Thursday, May 3, 2018

Petua : Untuk mengatasi masalah kelumumur

Masalah rambut berkelumumur nie selalunya pakej sekali dengan rambut gugur. Sebelum-sebelum nie teman ada juga la kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah kelumumur di kepala tu. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan lagi beberapa petua yang teman terbaca di majalah tak lama dulu. Kome boleh mencuba petua ini untuk mengatasi masalah rambut berkelumumur.

Kelumumur

Gambar ehsan Google.

Petua 1
Mengunakan limau nipis untuk menghilangkan kelumumur. Limau nipis hendaklah di belah dua dan perahkan ia di atas kepala dan ramas kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan sekerap mungkin selepas bersyampu. Ini akan membuatkan kulit kepala berbau harum dan membantu mengatasi masalah kelumumur.

Petua 2
Ambil 10 biji belimbing buluh, kemudian cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Setelah itu, sapukan dengan rata pada kepala dan rambut sehingga campuran itu habis. Kemudian, balut kepala dengan tuala dan biarkan sekejap. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Balut rambut

Gambar ehsan Google.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian. Masukkan kedalam mangkuk atau gayung. Setelah itu masukkan air kedalam bekas tersebutDan rama daun-daun tersebut sehingga keluar lendirnya. Guna air ramasan tersebut sebagai syampu. Amalkan selalu.

Selamat mencuba petua-petua di atas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...