Tuesday, May 31, 2016

Hotel Review : Fuller Hotel, Alor Setar

Fuller Hotel, Alor Setar. Ini merupakan kali pertama teman check in di Alor Setar. Perjalanan kali ini bukanlah untuk bercuti. Tapi, sekadar memenuhi undangan sahabat ayah di Kampung Pergam, Mukim Tebengau, Kuala Kedah. Melihatkan keadaan cuti sekolah, traffik lebuhraya pastinya akan sesak. Ada juga survey untuk dapatkan homestay di Alor Setar. Tetapi, kebanyakkannya tidak memberikan respond yang baik. So, option lain yang ada perlu cari hotel. Plan awal hanyalah untuk tidur semalaman dan teman jangka akan sampai waktu malam di Alor Setar. Kalau ambil homestay pun macam problem je. Maklum la, sampai lewat malam. Apa lagi, terus meng Google cari hotel. Segala apps yang teman install kat IPad nie teman guna... Booking.com, TRIVAGO dan AGODA. Last-last terpandang satu tawaran yang sangat menarik dan cool di AGODA. Memang teman nak cari hotel yang ada 3 bilik, tapi tak berbaloi kalau setakat nak tidur dan check out pukul 9 pagi. So, dapat satu hotel nie untuk 3 bilik semalaman dengan harga RM250 tidak termasuk cukai dan sarapan. Rata-rata homestay di Alor Setar pun sewa semalamannya dalam RM300. Apa lagi, teman terus confirm kan booking dengan AGODA untuk 3 bilik di Fuller Hotel.

Teman bertolak Saujana Utama pukul 12:30 tengahari. Singgah Tanjong Malim ambil family member yang lain terus drive menghala ke utara. Disebabkan belum lunch lagi, teman singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah. Kiranya nie adalah kali ke dua teman singgah makan disini. Kalau nak tau apa yang best dekat Nasi Bamboo Sungai Klah nie, kome boleh klik kat sini yek. Selesai makan dan solat, terus menghala ke utara menuju ke Alor Setar.

Hotel Fuller 
Gambar ehsan Google.

Dalam pukul 8 malam gitu, kami tiba di bandar Alor Setar. Hari pun dah malam, sebelum check in, teman pusing-pusing bandar Alor Setar untuk mencari tempat makan best disini. Sambil-sambil tu, adinda sibuk meng Google cari tempat makan. Sebab hari pun dah malam, cari spot makan yang dekat dengan hotel je. So, untuk kunjungan pertama malam nie, kami singgah makan di Char Kuey Teow Iman. Klik disini kalau nak baca pasal Char Kuey Teow Iman.

Selesai menjamu selera, teman bergerak untuk check in di Fuller Hotel. Tak jauh pun dari lokasi Char Kuey Teow Iman ke Fuller Hotel nie. Tak sampai 10 minit pun memandu dah sampai di Hotel Fuller. Nasir baik Fuller Hotel menyediakan basement parking. Ingatkan open parking je. Apa pun terbaik la 👍👍👏👏 dan syabas di ucapkan pada pihak pengurusan Fuller Hotel yang masih berupaya menyediakan kemudahan seperti ini, walaupun Fuller Hotel boleh di anggap sebagai budget hotel. Parkingnya hanya satu level saja. Agak terhad juga. Kalau musim cuti sekolah, mesti parking penuh. Kalau basement parking penuh, boleh je parking kat luar.

Fuller Hotel  
Urusan check in pun mudah je. Semua berjalan lancar. Staf yang melayan tetamu sangat friendly dan mesra pelanggan. Mereka siap bagi tips tempat-tempat makan menarik yang banyak terdapat di sekitar bandar Alor Setar. Lagi pun, di bandar Alor Star nie banyak lokasi best untuk makan-makan.

Lepas check in terus naik lif cari bilik masing-masing. Disebabkan hari pun dah malam, badan pun penat, lupa pulak teman nak snap no bilik 😏... sebaik masuk bilik, mata tertumpu pada katil je... not bad... Katilnya besar... 🤗😘😋...

Fuller Hotel  
Biliknya pun bersih. Perabot yang disediakan pun simple je. Ada tempat untuk sangkut baju, cermin untuk bersolek, TV flat screen dilengkapi dengan saluran Astro HBO dan Fox Premium serta cerek elektrik. Turut disediakan juga welcome drink. Jadi bolehlah buat air yang disediakan tu.

Fuller Hotel 

Flat Screen TV

Penyangkut Baju

Welcome drink

Welcome drink

Kalau hendak mengosok pakaian, iron disediakan di satu ruang berhampiran dengan tangga kecemasan. Ok la tu, at least ada kemudahan macam nie.


Iron board

Perhatian, pintu tangga kecemasan tu one way saja tau. Nak masuk dari pintu kecemasan tu memang tak boleh tau, melainkan ada orang tolong bukakkan dari dalam. So, jangan dengan sengaja nak turun ke tingkat bawah guna tangga kecemasan. Teman dah kena... Nasib baik wife tolong bukakkan pintu tu...

First time menginap di budget hotel, dan ada pula kad diskaun untuk next stay... Hotel 5 bintang pun tak buat macam nie... So, sapa yang selalu travel ke Alor Star nie, boleh la simpan kad diskaun nie...


Fuller Hotel Discount card

Fuller Hotel Discount card

Ok, berbalik semula ke review bilik hotel nie. Dari segi kebersihan, memang bilik nie bersih. Maklum la hotel baru...

Nie bilik mandinya, bersih, simple dan selesa... Di lengkapi dengan water heater...


Fuller Hotel - Bath room

Keesokkan harinya, dalam pukul 8 pagi gitu teman dah check out... mula start menjelajah mencari tempat best untuk breakfast di bandar Alor Setar. Teman tak sempat nak buat entry pasal tempat breakfast best di Alor Setar nie. Lain kali, kalau berkesempatan ke Alor Setar, teman buat entry pasal tempat makan kat sini.

Apa pun, macam biasa nie review teman untuk Fuller Hotel, Alor Setar. Mungkin sebab hotel nie baru masa teman menginap, teman bagi bagi rating yang agak tinggi.

 Kebersihan bilik
 Kemudahan yang di sediakan
 Khidmat pelanggan di kaunter pendaftaran
 Kepuasan (secara keseluruhan)
 Value for money

1 comment:

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...