Tuesday, April 29, 2014

Berkongsi tips untuk membeli rumah dan kereta dalam masa 5 tahun

Macam mana nak beli rumah dan kereta dalam tempoh masa 5 tahun. Seorang jutawan Hong Kong berkongsi rahsia bagaimana untuk mencapai matlamat ini. Kome boleh baca tipsnya disini.


Gambar ehsan Google.

Menurut perkongsian jutawan tersebut, katakanlah pendapatan kome RM2,000 sebulan. Kome boleh hidup dengan baik. Itu pun jika kome bujanglah. Jika kome sudah berkahwin dan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dan tinggal di Lembah Klang, pendapatan sebegini memang tidak mencukupi.

Tips ini mungkin berguna buat mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Pada tahun pertama mungkin agak perit sedikit. Tapi perlu di ingat, setiap tahun pendapatan akan meningkat di sebabkan kenaikkan gaji tahunan.

Mengikut jutawan tersebut, pendapatan kome itu perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu RM600 (30%), RM400 (20%), RM300 (15%), RM200 (10%) dan RM500 (25%). Peratusan pembahagian tu seperti yang teman kongsikan.

Peratusan pertama sebanyak 30% itu adalah untuk perbelanjaan seharian, makan dan minum.  Dari RM600 sebulan tu atau RM20 sehari untuk makan dan minum. Agak-agak cukup tak?

Peratusan kedua sebanyak 20% adalah peruntukkan sosial. Perlukah untuk bersosial di peruntukkan sejumlah wang. Sosial nie boleh termasuk langganan broadband, belanja kawan-kawan dan segala yang berkaitan. Sebelum ini teman ada kongsikan tips untuk naik pangkat. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Sosial menyumbang 80% kejayaan atau peluang kenaikan pangkat di sanping memberi peluang untuk menonjolkan diri.

Peratusan ketiga sebanyak 15% adalah untuk peruntukkan belajar atau menambah pengetahuan. Ini boleh dilakukan sama ada belajar secara formal atau sekadar membeli membeli majalah berkaitan untuk menambah ilmu. Dengan ilmu, seseorang itu akan lebih berkredibility serta meyakinkan dalam penampilannya.

Peruntukkan keempat sebanyak 10% simpanan atau tabungan yang digunakan untuk memberi ganjaran pada diri sendiri. Tabungan ini membolehkan kome untuk melancong atau membeli gadget impian kome.

Peruntukkan terakhir pula, sebanyak 25% digunakan untuk pelaburan. Pelaburan ini boleh jadi dalam bentuk saham amanah atau disimpan didalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang menarik.

1 comment:

  1. untung orang bujang yang belum berkahwin..dapat ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk masa depan....

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...