Thursday, May 19, 2016

Petua : Hilangkan sunburn secara semulajadi

Hilangkan selaran matahari atau sunburn secara semulajadi. Setiap hari kulit terdedah kepada matahari yang Boleh menyebabkan sel-sel kulit rosak dan berlakunya kesan selaran matahari atau sunburn. Kulit yang terdedah lama kepada matahari akan menyebabkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua. Dalam entry petua kali ini, teman akan kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan.


Sunburn

Gambar ehsan Google.

Petua 1
Selepas berjemur lama dibawah sinaran matahari, sapukan sedikit mayonis pada kulit. Untuk mendapat kesan yang lebih sensasi, sejak kan terlebih dahulu mayonis tersebut sebelum disapukan pada badan.


Mayonis

Gambar ehsan Google.

Petua 2
Gosokkan hirisan tomato pada kulit wajah yang terjejas secara perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.


Hirisan tomato

Gambar ehsan Google.

Petua 3
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan ambil lendirnya untuk disapukan pada badan yang terkena selaran matahari atau sunburn itu.


Lidah buaya

Gambar ehsan Google.

Petua 4
Kisar beberapa timun kecil sehingga hancur, kemudian campuran dengan dua sudu susu tepung. Setelah sebati, sapukan pada wajah seperti masker.


Timun

Gambar ehsan Google.

Petua 5
Buah tembikai boleh menyejukkan kulit yang terkena sunburn. Hiris nipis-nipis tembikai dan tekankan dengan lembut pada bahagian yang terkena sunburn.


Tembikai

Gambar ehsan Google.

Sebelum nie, teman ada juga kongsikan petua merawat masalah sunburn nie. Kome boleh baca disini ye. Apa pun, selamat mencuba petua nie ye.

1 comment:

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...