g lgkwi..bilik simple je sbb untuk tdo je..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, teman setuju dengan ROS... sebab tu lah teman bagi rate 2 star jer...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...