Monday, May 7, 2018

7 tempat rahsia yang tidak boleh di lawati

“Now Everybody Can Fly”, nie tag line Air Asia. Tapi, dalam dunia nie, bukan semua tempat kita boleh pergi tau... tak boleh main terjah gitu pergi ke tempat tu... dunia bebas, dunia tanpa sempadan konon. Tapi realitinya, ia tidaklah bebas seperti yang kome fikirkan. Malah, banyak tempat didunia nie yang tidak boleh di access sebarangan, contohnya markas tentera, kelab-kelab eksekutif dan sebagainya.

7 lokasi rahsia tu teman kongsikan di bawah.

1. Snake Island
Snake Island atau penduduk tempatan memanggilnya Ilha da Queimada Grande, bukan saja sukar di access, malah tak mungkin kome nak melawat tempat nie. Snake Island ialah sebuah pulau kecil yang cantik di Brazil dan dihuni lebih 4000 ular paling berbisa dan boleh membawa maut.

Racun Ular Kapak Emas Lancehead sangat berbisa sehingga mampu mencairkan daging manusia.

Pulau ini di anggap sangat berbahaya sehingga kerajaan Brazil mengharamkan pengunjung untuk memasukinya.



Video ehsan YouTube.

2. Svalbard Global Seed Vault
Satu lagi tempat yang sangat sejuk yang anda tidak boleh memasukinya iaitu Svalbard Global Seed Vault. Ia dibina untuk menyimpan biji benih yang boleh digunakan sekiranya berlaku bencana alam terburuk.

Svalbard Global Seed Vault.

Gambar ehsan Google.

Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik kebal ini. Malah, wakil negara yang menyumbang biji benih kepada Svalbard Global Seed Vault juga tidak di benarkan masuk ke tempat ini. Bilik kebal ini terletak di Pulau Spitsbergen, Norway iaitu berhampiran Longyearbyen di kepulauan Svalbard Artic yang terpencil.



Video ehsan YouTube.


3. Google Datacenter
Google Datacenter di kawal rapi seperti Area 51. Ia adalah kemudahan pusat data yang besar yang digunakan oleh Google untuk menyediakan perkhidmatan mereka yang menggabungkan sejumlah besar penyimpanan digital.

Ia adalah lokasi yang dibina dengan ciri keselamatan tinggi yang menyimpan trilion rekod data.



Video ehsan YouTube.

Video di atas mengunakan 360 view. Menarikan tour yang di buat. Seolah-olah kita memasuki tempat tersebut.


4. Area 51
Pengkalan tentera ini terletak di Nevada, kira-kira 80 batu dari pusat bandar Las Vegas. Mengikut laporan rasmi, tujuan utama Area 51 adalah untuk penyelidikan dan pembangunan pesawat eksperimental dan persenjataan.

Menariknya, kewujudannya hanya di akui pada tahun 2013. Namun kerajaan Amerika mendakwa pengkalan itu tidak wujud.



Video ehsan YouTube.

Kebanyakan orang percaya bahawa pengkalan itu bukan tempat untuk pesawat revolusi dan sistem persenjataan tetapi tempat yang menyediakan teknologi hebat dan lain daripada yang lain.


5. Arkib Rahsia Vatican
Ia bukanlah sebuah perpustakaan yang sangat lama, Arkib Rahsia Vatican adalah antara perpustakaan terbesar yang menyimpan paling banyak rahsia di dunia. Malah, beberapa orang yang terpilih sahaja mempunyai akses kepada bahan-bahan yang di simpan di dalam perpustakaan ini.


Video ehsan YouTube.

Daripada kod-kod kuno Maya hingga ke buku-buku purba yang didakwa bukti kepada perhubungan dengan makhluk asing. Arkib Rahsia Vatican dikatakan menyimpan kesemua rahsia di dunia.


Video ehsan YouTube.


6. Disney Club 33
Antara kelab yang paling mahal didunia, tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya. Bagaimana pun Disney Club 33 di Disneyworld mempunyai senarai menunggu selama 14 tahun. Jika ada yang berminat untuk berada di dalam senarai menunggu itu, sediakan bayaran inisiasi sebanyak USD40,000 (MYR158,000) selain perlu membayar yuran tahunan USD27,000 (MYR107,000)


Video ehsan YouTube

Kelab tersebut dihad sepenuhnya daripada orang ramai. Ahli-ahlinya termasuklah Presiden Amerika, hartawan perniagaan dan pelakon.


Room 39 Korea Utara
Room 39 ini terletak di Korea Utara. Ia ditubuhkan pada tahun 1970, juga di gelar sebagai Bureau 39. Ia adalah organisasi rahsia yang tujuannya adalah untuk mencari cara untuk mendapatkan mata wang asing untuk Pengerusi Parti Pekerja Korea, Kim Jong-un.


Video ehsan YouTube.

Data mengenai Room 39 sangat terhad, tetapi dipercayai ia merupakan sebuah organisasi yang mempunyai lebih daripada 20 akaun bank di Switzerland dan China yang digunakan untuk operasi pengubahan wang haram dan operasi haram lain.

Kumpulan rahsia ini mempunyai lebih daripada 130 syarikat dagang yang berada di bawah bidang kuasanya dan di kawal secara terus oleh Kim Jong-un.


3 comments :

  1. No. 1 dah takut tengok. Nak jejak tanah pun tak nak.huhuhu

    ReplyDelete
  2. snake island...huhu...seram sungguh..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...