Thursday, January 18, 2018

Petua : Untuk cili kisar supaya tahan lebih lama

Sejak dah beli food processor nie, semua kerja jadi mudah. Bawang merah dan bawang dah siap sekilo setiap satunya di mayang atau hiris halus dan di simpan di dalam fridge. Kome boleh baca entrynya disini. Untuk memaksimumkan pengunaan food processor nie, kita buat sendiri cili kisar untuk bekalan seminggu dua atau mungkin juga boleh tahan sebulan...๐Ÿค”. Mudahkan... kalau nak memasak, semua bahan dah ready...

Cili Kisar

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua supaya cili kisar tahan lebih lama. Untuk memastikan cili kisar ini tahan lebih lama, mula-mula rebuskan dulu cili tu. Jika sebelum ini kome kisar cili tersebut bersama air, dengan mengunakan food processor nie, kalau nak mengisar cili, tak perlu pun masukkan air. Kisarkan je cili tu bersama sedikit minyak sehingga halus. Mudahkan. Kaedah ini akan membuatkan cili kisar tersebut tahan lebih lama.

Selamat mencuba ye.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...