Sunday, April 22, 2018

Kuliah : Wanita yang haram di kahwini

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak kongsi berkenaan “Perkahwinan yang di haramkan di dalam Islam”. Ada dua bentuk pengharaman dalam perkahwinan iaitu;
Pertama

Perempuan yang haram dikahwinkan selamanya. Perkara ini disebabkan oleh tiga hal:

i. Senasab – iaitu yang disebabkan garis keturunan, di antaranya nenek (ibu daripada bapa atau ibu daripada ibu). Ibu, anak perempuan, saudara daripada pihak bapa, saudara dari pihak ibu, anak perempuan saudara lelaki, anak perempuan saudara perempuan.  
ii. Susuan – iaitu seorang wanita yang menyusui bukan anak kandungnya sendiri. Nabi SAW bersabda, “Susuan menyebabkan haramnya perkahwinan sebagaimana haramnya perkahwinan kerana kelahiran,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).Ibu susuan menempati kedudukan ibu kandung dan semua orang yang haram dikahwin oleh anak lelaki daripada jalur ibu kandung, haram pula dikahwin dengan bapa susuan.
iii. Musharah – iaitu yang muncul kerana adanya ikatan perkahwinan (menantu), di antara ibu isteri (mertua), anak perempuan daripada isteri yang sudah digauli, isteri anak (menantu perempuan) dan isteri bapa (ibu tiri).

Perkahwinan
Gambar ehsan Google.
Kedua

Perempuan yang haram dikahwin untuk sementara waktu. Di antara penyebabnya, iaitu dua perempuan yang bersaudara dalam satu ikatan perkahwinan, perempuan yang tidak beragama Islam, perempuan yang ditalak tiga, mengumpulkan dua muhrim (isteri dengan kakaknya) dan mengahwini wanita  penzina. (Syaikh Ahmad Jad, Fiqhus Sunnah Linnisa, 2009: 468-482).

Diharamkan pula, mengahwini wanita-wanita yang masih memiliki suami, kecuali tawanan perang.
Dia halal bagi orang yang menawannya selepas berakhir masa idah-nya meskipun dia masih menjadi isteri orang lain. Dijelaskan Abu Sai`d Al-Khudri r.a, sesungguhnya kaum muslimin beroleh tawanan wanita yang mempunyai suami dalam perang Autas. Mereka tidak mahu dicampuri oleh yang berhak atasnya. Lalu kaum muslimin, bertanya kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ayat ini sebagai penegasan hukum.
Diriwayatkan oleh At-Tabrani, daripada Ibnu Abbas, bahawa  ayat ini turun pada waktu perang Hunain. Bila masa itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslimin. Mereka beroleh tawanan beberapa wanita Ahli Kitab. Ketika akan dicampuri, mereka menolak dengan alasan masih bersuami. Kaum muslimin pun bertanya Rasulullah SAW yang kemudian menjawabnya berdasarkan ayat ini. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Qur`anil Azim, Jilid 1,1996: 484).
Petikan dari: QS aL Nisa`, 4: 23-24


3 comments :

  1. Syukran..penambahan ilmu..

    perempuan yg ditalak tiga haram dinikah oleh bekas suaminya..

    ReplyDelete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. syukran..

    perempuan yg ditalak tiga cuma 'haram sementara' bg bekas suaminya sehingga perempuan itu bernikah dengan lelaki lain dan bercerai..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...