Saturday, April 21, 2018

Kuliah : Nasihat buat kaum Hawa

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu nasihat buat kaum Hawa.

Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi s.a.w sudah berpesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT. Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang dapat membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur. Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita. Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

Wanita soleha

Gambar ehsan Google.

Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.

Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami. Semoga perkongsian ini mendorong kita untuk menjadi insan lebih baik lagi.

1 comment :

  1. alhamdulillah. insyaAllah untuk bidadari syurga. pesanan buat mek jugak

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...