Buat blog walking... kebanyakkan, teman-teman buat entry ucapan selamat hari raya. Teman pun nak jugak buat ucapan Selamat Hari Raya kepada pengunjung blog teman nie...
dengan pantun...
Seperti amalan sekian lama 
Pantun seloka sempena raya 
Saban tahun Insya Allah akan ada 
Buat ‘jajan’ sebelum berbuka 
----------------------------------------- 
Pejam celik tak sedar masa 
Ramadan kini di penghujungnya 
Syawal pula siap sedia 
Untuk muncul menggantikannya 
Jualan murah merata-rata 
Bazaar Ramadan makin surut peniaganya 
Surau pula jangan cerita 
Bukan penuh tapi makin lengang pula 
Pejabat juga semakin sepi 
Parking kat bawah pun banyak lagi tadi 
Ramai yang hilang dah mula bercuti 
Teruk la gamaknya highway hari ni 
Bagi semua warga kota 
Pulang ke desa penuh ceria 
Biarpun jem tak mengapa 
Tengah semangat nak berhari raya 
Yang tua yang muda sama sahaja 
Tengah sibuk ‘fine tune’ segalanya 
Kemas rumah service kereta 
Tokey kedai amatlah bahagia 
Bila berarak menuju ke desa 
Ikutlah aturan dijalan raya 
Laluan kecemasan pun boleh kalau nak guna 
Cuma samannya berganda-ganda 
Yang nak motor, yang naik kereta 
Jangan lalai janganlah leka 
Kita cuma nak balik raya 
Bukan ke Sepang untuk berlumba 
Tahun ni juga bakal bermula 
Kamera dipasang merata rata 
Bukan Nikon, Canon pun tak juga 
Tapi kamera untuk hantar speedtrap kat kita 
Tiba di desa penuh gembira 
Mercun bola jangan dicuba 
Nanti menyesal penuh duka 
Nak makan ketupat jari dah tak ada 
Sebelum off laptop sekejap lagi 
Marilah kita maaf memaafi 
Salah dan silap tersentuh dihati 
Janganlah simpan didalam hati 
Tutur kata umpat mengata 
Adalah lumrah manusia biasa 
Sempena Syawal yang bakal menjelma 
Ampun dan maaf teman pinta. 
Selamat Menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari teman kepada anda semua... atee... apa tunggu lagi... Jom balik kampung... :D

hehehe sgt sronok cuti lama sampai semggu lebih.. ;D
ReplyDeleteselamat hari raya jugak! ;)
selamat hari raya jugak eih.. =)
ReplyDelete