Friday, April 25, 2014

Lingkup sudah decoder ASTRO

Teman masih lagi bertahan menguna decoder ASTRO yang biasa tu sejak mendaftar menjadi penguna ASTRO dari tahun 2010 lagi sehinggalah April 2014 nie. Actually decoder ASTRO  yang teman guna nie adalah milik teman sendiri. Sebab teman yang membelinya sendiri. Waktu tu brand new la... So, sejak 2013 pihak menjalankan operasi untuk menukar decoder yang biasa ke decoder Beyond. Pihak ASTRO memujuk teman untuk menukar decoder tu dengan bermacam-macam pakej yang mereka tawarkan. Tapi teman menolakknya sebab tiada keperluan untuk menukarnya. Lagi pun pihak ASTRO hendak teman memulangkan decoder teman tu. Itu yang teman tak setuju, sebab decoder tu teman beli sendiri. Walaupun mereka memberi secara percuma untuk decoder Beyond yang baru tu, tetapi tetap tidak setuju sebab terdapat sedikit penambahan didalam bil. Penambahan tu tidaklah banyak sekitar RM3+.00 jer. Tetapi teman tetap tidak setuju sebab teman tak nak membayar lebih. Sekarang nie teman dok bayar RM1++.00 untuk siaran ASTRO saja. So, nak buat apa bayar lebih lagi :d


Nak dijadikan cerita, malam ahad semasa tengah seronok menonton Fear Factor Malaysia tu. Tetiba, poppppp.... gelap je.... ada sound bip...bip...bip... apa hal pulak lah tu... Teman try OFF dan ON semula. Tak ada apa-apa perubahan. So, confirm la decoder ASTRO tu dah kaput... Keesokkannya try cari decoder baru kat kedai. Perggg.... tokey tu kata decoder ASTRO tidak dijual... yang ada dijual hanyalah decoder second hand yang tidak terjamin ketahanannya. Silap hari bulan baru guna sebulan dah lingkup.

So, nak tak nak kena tukar decoder ASTRO Beyond. Pertukaran decoder tu melibatkan penambahan dalam bil sebanyak RM2+.00. Nak tak nak, kena proceed jugak. Bila dipertimbangkan balik, apa ke hei teman teman tukar decoder Beyond dan charge bulanan bertambah RM3+.00. Baik teman upgrade terus ke ASTRO Beyond HD PVR. Bayaran bulan bertambah dalam RM3+.00 jugak. Cuma untuk pertukaran disebabkan teman nak guna kabel yang sedia. Untuk pengetahuan, kalau kome nak guna ASTRO Beyond PVR. Kome perlu ada dua kabel ke ASTRO satellite dish tu. Teman nak nak guna penambahan kabel lagi sebab kabel sedia ada sudah ditanam didalam dinding. So, pihak ASTRO memberi pilihan menguna SATCR LNB dengan penambahan RM100 dan bayaran keseluruhan untuk pertukaran adalah RM150. Teman OK jer. Kalau kome nak tahu SATCR LNB tu apa, klik la kat sini, baca dan faham sendiri :d Dengan decoder baru nie, warranty dan kerosakkan decoder akan ditanggung oleh pihak ASTRO. So, penguna tak payah nak susah-susah nak beli sendiri decoder tu. Kalau nak tahu pasal ASTRO Beyond PVR klik disini.

Selain dari kabel, satellite dish juga akan di tukar kepada satellite dish beyond.



Ok, berbalik pada SATCR LNB tu... Kat SATCR LNB nie ada dua port. So, kalau kome ada dua TV and nak guna dua decoder boleh lah tab kat port nie. Tempoh pemasangan ada 30 hari. Perggg bunyi macam lama jer...  Dua tiga hari selepas teman buat panggilan ke pihak ASTRO untuk pertukaran tu, petang rabu teman dapat SMS berkenaan appointment dan hari jumaat installer datang pasang.



Inilah decoder ASTRO baru dengan sistem PVR. Hard disk dalam PVR tu lebih kurang 300G cukup untuk rakaman selama 100 jam. 




Sudah pun siap di pasang. Untuk load configuration channel yang teman subscribe, perlu ambil masa 4 hingga 5 jam baru selesai configure channel tu. So, sekarang nie tak main la tengok HBO 411... :d  Mudah sangat untuk guna fungsi record nie. Cuma ikut saja arahan yang diberi. Mudahkan, cuma tekan button R jer kat remote control decoder tu. Kome boleh atur sendiri rancangan yang kome nak tengok. Record, kemudian tinggalkan. Kalau ada rancangan ditayangkan serentak, kome boleh rakam rancangan satu lagi tu sambil menonton rancangan yang kome nak tonton tu. Maksimum rakaman dalam satu masa adalah dua channel saja.

Kalau nak tau apa channel yang ada bila kome melanggan pakej ASTRO HD, klik disini.

3 comments:

  1. Masa kami nak tukar hari tu..
    Just cancelkan acc sedia ada..
    Kira cam putus hubungan dengan Astro..

    Lepas tu sign up balik as new subcriber Astro Byond..
    Free Of Charge..

    Banding kalau tukar.. banyak pulak caj nyer.

    ReplyDelete
  2. Kalo nak kekalkan single cable aje (teman dok apartment) bukan kena guna SATCR ke?

    Teman check ngan astro td ...dia ckp LNB tu mmg dah included dlm installation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la... Untuk dua cable, benda tu memang dah include dalam installation... Yang advise tu pun ASTRO call centre jugak... Based apa yang dapat dari Google, SATCR tu pun refer to LNB jugak... LNB to refer to Low Noise Block... so teman assume, itu benda yang sama. Boleh refer kat sini...
      SATCR LNB

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...