Saturday, March 31, 2018

Kuliah : Nasihat kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas

Setiap tahun usia akan bertambah. Dari berfikiran keanak-anakan sehinggalah mencapai kematangan usia. Umur adalah sekadar nombor yang bertambah dari tahun ke tahun. Ada pepatah mengatakan "Life begin at 40". Kenapa dengan umur 40? Sebab di umur 40 puluh manusia akan berada di persimpangan, samada untuk berubah menjadi lebih baik lagi atau terus alpa dalam kesesatan duniawi. Nie teman kongsikan beberapa nasihat untuk mereka yang mencapai usia kematangan ini.

Kepada  mereka yang sudah mencapai umur 40an, 50an, 60+, ini teman memanjangkan perkongsian beberapa nasihat yang boleh di praktikan dalam kehidupan seharian. Semoga kita berbahagia dalam meniti kehiduapan yang mendatang.

Di kala umur 40 tahun

Gambar ehsan Google.

Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjlnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf. Kurangkan pengambilan minuman berais atau tinggalkan minuman berais sebab inilah salah satu penyebab kesakitan urat saraf.

Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat
Jaga permakanan. Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan
Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh
Bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham-saham ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

Nasihat kesebelas
Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan  ini macam-macam penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, March 29, 2018

Petua : Untuk mengatasi sakit gigi

Bila sakit gigi menyerang, pasti tidak akan senang duduk, tidur pun tidak akan lena. Ramai meletakkan sakit gigi antara sakit yang teruk selepas sakit untuk bersalin. Selain mengambil pil tahan sakit, kome boleh juga mencuba petua ini untuk meredakan sakit gigi.

Sakit gigi

Gambar ehsan Google.

Untuk membuat petua ini, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;

  • 5 helai daun salam
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Segelas air

Didihkan kesemua bahan ini. Kemudian sejukkan. Amalkan berkumur dengan air rebusan ini setiap kali sebelum tidur.

Selamat mencuba petua nie.

Wednesday, March 28, 2018

Wordless : Asap

Nie bukannya pembakaran terbuka tau...

Asap

Tuesday, March 27, 2018

Tempat-tempat menarik di negeri Perak

Jom kome kita jenjalan ke negeri Perak. Nie teman kongsikan lokasi menarik yang boleh di kunjungi di negeri Perak. Ada setengah tempat tu, teman sendiri pun tak sampai lagi ๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Air Terjun Lata Iskandar

Gambar ehsan Google.

Air Terjun dan jeram
  1. Air Terjun Kertil, Gerik
  2. Air Terjun Kiroi, Grik
  3. Air Terjun Sungai Enam, Gerik
  4. Air Terjun Ruok, Gerik
  5. Air Terjun Ko'oi, Gerik
  6. Air Terjun Tiang, Gerik
  7. Air Terjun Mes, Gerik
  8. Air Terjun Semelians, Gerik
  9. Air Terjun Lata Putih, Batu Kurau
  10. Air Terjun Tigok, Bidur
  11. Air Terjun Ulu Kenas, Manong
  12. Air Terjun Geruntum (Gopeng)
  13. Air Terjun Buntong (Menglembu)
  14. Air Terjun Damak ( Ulu Geroh)
  15. Air Terjun Chelik ( Simpang Pulai)
  16. Air Terjun Sinju (Simpang Pulai)
  17. Air Terjun Lata Kinjang, Tapah
  18. Air Terjun Lata Tebing Tinggi
  19. Air Terjun Lata Puteh, Selama
  20. Air Terjun Lata Kekabu
  21. Air Terjun Kuala Woh, Tapah
  22. Air Terjun Burmese Pool,Taiping
  23. Air Terjun Lata Chepor, Ipoh
  24. Air Terjun Lata Sempeneh,Batu Kurau
  25. Lubuk Timah, Simpang Pulai
  26. Air Terjun Sg Bill, Tg Malim
  27. Air Terjun Batu Berangkai, Kampar
  28. Air Terjun Batu Besar, Ulu Kinta
  29. Air Terjun Papan, Pusing
  30. Air Terjun Batu Hitam, Kamunting

Istana Kenangan Bukit Chandan
Gambar ehsan Google.
Tempat Bersejarah

  1. Istana Kenangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar
  2. Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar
  3. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
  4. Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
  5. Muzium Perak, Taiping
  6. Kellie's Castle
  7. Kota Belanda, Pulau Pangkor
  8. Batu Bersurat, Pulau Pangkor
  9. Kompleks Bersejarah Pasir Salak
  10. Muzium Beruas
  11. Muzium Geologi
  12. Muzium Darul Ridzuan
  13. Kilang Arang Kayu, Kuala Sepetang
  14. Menara Condong Teluk Intan
  15. Stesen Keretapi Ipoh
  16. Plan B, Ipoh


Alam Sekitar dan Semulajadi
  1. Taiping Equine Park
  2. Pusat Pengurusan Penyu, Segari
  3. Santuari Burung Kuala Gula
  4. Taman Alam Kinta
  5. Pulau Mentagor
  6. Pantai Ban Pecah, Parit Buntar
  7. Pulau Sembilan
  8. Pantai Pasir Panjang
  9. Teluk Senangin
  10. Teluk Kepayang
  11. Teluk Batik
  12. Hutan Paya Laut Matang
  13. Hutan Simpan Belum
  14. Hutan Simpan Kledang Saiong, Ipoh
  15. Taman Herba Perak, Gopeng
  16. Bukit Larut, Taiping
  17. Taman Rafflesia, Gerik
  18. Kolam Air Panas, Trong
  19. Gua Tempurung
  20. Gua Tambun, Ipoh
  21. Bukit Engku Busu, Lumut


Aktiviti Keluarga

  1. Lost World Tambun
  2. Movie Animation Park, Ipoh
  3. Bukit Merah Laketown Resort
  4. Sg. Klah Hot Spring, Sungkai
  5. Pasar Kemboja, Parit Buntar
  6. Taman Tasik Taiping
  7. Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
  8. Angsana Ipoh Theme Space Park


Port mana yang korang belum pernah pergi?

Tourism Perak Management Berhad 22, 22A & 22B, Jalan Teh Hawa,30300 Ipoh, Perak
05-249 9966

Monday, March 26, 2018

Rahsia ruas-ruas jari tangan

Teman nak memanjangkan perkongsian nie. Biasanya kita gunakan ruas jari-jemari nie semasa mengira zikir selepas solat. Allah meletakkan pelbagai rahsia pada penciptaan ruas jari. Antaranya... ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Yang Pertama:
Untuk meredakan pening atau sakit kepala, anda hanya perlu memicit semua ruas hujung jari, 10 saat setiap satu.

Nombor dua:
Kalau anda terbatuk-batuk, anda hanya perlu memicit jari hantu, sampai betul-betul hilang rasa batuk.

Yang ketiga:
Jika anda rasa tegang leher, picit sahaja keliling ruas ibu jari. Kaedah yang sama jika anda menghadapi masalah berdengkur waktu malam (yang keempat).

Yang kelima:
Jika anda terasa macam nak dapat serangan jantung, lekas-lekas picit jari kelingking dari atas ke bawah begini, picit kuat-kuat, insya Allah dengan cara itu sempat kita memanggil doktor untuk menyelamatkan anda dari menghidapi strok.

Saksikanlah perkongsian video di bawah.



Kredit:
FB Syed Alwi (Syed Alwi Nordin)

Sunday, March 25, 2018

Kuliah : Ayat-ayat Al-Quran yang hilang

Sekadar perkongsian. Kita pernah dengar ayat-ayat Al-Quran hilang dari mushafnya. Tapi mungkin kita tak pernah ambil tahu ayat-ayat dari surah manakah yang hilang itu. Mengikut perkongsian ini, ayat-ayat dari surah yang hilang itu adalah dari surah Kahfi. Ini adalah peringatan buat kita bahawasanya kiamat itu semakin hampir.


Saturday, March 24, 2018

Kuliah : Besarnya makna doa semasa duduk di antara dua sujud

Begitu indahnya doa yang kita baca didalam solat semasa duduk di antara dua sujud. Syukur sangat bila faham bacaan doa ini dan teman ingin memanjangkan perkongsian ini.


Friday, March 23, 2018

Tips untuk berhenti merokok

Kalau hendak seribu daya. Pokok pangkalnya, semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Berhentilah dari menghisap rokok. Ikuti perkongsian dari Ustaz Hussein Ye berkenaan rokok.



Sebelum menghisap rokok tu, perhatikan lah anak-anak kita. Sanggupkah kita biarkan anak-anak kita di racun oleh udara yang tercemar?


Thursday, March 22, 2018

Petua : Untuk meredakan batuk yang berlarutan

Batuk yang berlarutan lama pasti menyeksakan. Lebih-lebih lagi batuk semakin menjadi-jadi pada waktu malam pasti mengganggu waktu tidur. Pelbagai ubat telah di cuba, tapi batuk tidak jugak berkurangan. Kalau itu la yang sedang kome alami, mungkin boleh mencuba perkongsian petua ini. Insya-Allah dalam tempoh 24 jam, kome akan dapat melihat kesannya. Petua ini hanya mengunakan bahan alami yang mudah didapati di dapur, Insya-Allah tiada kesan yang merbahaya kepada kesihatan.

Bawang putih dan madu

Gambar ehsan Google.

Petua ini hanya mengunakan madu lebah asli dan bawang putih. Lengkapkan bahan-bahan berikut;

  1. 3-4 ulas bawang putih, di buang kulit dan di cincang halus
  2. 1 cawan madu lebah asli

Cara untuk membuatnya
Campurkan kesemua bahan di atas dan di biarkan 3 jam sebelum di makan.

Cara pengambilannya
Selepas 3 jam berlalu, makan bawang putih serta madu tersebut untuk satu sudu teh setiap satu jam.

Petua ini dapat melegakan saluran pernafasan dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran pernafasan dan paru-paru. Bawang putih bersifat anti bakteria, mampu untuk membunuh virus yang menyebabkan batuk.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 21, 2018

Wordless : Menara TM

Menara TM adalah antara menara yang unik terdapat di Malaysia. Reka bentuknya diillustrasikan dari pucuk rebung.

Menara TM

Sunday, March 18, 2018

Kuliah : Doa ketika berada di dalam kesulitan atau kesusahan

Islam adalah agama yang syumul. Islam adalah cara hidup yang melengkapi seluruh aspek kehidupan. Dalam entry pagi ini, teman hendak kongsikan satu doa yang boleh amalkan ketika kita berada di dalam kesulitan.

Doa ketika menghadapi kesulitan

Perkongsian dari FB AnugerahQuran.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, March 17, 2018

Kuliah : Perkara-perkara yang membatalkan solat

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan perkara-perkara yang membatalkan solat ketika kita bersolat mengikut imam atau berjemaah. Kita mungkin tak sedar kita melakukan perkara ini. Kome tahu tak apa itu rukun Fe'li? Kome boleh rujuk disini untuk mengetahui rukun-rukun dalam solat. Rukun Qauli, Rukun Qalbi dan Rukun Fe'li.

Dalam entry ini, teman memanjang perkongsian video ini berkenaan Rukun Fe'li yang akan membatalkan solat ketika kita bersolat jemaah.



Jadi sama-samalah kita menonton perkongsian video ini. Semoga kita dapat memperbaiki solat kita dan solat kita itu sah.

Friday, March 16, 2018

Tips untuk mengenali durian Musang King

Macam mana nak kenal durian Musang King? Haa, hari nie teman nak memanjangkan perkongsian tips untuk membeli durian musang king supaya tidak di tipu. Maklum lah, durian sekarang nie dah macam makanan mewah. Mana kan tidak, harganya saja dah mencecah ratusan ringgit (RM) sebijik, mengikut beratnya. Umum mengetahui, hampir 70% berat durian di sumbangkan oleh kulitnya dan bukan isinya. Silap hari bulan, dalam sebiji durian tu, mau 5-8 ulas saja. Itu itulah kan, harganya di tetapkan oleh pasaran. Ada juga orang yang sanggup beli durian musang king yang berharga ratusan ringgit sebiji tu.

mmm... ikut naluri teman, baik la teman beli anak pokok durian musang king tu. Walaupun harganya beratus, tapi berbaloi untuk membelinya. Cuma perlu bersabarlah sementara nak menunggu anak pokok tu besar dan matang.

Ok, jom layan perkongsian video di bawah nie 4 tips untuk memgetahui durian Musang King.




Perkongsian dari ikanmasinproduction.

Thursday, March 15, 2018

Petua : Guna cuka apple untuk mengatasi masalah jerawat

Kebanyakan golongan remaja mahupun golongan dewasa mempunyai masalah jerawat. Jerawat adalah salah satu petunjuk bahawa seseorang itu telah pun mencapai usia dewasa. Bagaimana pun masalah jerawat ini berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain. Dalam entri hari ini teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kulit yang berjerawat.

Jerawt

Gambar ehsan Google.

Kedua kali ini menggunakan suka apple sebagai bahan utama. Selain untuk tujuan kesihatan suka apple juga baik untuk mencerahkan kulit. Salah satu cara untuk merawat kulit yang bermasalah dengan jerawat ialah dengan menggunakan cuka apple sebagai bilasan ketika membersihkan wajah. Ianya terbukti berkesan untuk menghilangkan pigmentasi. Untuk menggunakan cuka apple dalam kaedah merawat masalah jerawat, ikuti langkah di bawah:


  1. Campurkan suka apple dan air dalam jumlah yang sama.
  2. Gunakan campuran air dan juga cuka apple ini untuk membilas wajah dengan berkala.
  3. Kemudian bolehlah dikeringkan dengan mengunakan kain bersih.

Selamat mencuba...

Wednesday, March 14, 2018

Wordless : Jangan picit pisang saya

Sign board yang unik. Tak tau nak komen apa... kalau tak nak beli tu, jangan la picit pisang tu...

Pisang saya

Sunday, March 11, 2018

Kuliah : Sebahagian sangkaan itu dosa dan sebahagian lagi tidak

Sekadar perkongsian untuk segmen kuliah pagi ini. Semoga kita mendapat manfaat darinya.

Firman Allah SWT:

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุงุฌْุชَู†ِุจُูˆุง ูƒَุซِูŠุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِู†َّ ุจَุนْุถَ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِุซْู…ٌ ۖ ูˆَู„َุง ุชَุฌَุณَّุณُูˆุง

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;"  [Surah al-Hujurat:12]

Ayat ini melarang kita bersangka buruk kerana sebahagian sangkaan itu boleh membawa kepada dosa. Namun ada sangkaan yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya: Jika kita melihat seseorang yang memasuki tingkap rumah orang lain lalu menyangka dia bertujuan untuk mencuri. Jika tidak boleh menyangka begitu, tentulah sesiapa sahaja bebas melakukan kejahatan.

Husnuzon

Gambar ehsan Google.

Kemudian Allah melarang perbuatan mencari kesalahan orang lain. Namun larangan tersebut hanya apabila keaiban tersebut disembunyikan oleh pelakunya. Kata Imam al-Qurtubi berkenaan ayat di atas:

ูˆู…ุนู†ู‰ ุงู„ุขูŠุฉ : ุฎุฐูˆุง ู…ุง ุธู‡ุฑ ูˆู„ุง ุชุชุจุนูˆุง ุนูˆุฑุงุช ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ، ุฃูŠ : ู„ุง ูŠุจุญุซ ุฃุญุฏูƒู… ุนู† ุนูŠุจ ุฃุฎูŠู‡ ุญุชู‰ ูŠุทู„ุน ุนู„ูŠู‡ ุจุนุฏ ุฃู† ุณุชุฑู‡ ุงู„ู„ู‡ .

"Makna ayat ini: Ambillah apa yang zahir (nampak jelas) dan janganlah seseorang kamu mencari-cari keaiban saudaranya sehingga menyelongkarnya setelah Allah menutupnya."

Nabi SAW bersabda:

ูˆَู…َู†ْ ุณَุชَุฑَ ุนَู„َู‰ ู…ُุณْู„ِู…ٍ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุณَุชَุฑَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ْุขุฎِุฑَุฉِ

"Sesiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. [Sunan al-Tirmizi]

Sabdanya lagi:

ู„َุง ูŠَุณْุชُุฑُ ุนَุจْุฏٌ ุนَุจْุฏًุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุฅِู„َّุง ุณَุชَุฑَู‡ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ

“Tidaklah seorang hamba menutupi (aib) seorang hamba yang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi (aib)nya di hari Kiamat kelak.” [Sahih Muslim]

Pengajaran: Kita hendaklah menjauhi sangkaan buruk terhadap sesiapa pun bagi mengelakkan berlakunya fitnah. Namun Islam juga mengajar kita tidak berlebihan dalam bersangka baik kerana hanya Allah SWT yang mengetahui segala yang tersembunyi.



Saturday, March 10, 2018

Kuliah : Doa ketika menaiki kenderaan

Islam itu agama yang syumul, melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia. Termasuklah ketika menaiki kenderaan. Hari ini, teman nak kongsikan doa ketika menaiki kenderaan.


Doa menaiki kenderaan


Perkongsian dari FB AnugerahQuran.

Thursday, March 8, 2018

Petua : Putih telur gebukan kulit bayi

Petua untuk mengebu dan memutihkan kulit bayi. Telur adalah antara sumber protein utama yang kita ambil dalam diet seharian. Umum mengetahui, telur adalah antara sumber makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi.

Putih telur

Gambar ehsan Google.

Selain dari itu, telur juga mempunyai kadar mineral, lemak dan kaolin yang tinggi sudah tentu sangat baik untuk ibu hamil. Oleh itu, amalkan mengambil putih telur pada trimester kedua kehamilan kerana bakal membuatkan kulit bayi menjadi lebih putih dan gebu.

Wednesday, March 7, 2018

Wordless : Taufu Lembut

Barang rare yang ada di NSK Rawang. Nie la akibatnya terlalu bergantung sangat kepada tenaga kerja dari negara luar. Nie baru kesilapan label, kalau ada kesilapan pada harga, memang kita tak tau la kan...

Taufu Lembut

Sunday, March 4, 2018

Kuliah : Bagaimana untuk menjadi lelaki yang dapat membawa keluarganya ke Syurga Allah?

Peristiwa ini membuat saya terharu dan tidak dapat menahan air mata. Seorang lelaki bangun dan bertanya soalan di hadapan semua hadirin Keluarga Sunnah lepas yang buat saya terasa sebak didada dan menangis.

Lelaki tersebut bertanya “Ustaz, bagaimana saya hendak jadi lelaki yang dapat membawa wanita-wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya hendak membawa ibu saya ke syurga. Saya hendak bawa isteri saya ke syurga. Saya hendak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya hendak bawa adik beradik saya ke syurga...”

Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling “macho”. Lelaki paling “owsem”. Saya rasa sedih, sebab itu jugalah yang menjadi matlamat saya. Dengan menyedari kelemahan diri saya yang tersangat memerlukan pertolongan dan kekuatan daripada Allah SWT. Menggenggam dengan erat tangan orang yang disayangi dan tidak akan lepaskan tangan orang yang kita sayang sehingga dapat melangkah masuk ke syurga Allah SWT.

Suami dan Isteri

Untuk merealisasikan impian ini, lelaki sebagai ketua keluarga mesti menjaga solat di awal waktu secara berjemaah. Bawa dan pimpin ahli keluarga menjaga solat. Kejutkan keluarga dengan sabar dan kasih sayang untuk bangun Tahajud. Perbanyakan menangis dan mengadu kepada Allah SWT di waktu malam yang sunyi. Bangunlah awal sebelum Subuh setiap hari. Rasulullah SAW mengejutkan isteri dan anaknya solat. Abu Bakr RA mengajar setiap ahli keluarganya solat dengan cara paling khusyuk dan hebat. Menegur anak walau sudah beristeri apabila tidak solat berjemaah.Umar ra solat malam dan membangunkan semua ahli keluarga bangun malam menangis di hadapan Allah SWT. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah SAW seolah-olah-olah sudah tidak kenal sesiapa lagi.

Jadikan Allah nombor 1, barulah hidup kita dan keluarga menjadi berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesaranNya segalanya menjadi mudah. Jadilah lelaki ketua keluarga yang paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau, berbual dan bermanja. Sentiasa membantu melakukan kerja rumah apabila berada di rumah.

Rasulullah SAW sangat rajin di rumah. Rasulullah SAW urus sendiri pakaian baginda SAW, membantu siapkan makanan, dan jahit baju dan kasut sendiri. Tidak ada rasa geli dan jijik bersihkan darah haid isteri. Lelaki “macho” rajin basuh berak anak kecil. Memberi khidmat kepada isteri semasa isteri sakit. Ambil berat kesihatan isteri. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tidak geli melihat darah isteri. Rajin khidmat kepada ibu bapa sendiri dan isteri. Abu Bakar ra selalu menolong memerah susu kambing. Selalu memberi khidmat walau kerja remeh sedangkan beliau adalah seorang khalifah besar. Umar ra seorang yang pandai memasak. Masak dengan menggunakan dapur kayu api sehingga Janggut berbau asap. Beliau sediakan dan hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Beliau bergurau dan seronok ketika melihat anak-anak bermain. Beliau seorang pejuang yang hebat, pemikir nasib ummah, paling tegas namun kuat menangis ketika di hadapan Allah SWT. Itulah contoh lelaki yang sebenarnya.

Hiasi rumahtangga dengan amalan bacaan Al-Quran dan bacaan hadis Nabi SAW. Perkenalkan kepada ahli keluarga dengan keagungan dan kebesaran Allah SWT serta mengenal sunnah Nabi SAW dan kepada ahli keluarga Nabi SAW dan para sahabat rhum.

Seorang ketua keluarga akan sentiasa membangunkan pembinaan keluarga dengan dakwah dan kasih sayang, bersama-sama melaksanakan dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Sentiasalah bertenang dalam pelbagai situasi yang mencabar dan istiqamah dalam mendidik keluarga.

Setelah kita usahakan semuanya dengan cara yang paling terbaik maka pada akhir hari di waktu malam bangunlah dan perlahan-lahan kita mengadu, berbisik dan berdoa, “Ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka semua. Ampunkan dan sayangilah Anak-anakku, anak saudaraku semuanya, adik beradikku, dan seluruh manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua.

Perkongsian dari Ebit Lew

Saturday, March 3, 2018

Kuliah : Doa untuk menghilangkan stress

Sibuk dengan seharian? Akibat tekanan kerja, serta bebanan tangungjawab serta masalah yang tidak di duga. Berdoalah dengan doa ini. Mudah.mudahan doa ini dapat menghilangkan stress atau tekanan anda, insya-Allah.

Doa untuk menghilangkan tekanan

Perkongsian dari FB AnugerahQuran


Mudah-mudahan doa ini menjadi amalan kita seharian. Insya-Allah. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Thursday, March 1, 2018

Petua : Untuk demam biasa

Demam nie kadang-kadang tu secara tiba-tiba je. Tak ada simptom-simptom pun yang menunjukkan seseorang tu akan demam. Biasanya demam jenis nie kejap jer. Dalam entri hari ini, teman hendak kongsi satu petua yang boleh digunakan pada waktu kecemasan ketika demam. Petuanya begini, ambil segenggam daun betik. Kemudian bersihkan dan tumbuk sehingga halus.

Demam
Gambar ehsan Google.

Setelah itu, sarinkan dengan kain bersih untuk mendapatkan airnya. Ambil pati air betik tersebut dan minum. Insya-Allah dalam tempoh dua belas jam berikutnya anda akan dapat melihat perbezaannya. Jika tidak sembuh juga pergilah dapatkan nasihat dari doktor.

Peringatan, petua yang dikongsikan ini hanyalah untuk kecemasan sahaja.  Sebaik baiknya, jika kita sakit pergilah berjumpa dengan doktor. Mereka lebih pakar untuk memberi nasihat dan rawatan.