Thursday, March 30, 2017

Petua : Menghilang dan meredakan panas kepala

Panas kepala. Ada kalanya ketika demam, kepala akan terasa panas dan berbahang. Faktor cuaca yang tidak menentu juga mungkin mengakibatkan sakit kepala. Dalam entri hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mereda dan menghilangkan panas di kepala.


Gambar ehsan Google.


Untuk membuat petua ini, apa yang perlu kome dapatkan ialah pucuk daun bunga raya muda. Ambil pucuk daun bunga raya ini sekadar yang diperlukan. Kemudian masukkan kedalam bekas yang berisi air dan ramas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir ini pada keseluruhan kepala. Insya Allah, panas kepala akan hilang.

Selamat mencuba... 😊😊😊

Sunday, March 26, 2017

Kuliah : Amalan di bulan Rejab

Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan haram di dalam Islam. Segmen kuliah hari ini berkongsi sedutan video kuliah bertajuk amalan di bulan Rejab. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Kuliah : Nikmat sujud

Masa muda jangan tinggalkan solat sebab sujud itu nikmat. Betapa banyak orang tua yang ingin sujud, tetapi Allah telah menarik nikmat kesihatannya, harus duduk solat di atas kerusi dan takkan pernah lagi merasakan nikmat sujud.


Gambar ehsan Google.

Bersujudlah sementara ada peluang, kerana ada berjuta-juta manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan supaya dapat bersujud kepada Allah.

Saturday, March 25, 2017

Kuliah : Lafaz "Innalillah..." atau Al-Fatihah

Lafaz "Innalillah..." bila mendengar seseorang meninggal dunia atau di timpa musibah. Entry ini hanya lah sekadar peringatan buat diri teman juga buat para sahabat sekalian. Biasanya kita lihat terutama dalam Facebook atau WhatsApp, bila ada teman-teman yang mengupdate status untuk memaklumkan seseorang meninggal.. ramai yang meletakkan komen "Al-Fatihah" dan tidak meletakkan lafaz "Innalillah..." Jom kita dengar ulasan para ulama mengenai perkara ini.


Thursday, March 23, 2017

Petua : Untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing

Impikan tubuh badan yang langsing? Ramai di luar sana yang mengimpikan tubuh yang langsing dengan berat badan yang ideal. Ini adalah fakta. Jika tidak, mana mungkin ramai yang mengamalkan pengambilan pelbagai jenis produk pelangsingan badan. Kalau tak percaya cuba tanya rakan-rakan wanita kome tu.

Ok, dalam entry hari ini teman ingin kongsikan satu petua untuk pelangsingan badan. Tidak mengunakan sebarang bahan kimia terlarang. Ramuan utamanya hanya la buah delima. Ada ke orang yang alah buah delima?

Jus Delima 
Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie. Mula-mula sediakan 5 biji buah delima. Ambil isinya dan tumbuk halus. Kemudian, masukkan ke dalam bekas bersama dua gelas air. Tambahkan sedikit garam, secukup rasa.

Amalkan meminum ramuan ini setiap hari selepas bersarapan. Kome mesti akan merasai hasil dan perbezaannya selepas dua minggu mengamalkan petua ini.

🤗 Selamat mencuba ya!

Sunday, March 19, 2017

Kuliah : Rakaman bacaan Quran surah Adhu ح abad 1885

Ini adalah rakaman yang sangat sukar untuk diperolehi. Rakaman yang disiarkan oleh CNN ini dipercayai adalah antara rakaman yang tertua di dunia. Rakaman bacaan Quran surah Adhu ح  ini dilakukan di sekitar Makkah 130 tahun yang lalu. Rakaman ini telah dilakukan semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1885 di Mekah. Rakaman ini telah dilakukan melalui media rakaman terdahulu (wax venal) lilin diampuni seperti rekod, mesin rakaman suara tertua. Rakaman ini juga turut di kaitkan dengan Thomas Edison.



Saturday, March 18, 2017

Kuliah : Nabi Sulaiman dan Semut

Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun??

Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.

semut 
Gambar ehsan Google.

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun??

Maka semut itu menjawab, " Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup... Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun... Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat..

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut...

Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat... Ianya milik Allah SWT secara mutlak..

#syukurselalu
#Alhamdulillah

Thursday, March 16, 2017

Petua : Kurangkan sakit dada

Kurangkan sakit dada. Kadang-kadang tanpa isyarat tertentu tiba-tiba dada terasa sakit. Tidak pasti apa puncanya, tapi dada akan tiba-tiba rasa sakit. Untuk mengatasi masalah ini, sebagai pilihan alternatif mungkin kome boleh mencuba petua ini.

Sakit dada 
Gambar ehsan Google.

Kome perlukan bahan-bahan ini untuk membuat petua ini:

  • Beberapa potong halia
  • Sebiji telur ayam kampung
  • Madu lebah asli

Ambil halia tersebut dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, perah untuk mendapatkan airnya. Setelah itu ambil telur ayam kampung dan ambil bahagian kuning telur sahaja. Campurkan air halia, kuning telur dan madu lebah itu. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.

Wednesday, March 15, 2017

Wordless : Night mode

Ohh bulan... Night mode with ProCam mobile apps.

Bulan

Tuesday, March 14, 2017

Item for sale : Produa Viva Elite (A) 2010

2010 Produa Elite EZi (A) for sale:


Location : Saujana Utama Sungai Buluh, Selangor


2010 Produa Elite (A) – excellent condition and well maintained with full service history, first user car.

Viva Elite (A) 2010

Description:
Make : Perodua
Model : Viva 1.0 Elite (A) EZi
Body Type : City car
Body Color : White
Year : 2010
Miles : 165000 - 175000
Vehicle No : WTN XXXX

Viva Elite (A) 2010

Viva Elite (A) 2010

Viva Elite (A) 2010


What is there to offer?
Automatic spec
No extreme engine modification
Currently running very smooth.
Used original parts for parts replacement
Full Original Produa skirting and spoiler
Standard Produa radio / CD player (original)
Full service history and record.
14” Vossen Sport Rims.
Service at 10K Interval using standard Produa Fully Synthetic Oil 
Recently done full service. (29th December, 2016)

Service History:
Please refer to maintenance book
Last aircond service done on 29th December 2016
Last mechanical service done on 29th December, 2016

Viva Elite (A) 2010

Viva Elite (A) 2010


Fully synthetic Perodua oil + oil filter
ATF oil changed
New Belting for radiator and aircond
New brake pad

Full set absorber change 29th December, 2016



*Owner wanted to change new car.


All for RM 16,000.00 only!!!
Please contact 0135203081 for further enquiries.

Sunday, March 12, 2017

Kuliah : Perkongsian dari Dr Zakir Naik

Kita selalu luangkan masa yang sedikit untuk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita untuk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke seluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkan penyebaran mesej ini...

DIA selalu memberikan kita segala yang kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi boleh pula kita berjaga sepanjang 3 jam menonton movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang untuk membaca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yang kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin banyak.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya...

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya...

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

* Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa daripada jasad orang yang mati... Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut daripada jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita untuk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita daripada sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dengan iman di hati dan selamatkan kita daripada Azab. Aamiin...

..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik dan Sempurna.

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian daripada kita bercakap semasa Azan sedang berkumandang...

BACA ini...

Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa-apa semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat sewaktu dia mati...

BACA DOA INI UNTUK HIDUP YANG LEBIH BAIK...

 اللهم اعني علي ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Doa yang hebat telah dihantar kepada anda. Apa yang anda fikir nak buat dengan Doa ini. Bayangkan kalau 1000 orang membaca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!

Subhanallah!!!

..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

 Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT.

.."SUBUH" 4/6 Minit.

.."ZOHUR" 6/8 Minit.

.."ASAR" 6/8 Minit.

.."MAGHRIB" 5/7 Minit.

.."ISYAK " 7/10 Minit.

..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..
Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH .

#jomsolat

Saturday, March 11, 2017

Kuliah : Kisah seorang wanita

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar dikesempatan masa yang ada.

Wanita SolehahGambar ehsan Google.

Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila  bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan  kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu ianya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yang tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,

“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. sungguh, sehelai rambutmu yang terurai dari celahan jilbabmu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silakan engkau meminta apa saja dariku, bahkan sebagian besar hartaku, nescaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Friday, March 10, 2017

Coretan di pagi Jumaat

Syurga *lelaki*... pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*... pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*... kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*... kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*... anak perlukan *doa ibubapa.*    

Masa *mati*... ibubapa perlukan *doa anak.*

Jumaat 
Gambar ehsan Google.

*Sehebat-hebat manusia*,.. bila mati... dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*... yang manusia ada... Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia... Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *Majikan*... tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja*... tidak berkuasa... tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.*

Walau sehebat mana pun kita didunia... Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi... Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak, sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*... dan yang sedang membaca...

Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Thursday, March 9, 2017

Petua : Untuk menegangkan kulit wajah

Dalam entry hari ini teman akan kongsikan petua untuk menegangkan kulit wajah. Bukan sahaja wanita, tapi golongan lelaki juga boleh mencuba petua ini. Hanya mengunakan bahan alami yang tiada bahan kimia terlarang. Petua ini hendaklah dilakukan disebelah malam sebelum tidur.

Menegangkan kulit wajah 
Gambar ehsan Google.

Untuk membuat petua ini, dapatkan ramuan-ramuan ini.

  • Satu atau dua biji (di ambil bahagian putih sahaja)
  • Tepung sagu
  • Timun yang telah di parut

Macam nie cara untuk membuat petua ini. Mula-mula, pukul putih telur itu sehingga kembang. Kemudian, di bancuh bersama sedikit tepung sagu dan di lumurkan pada keseluruhan bahagian muka seperti masker sebelum tidur. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas dengan air bersih dan kemudian lumur dengan timun yang telah di parut. Sebaik-baiknya, timun ini hendaklah di simpan di dalam peti sejuk sebelum di lumurkan pada muka. Biarkan selama satu jam, dan kemudian bilas dengan air bersih.

Lakukan petua ini selama seminggu dan lihat la hasilnya nanti.

Wednesday, March 8, 2017

Wordless : Menara AmFIRST

Menara AmFIRST, Petaling Jaya. Bila jalan jem, Waze akan membantu untuk pulang ke rumah dengan cepat. Dengan Waze, teman dapat menjelajah segala ceruk jalan di Petaling Jaya nie dengan jaya nya... Ini lah hasil bila menjelajah di tempat baru...😋🤗👌

Menara AmFIRST

Tuesday, March 7, 2017

Team building di resort berhantu

Apa pendapat kome bila majikan tempat kome bekerja menghantar kome untuk menghadiri team building di lokasi yang di kenal pasti mempunyai entiti yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar. Tak pasti la teman atas justification apa pihak majikan wife teman pilih Puteri Resort Ayer Keroh Melaka untuk lokasi team building mereka. Idok le teman nak buat cerita, tapi kalau kome search kat google, setimbun entry pasal resort berhantu nie... cuba kome bayangkan, satu resort yang besar, tapi tak ada pengunjung... waktu tengahari pun suasana di resort tu suram je... siap ada orang yang upload suasana resort tu kat youtube.

Nie teman saja share video dari YouTube pasal resort nie.




Ada kawan-kawasan wife teman tu yang kena usik. Baru nak bukak pintu bilik, dah dengar orang flush toilet kat dalam tu. Tak ada orang pun kat dalam tu. Ada seorang tu pulak, masa tengah mandi rasa macam orang dok perhati dia mandi je... bilik wife teman pulak, masa dia ngan member kat dalam bilik, sda sesuatu yang main tombol pintu... bila pintu dibuka, tak ada orang pun... Malam pertama menginap disitu, wife teman kata tak boleh tidur lena... macam-macam bunyi ada... bunyi perabut di alih, bunyi benda bergolek la...

Masuk malam ke dua, wife teman ngan kawan-kawannya pakat ramai-ramai tumpang tidur kat rumah mak mertua member di Lendu.

Sunday, March 5, 2017

Kuliah : Kelebihan solat berjemaah isyak dan subuh

Sekadar perkongsian dan peringatan buat diri sendiri. Sebaik-baik solat adalah dilakukan secara berjemaah. Kaum lelaki digalakkan untuk menunaikan solat secara berjemaah samada di surau atau pun masjid.

Solat Berjemaah 
Gambar ehsan Google.

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ


Dari Utsman bin ‘Affan ia berkata; “Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.” (HR Tirmizi No: 205)



إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلاَةِ عَلَى الْـمُنَافِقِينَ صَلاَةُ الْـعِشَاءِ، وَصَلاَةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا.
“Sesungguhnya sholat yang paling berat bagi orang munafiq adalah isya dan shubuh, seandainya mereka mengetahui pahala yang terkandung dalam sholat isya” dan sholat subuh niscaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan  merangkak”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Saturday, March 4, 2017

Kuliah : Kata alim ulama

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.


• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi).

Thursday, March 2, 2017

Petua : Untuk menghilangkan blackheads dan whiteheads

Macam mana caranya untuk mengatasi masalah blackheads dan whiteheads? Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua yang boleh di lakukan untuk mengatasi masalah ini. Petua ini hanya mengunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur sahaja.

Whiteheads 
Gambar ehsan Google.

Macam nie caranya. Mula-mula dapatkan bahan-bahan nie :

  • Baking soda / Soda bikarbonat
  • Lemon atau limau nipis

Campurkan kedua-dua ramuan di atas. Kemudian, sapukan pada bahagian yang bermasalah blackhead dan whitehead tu. Urut pelahan-lahan dan kemudian biarkan seketika sehingga kering. Selepas itu, boleh la di bilas dengan air bersih.

Petua ini juga boleh memudarkan kesan parut degil akibat jerawat. Tapi, walau bagaimana pun petua ini tidak boleh di amalkan selalu disebabkan sifat kedua-dua bahan ini yang menghakis. Cukup la sekadar membuat petua ini seminggu sekali.

Selamat mencuba.
*Kalau dah praktik petua nie, tinggal la komen kat sini ye. 

Petua : Untuk menegangkan payudara

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk kewanitaan. Hanya untuk golongan wanita sahaja. Kepada wanita yang mengutamakan penampilan mereka dan mengimpikan payudara yang menarik dan tegang boleh la mengamalkan petua ini.

Petua kewanitaan 
Gambar ehsan Google.

Caranya mudah dan apa yang penting menjimatkan wang. Petua perlu dilakukan sebelum tidur. Untuk mengamalkan petua ini, bahan utama yang diperlukan hanya la minyak sapi. Minyak sapi ini hendaklah di cairkan terlebih dahulu. Biarkan sejuk, kemudian sapukan pada bahagian payudara. Setelah itu, boleh la pakai bra dan biarkan semalaman sebelum dicuci keesokkan harinya. Amalkan selalu.

Dalam entry yang lepas, ada juga teman kongsikan petua kewanitaan nie. Kalau nak baca, klik la kat sini ye...

Selamat mencuba ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...