Sunday, November 22, 2020

Kuliah : Istiqomah jaga lidah

Pagi ini, teman nak kongsikan istiqamah kita untuk menjaga lidah Lidah tidak bertulang, tetapi ia berupaya untuk mengegar dunia. Lidah juga mampu untuk menusuk hati kalbu, dan perlu ingat lidah juga mampu menghadirkan dosa buat kita.

عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا


Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi S.A.W baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan.

Lidah
Gambar ehsan Google.


Pengajaran:

  1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.
  2. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.
  3. Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.
  4. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh malaikat dan akan dihisab.

Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ 

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf:18]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


12 comments:

  1. Menbinasakan..ya lisan atau lidah mampu membinasakan manusia.

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kekuatan untuk dapat menjaga lisan selalu.

    ReplyDelete
  3. Sebelum bercakap kena fikir dahulu.

    ReplyDelete
  4. sebab itu pilihan yang terbaik ada dua sahaja.

    bercakap yang bak-baik atau diam sahaja

    ReplyDelete
  5. berhati-hati dengan lidah..

    moga kita semua dilindungi Allah daripada perkara buruk akibat lidah yang tidak bertulang

    ReplyDelete
  6. jom kita muhasabah diri bersama :)

    ReplyDelete
  7. sebab apa yang ditutur adalah satu doa.. jadi jaga lidah sebut yang baik baik.. doa yang baik baik.. ingatan untuk diri sendiri nihh :)

    ReplyDelete
  8. tu la..mulut juga penyebab orang terasa hati..paling susah nak jaga

    ReplyDelete
  9. syukran for sharing..guna lidah utk rebut pahala..

    ReplyDelete
  10. Semoga Kita terus istiqomah tq atas reminder

    ReplyDelete
  11. skrg lidah x byk berckp sblk nya jari yg lbh terkedepan dlm menyebarkan fitnah, berkata buruk etc...

    ReplyDelete
  12. Oleh itu, lebih baik kita lebih banyak mendengor dari bercakap, ye dak. :)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...