Thursday, May 10, 2018

Petua : Bayam untuk menghaluskan kulit wajah

Ramai yang impikan kulit wajah yang halus dan bersih dari sebarang cela. Ada yang pelbagai produk kosmetik yang melambak di jual di pasaran. Tak dinafikan, ada yang berkesan dan ada juga yang mendatangkan kesan sanpingan.

Sayur bayam hijau

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dengan hanya mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Kome dapatkan bahan-bahan nie;

  • Segenggam sayur bayam hijau
  • Sebiji telur (di ambil kuning telur sahaja)
  • Madu lebah
  • Air mawar

Cara nak membuatnya macam nie ye... mula-mula, sayur bayam hijau tu di bersihkan. Jangan kome masak pulak sayur bayam tu...🤗 ok... Lepas tu, kome blend atau kisar bayam tu bersama sedikit air sehingga halus. Kemudian, campurkan bersama kuning telur, madu dan air mawar. Gaul kesemua bahan ini sehingga sebati. Bahan ini, kome boleh la simpan di dalam peti sejuk ye.

Jadikan bahan nie sebagai masker. Amalkan dua kali seminggu, kulit wajah kome akan menjadi halus dan lembut.

Selamat mencuba ye.


1 comment:

  1. Jadikan masker ok lagi. Kalau suh minum, tak sanggup. haahhahahhah

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...