Sunday, April 8, 2018

Kuliah :Fadhilat membaca surah Al-Mulk sebelum tidur

Dalam entry pagi ini, teman hendak kongsikan satu lagi amalan yang boleh dibuat sebelum kita tidur. Amalan kali ini adalah membaca surah Al-Mulk. Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.

Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang melazimkan membacanya, antaranya:
1. Diberi keselamatan dari azab kubur
2. Diberikan syafaat sampai diampuni dosanya
3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga




An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)

" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)


5 comments :

  1. syukran..sangat bermanfaat, sebagai bekalan di alam barzakh..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..

    ilmu yang sangat bermanfaat sangat nie.

    moga diberi kekuatan untuk beramal

    ReplyDelete
  3. menarik..

    mudah-mudahan ada kekuatan untuk beramal..

    aamiin

    ReplyDelete
  4. dulu sebelum tidur, di kolej akan diperdengarkan bacaan almulk. sekarang dah habis belajar, alahai rindu pula dengan tabiat suka baca al mulk sebelum tidur ni

    ReplyDelete
  5. besarnya pahala baca almulk. mek kat skolah dlu mandatori bace almulk sebelum tido.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...