Tuesday, January 30, 2018

Kelas renang di Saujana Utama Sungai Buluh

Belajar berenang. Memang dah lama plan nak hantar Aisar untuk belajar berenang. Tahun nie baru terlaksana. Senang la sket kalau nak pergi bercuti, tak perlu lagi bawak pelampung. Basically, apa yang di ajar untuk kelas renang nie dari perkara asas, tak tahu berenang sampai la pandai berenang, water confident, terknik pernafasan dan sebagainya.


Belajar berenang

Kelas renang nie di adakan di Kelab Saujana Utama. Kelab Saujana Utama lengkap dengan kemudahan jim, gelangang tenis, kolam renang dan sebagainya. Setiap hujung minggu banyak aktiviti di buat disini.


Kelab Saujana Utama

Latihan renang di buat di kolam dewasa. So, memang budak-budak nie tak jejak lantai kolam la jawabnya. Apa pun credit buat En Amir, guru renang Nie yang sabar melayan kerenah kanak-kanak nie... Aisar sendiri pun masa kelas pertama je ada masalah nak masuk kolam... masuk kelas ke tiga dan seterusnya, laju je di terjun dalam kolam tu.


Belajar berenang

Belajar berenang

Alatan yang penting untuk belajar renang perlu ada swimming board dan gogel. Pakaian renang, mesti la yang bersesuaian, jangan pulak masuk kolam pakai tshirt ngan tracksuit je...


Kelab Saujana Utama

Untuk kanak-kanak, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM200 untuk 8 kali kelas. Kelas di adakan pada setiap hari sabtu dan ahad selama satu jam dari pukul 8 pagi hingga 9 pagi.


Belajar berenang

Kelas untuk pelajar dewasa juga diadakan dengan bayaran sebanyak RM300 untuk 8 kali kelas. Untuk kelas dewasa, pendaftaran kelas adalah mengikut kumpulan dengan minima pendaftaran 5 orang pelajar. Pelajar lelaki akan di tunjuk ajar oleh En Amir manakala untuk pelajar wanita akan di ajar oleh isteri beliau.




Selepas 8 sesi kelas, Aisar dah boleh berenang tanpa kick board. Cuma masih tak perfect lagi laa... Baru 2 kali cubaan berenang tanpa kick board... So, selepas ini akan continue lagi la untuk 8 sesi dengan bayaran tambahan RM170.

Papa Aisar sendiri pun tak pandai berenang.... mmm... tiba-tiba terdetik di hati nak belajar berenang... mmm.... mungkin kah tahun 2018 nie teman pandai berenang...๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Š๐Ÿค—

#jombelajarberenang

8 comments :

  1. Bagus belajar swimming.. akak pun tak reti swimming.takut dengan air..hahahah

    ReplyDelete
  2. Perlu jadi ahli kelab saujana utama ni ke utk join kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pun... Kelas berenang tu terbuka untuk semua... Call je coach Amir untuk registration...

      Delete
  3. ok dah call dan dah start pun utk anak saya. terima kasih utk post yg bermanfaat ini :)

    ReplyDelete
  4. Pakai baju jersi and seluar trak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh... Perlu pakai pakaian renang yang bersesuaian...

      Delete
  5. Ada kelas renang utk kanak2 disember 2019 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ada... Cuba refer to teacher Amir... Contact number seperti dalam gambar di atas...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...