Sunday, January 29, 2017

Kuliah : Solat ketika sakit

 Solat itu wajib. Tak kira lah walau dimana kita berada. Malah, ketika jatuh sakit juga solat perlu di tunaikan. Entry kali ini, teman akan panjang-panjangkan perkongsian yang teman baca di laman Facebook teman.

Solat ketika sedang sakit

Solat ketika sedang sakit

Solat ketika sedang sakit

Harapan teman, semoga kita dapat menunaikan solat walau dimana sekali pun kita berada.



Saturday, January 28, 2017

Kuliah : Amalan yang dicintai Allah

Segmen kuliah hari ini ingin berkongsi berkenaan amalan yang dicintai Allah S.W.T. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ
 الْوَلِيدُ بْنُ عَيْزَارٍ أَخْبَرَنِي قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid telah menceritakan kepada kami Syu'bah berkata; Al Walid bin 'Aizar telah mengabarkan kepadaku dia berkata;

'Saya mendengar Abu 'Amru Asy Syaibani berkata; telah mengabarkan kepada kami pemilik rumah ini, sambil menunjuk kerumah Abdullah dia berkata; saya bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam; "Amalan apakah yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda:

 "Solat tepat pada waktunya." Dia bertanya lagi; "Kemudian apa?" beliau menjawab: "Berbakti kepada kedua orang tua." Dia bertanya; "Kemudian apa lagi?" beliau menjawab: "Berjuang di jalan Allah." Abu 'Amru berkata; "Dia (Abdullah) telah menceritakan kepadaku semuanya, sekiranya aku menambahkan niscaya dia pun akan menambahkan (amalan) tersebut kepadaku."

Sahih Bukhari - 5513
.

Thursday, January 26, 2017

Petua : Untuk mengurangkan kepedasan cili padi

Agak teman semua orang tahu, cili padi adalah antara cili yang paling pedas.  Walau pun kecil, power kepedasannya di tahap tinggi. Sebab itu ada peribahasa, kecil-kecil cili padi. Ok, dalam entry petua hari nie teman akan kongsikan satu petua untuk menghadkan kepedasan cili padi tu.

Cili Padi 
Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie, katakan la ketika kome masak tu mengunakan 50 biji cili padi. Biarkan 10 biji cili padi itu bersama tangkainya. Cili padi yang selebihnya bolehlah dibuangkan tangkainya. Kisar atau tumbuk cili padi tersebut. Dengan cara ini cili padi tersebut akan kurang pedas kerana telah dikisar atau di tumbuk bersama tangkainya tadi.

Wednesday, January 25, 2017

Wordless : Achatina fulica di Taman Larangan

Apa tu Achatina fulica? Achatina fulica tu nama saintific Siput  Babi dari keluarga Achatinidae. Siput terbesar adalah Siput Africa, yang mencapai sehingga 10cm. Nampak macam serupa ngan Siput Babi. Tapi idok la pernah teman ngukur badan Siput Babi tu 😂😂😂😂🤗.

Siput Babi

Sunday, January 22, 2017

Kuliah : Handphone dan Kaabah

Sekadar perkongsian berkenaan pengunaan gadget smart phone semasa mengerjakan ibadah di kota suci Mekah.


SYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya.


"Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?" Jamaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab. Kemudian Syeikh melanjutkan.


Berselfi di Kaabah 

Gambar ehsan Google.


"Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka."


Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?


Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.


"Jaga adab kita dengan Allah."


Syeikh Abdurrahman assudais, Imam Mesjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat dibelakangnya.


Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jamaah solat,


"Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah".


Kita beribadah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Adalah lebih baik kita fokus dalam urusan akhirat kita dengan Allah s.w.t dan jauhilah gangguan dan kelalaian akibat dari mengunakan gadget untuk urusan duniawi.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, January 21, 2017

Kuliah : Berkat doa anak soleh kepada ibu bapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

Doa anak soleh 
Gambar ehsan Google.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Thursday, January 19, 2017

Petua : Hilangkan kesan pijar cili di tangan

Mesti kome pernah kena rasa hangat pijar di tangan bila memotong cili pedas. Kalau cilinya sedikit, mungkin tak rasa sangat. Tapi, kalau cilinya banyak, mesti kome rasa panas pijar nie di tangan. Sebelum nie, teman ada jugak kongsikan beberapa petua dalam entry yang lepas. Kome boleh baca dua entry tu kat sini dan sini.

Cili Padi 
Gambar ehsan Google.

Petua kali ini, masih lagi mengunakan garam sebagai bahan utama. Cuma caranya berbeza sedikit mengikut pengalaman teman sendiri. Bila terasa je hangat pijar cili ditangan nie, apa yang perlu kome buat ialah basahkan tangan kome tu dulu.

Kemudian, ambil garam dalam satu sudu makan. Sebaik-baiknya garam halus la. Kemudian, lumurkan pada keseluruhan tapak tangan yang terasa hangat pijar itu. Biarkan seketika, dalam seminit dua gitu, kemudian bilas dengan air bersih. Kebiasaanya, kesan hangat pijar itu akan beransur-ansur hilang.

Selamat mencuba ye.

Petua : Untuk menghilangkan bau badan

Sesetengah orang mempunyai masalah bau badan yang tidak menyenangkan. Jika masih juga tidak berkesan untuk mengatasi masalah bau badan ini, mungkin kome boleh mencuba petua ini. Petua ini hanya mengunakan bahan alami.

Bau badan 
Gambar ehsan Google.

Guna timun untuk menyelesaikan masalah bau badan kome. Petua ini dikatakan amat mujarab untuk menyelesaikan masalah bau badan. Mudah saja caranya. Mula-mula, dapatkan sebiji timun. Kemudian kisarkan sehingga halus. Setelah itu, lumurkan pada keseluruhan tubuh terutama pada bahagian ketiak. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Lakukan dua kali seminggu. Jika diamalkan berterusan ia bukan sahaja mampu menghilangkan bau badan malah dapat menyegarkan tubuh dan mengelak dari penyakit kulit.

Selamat mencuba.

Monday, January 16, 2017

Kisah burung yang liar

Hari nie, teman nak kongsikan cerita pasal burung. Ini lah uniknya negara kita Malaysia dan betapa bagusnya kerajaan BN yang memerintah. Fikir-fikirkan la ye, bagaimana anak-anak masa depan nanti.



Sunday, January 15, 2017

Kuliah : Bala Allah tertahan kerana dakwah

Kuliah pagi ini mengupas persoalan mengenai persoalan 'Bala'.

Sabda Rasulullah S.A.W

يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف، قالت: قلت: يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث

Akan terjadi pada akhir umat ini ditelan bumi, dihapuskan begitu sahaja atau ditimpa gempa bumi.

Siti Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, adakah kita semua akan binasa walaupun terdapat orang soleh?"
Jawab baginda:
"Ya, apabila kerosakan telah zahir"
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Bala dari Allah

 
Gambar ehsan Google.

Akan berlaku di akhir zaman bala daripada Allah yang menelan umat manusia. Bumi merekah dan manusia jatuh ke dalamnya. Ia juga boleh berlaku dengan penghapusan begitu sahaja, samada dibawa lari oleh banjir, atau datang ribut taufan, atau apa sahaja. Gempa bumi juga boleh berlaku.

Ini semua akibat daripada kerosakan yang terlalu banyak. Suara-suara orang yang mencegah kemungkaran itu pula tidak lagi kedengaran.

Kerana itu Nabi S.A.W bersabda:

"لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده"

Samada kamu menyuruh kepada kebaikan dan  mencegah kemungkaran, ataupun Allah akan utuskan kepada kamu azab daripadanya.
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Di sinilah hikmahnya kita terus berjuang menegakkan kebenaran. Jangan peduli walau kalah sekalipun. Sekurang-kurangnya kita menahan bala Allah daripada menimpa semua.

Sekadar perkongsian.
#kuliah

Saturday, January 14, 2017

Kuliah : Malas nak solat?

Jika kita beragama Islam, SOLAT lah. Jangan lah tinggal kan solat. Solat adalah tiang agama.

Malas nak Solat? 

Friday, January 13, 2017

Spotted : KAM 1

Petang khamis hari masa on the balik dari office, macam biasa kalau Federal Highway tak jem teman akan guna laluan Federal Highway untuk balik ke rumah. Tengah syok layan lagu-lagu kat sinar.fm, dengan cik fiya dan abang Salleh dok bercoleteh di petang tiba-tiba terpandang KAM1 nie. Hebat betul padanan nombor plat kereta nie. Disuaikan pulak dengan kereta BMW 3 series berwarna hitam nie, memang nampak owsome betul laa.

KAM 1 
Hitam itu menawan. Gaya mutu dan keunggulan. Terserlah status pemilik kereta ni. Apa pun, seronok teman bila dapat menambah koleksi entry spotted untuk kereta yang mempunyai nombor plat unik nie. Lepas kereta bertuah mana pulak yang menjadi sasaran koleksi spotted nie ye. Sama-sama la kome tunggu ye 😆🤣😆🤣

Thursday, January 12, 2017

Petua : Untuk mendapatkan rambut lembut dan berkilau

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan berkenaan petua untuk penjagaan rambut supaya sihat dan bersinar. Rambut yang sihat akan menyerlahkan penampilan seseorang itu. Untuk mengamalkan petua ini, mudah saja. Bahan utama yang diperlukan ialah cuka masakan.

Rambut sihat berkilau 
Gambar ehsan Google.

Ambil satu atau dua sudu teh cuka masakan dan campurkan bersama sedikit air (cukup untuk membasahkan rambut). Kemudian basah dan gosokan pada keseluruhan rambut. Biarkan seketika dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Lakukan petua ini dua kali seminggu. Kome akan dapat melihat hasilnya.

Selamat mencuba.

Wordless : Kembalilah janda ku

Tak terungkap dengan kata-kata bila ada orang yang sanggup tampal sticker macam nie kat kereta dia.

Kembali lah JandaKu



Tuesday, January 10, 2017

Bertudung tapi tidak menutup aurat

Saja teman nak senaraikan jenis-jenis tudung yang menjadi kegilaan para wanita zaman ini. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis tudung yang digayakan oleh kaum wanita masa kini. Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin kome terlepas pandang pemakaian tudung mengikut syariat Islam dengan tudung sekadar untuk berfesyen. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

Antara jenis-jenis tudung 
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti?Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis la katakan…

4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

Kenapa panggil tudung Alien...😁😁😁... kome tengok la sendiri... sama tak...🤣🤣🤣😆😂

Alien 
Predator Gambar ehsan Google.

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi kome fikirlah sendiri ye...

6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. 

8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada. So, agaknya la yang mana tudung kome ye...?

Saja teman pasal tudung dalam entry hari nie. Bukan apa, dalam group WhatsApp kawan-kawan sekolah tadi bila teman gelak kan tudung Alien, ramai kawan-kawan perempuan teman tembak teman.... hehehehehe... saja menyakat mereka tadi...👌

Nasihat teman buat kaum wanita, pakai lah tudung mengikut syariat Islam. Jangan lah pakai tudung semata-mata untuk berfesyen. Jika ada kaum wanita yang memakai tudung semata-mata untuk berfesyen dan tidak mengikut syariat Islam, ketahuilah bahawa kome bukan saja mendapat dosa, malah mempermaikan agama Islam itu sendiri dari kaca mata orang yang bukan beragama Islam.

Harap entry ini dapat mendorong mereka kembali ke jalan yang benar.

Monday, January 9, 2017

Pasal Ikan dan kucing

Rasanya semua orang tahu apa itu kucing dan apa itu ikan. Umum tahu Kucing suka makan ikan tapi tak boleh berenang. Ikan pulak suka makan cacing tapi tak boleh ke darat. Jadi macam mana kucing dapat makan ikan, ikan pulak dapat makan cacing?

Kucing dan ikan 
Gambar ehsan Google.

Proses untuk kucing dan ikan dapat makanan mereka ialah proses kehidupan. Kehidupan tak mengajar kucing pandai berenang baru dapat ikan. Begitu juga kehidupan tidak mengajar ikan supaya pandai ke darat baru dapat cacing.

Kehidupan mengajar kucing dan ikan untuk berusaha. Namun bukan yakin pada usaha. Jika yakin pada usaha, nescaya kucing dan ikan putus asa untuk peroleh makanan mereka 😊. Jadi, bagaimanakah kucing dapat makan ikan dan ikan dapat makan cacing?

Allah yang memberi rezeki buat makhluknya.

Sunday, January 8, 2017

Kuliah : Sikap bakhil

Kuliah pagi untuk hari ini, berkenaan sikap bakhil.

sikap bakhil 
Gambar ehsan Google.

"Barangsiapa yang BERSIKAP BAKHIL terhadap hartanya, tidak mahu membelanjakan ke jalan kebaikan dan merasa cukup dengan nafsu syahwat dari kesenangan akhirat, tidak peduli ganjaran pahala dan kurniaan Allah, disamping itu mendustai hari pembalasan di akhirat maka Allah akan menyediakan untuknya kesempitan serta jalan yang payah yang tidak menghasilkan sesuatu melainkan kejahatan sehingga menjadikannya sukar menemui jalan jalan kebaikan dan kemuliaan."

[Dr Wahbah al-Zuhaily - Tafsir Al Munir (Surah Al-Lail 8)]

Saturday, January 7, 2017

Kuliah : Keutamaan tidur dalam keadaan suci

Sebelum menutup lembar kegiatan hari ini dengan istirahat di malam hari, mari kita membasuh muka dan anggota badan lainnya dengan air wudhu. Sebab bila kita tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bermalam bersama kita dan mendoakan diri kita dengan ampunan.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ، لاَ يَسْتَيْقِظُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ:  اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَلاَنًا، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا.

Barang siapa yang bermalam dalam keadaan suci, maka ada satu malaikat ikut bermalam di syi’ar-nya. Tidaklah ia terbangun sesaat pada malam hari melaikan malaikat itu berkata: “Ya Allah, berilah ampunan bagi hamba-Mu Fulan, sebab ia bermalam dalam keadaan suci.”
(Hadis hasan riwayat Ibnul Mubarak. Lihat: ash-Shahihah No 2539)

Wudhu 
Gambar ehsan Google.


Pada riwayat lain beliau bersabda:

طَهِّرُوْا هَذِهِ اْلأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللَّهُ، فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيْتُ طَاهِرًا إِلاَّ بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ، لاَ يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلاَّ قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ، فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا.

Sucikanlah tubuh kalian -semoga Allah menyucikan kalian-, sebab tidaklah seorang hamba bermalam dalam keadaan suci, melainkan akan ada satu malaikat ikut bermalam di syiar-nya, tidaklah ia berbalik sesaat pada malam hari melainkan malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu Fulan, sebab ia bermalam dalam keadaan suci.
(Hadis hasan. Lihat Shahih al-Jami’ No 3936)

Arti “ syiar “ pada hadis di atas adalah pakaian, kain atau semisalnya yang menempel pada badan seseorang.

⭐️SEKIRANYA MENINGGAL PADA MALAM ITU⭐️

Bila seseorang bersuci, kemudian membaca doa di bawah ini, kemudian ternyata ia meninggal dunia pada malam harinya, maka ada keutamaan khusus baginya.

Dari al-Bara' bin 'Azib a ia berkata: Nabi shallallahu alaihi wa sallam berkata kepadaku: "Apabila engkau hendak mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, kemudian rebahkan (badanmu) di atas bahu sebelah kanan kemudian ucapkanlah:"

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ.

[Ya Allah, aku serahkan wajahku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, dan aku sandarkan punggungku kepada-Mu dengan penuh harap (akan rahmat-Mu) dan cemas (akan siksa-Mu), tiada perlindugan dan pertolongan dari (siksa-Mu) kecuali hanya kepada-Mu, ya Allah aku beriman dengan kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang telah Engkau utus].” Apabila engkau meninggal dunia pada malam itu, niscaya engkau dalam keadaan fitrah (di atas sunnah). Dan jadikanlah doa tersebut sebagai ucapan terakhirmu.
(Hadis Riwayat. al-Bukhari No 247)

Semoga Allah memberikan taufik kepada kita untuk menerapkan hadis ini setiap hari. Allahumma aamiin. 

Share, yuk! Semoga saudara² kita mendapatkan faidah ilmu dari yang anda bagikan dan Allâh membalas anda dengan kebaikan karena telah menunjukkan kebaikan. آمِينَ.

Thursday, January 5, 2017

Petua : Untuk membersih dan menghilangkan kotoran getah buah nagka atau cempedak

Pernah tak kome mengalami masalah untuk membersihkan pisau dari kesan getah nangka atau cempedak? Sebelum nie, pernah juga teman lumurkan pisau dengan minyak masak sebelum memotong buah nangka atau cempedak. Tapi masih susah juga ketika hendak membersihkan pisau tersebut dari kesan getah nangka atau cempedak itu.

Nangka 
Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mudah membersihkan pisau dari kesan getah nangka atau cempedak. Caranya macam ni. Lepas saja selesai mengunakan pisau tersebut untuk memotong buah nangka atau cempedak, panaskan pisau dengan kesan getah tersebut di atas api sehingga getah tersebut berbuih-buih.

panaskan pisau 
Kemudian, ketika pisau tersebut masih panas, lap pisau tersebut dengan kain atau kertas tisu sehingga bersih. Gunakan kain atau kertas tebal untuk mengelak dari rasa panas semasa membersihkan pisau tersebut. Mudah kan...

Ok, selamat mencuba ye.

Monday, January 2, 2017

Luahan hati seorang anggota Bomba

Hidup sebagai Bomba ni tak seperti menjalani kehidupan seperti pekerjaan yang lain.

Mungkin ramai ahli keluarga atau kawan-kawan selalu menjatuhkan hukuman terhadap kami yang jarang ada di kala majlis-majlis sanak saudara atau rakan-rakan. Jatuhkan hukuman kata kami ni sombong, kami ni tak pernah luangkan masa untuk keluarga dan rakan-rakan sekalian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat 
Rasa-rasa nya kami ni sengaja ke tak dapat hadir kenduri tu?
Rasa-rasa nya kami ni memang tak suka ke jumpa rakan-rakan?

Jadual bekerja kami ni bukan lah macam waktu office, 9 to 5 Monday to Friday, tak begitu. Kami terpaksa berkorban tak kira hari biasa atau hujung minggu, tak kira pagi petang siang atau malam.

Tuan-tuan selalu buat kenduri kendara & majlis jamuan pada waktu bila? Waktu hujung minggu terutamanya waktu cuti sekolah/public holiday kan? Tuan-tuan pergi kenduri kendara balik kampung dan sebagainya sebab jalanraya dah "jammed", Jadi sebab tuan-tuan semua juga lah banyak kerja tambahan buat Bomba pada waktu-waktu tersebut, jadi siapa yang terpaksa standby bagi memastikan lalu lintas tuan-tuan dan keluarga semua untuk pergi kenduri dan majlis majlis tu semua? Kami anggota Bomba ni la juga yang kena standby dan sebagainya.

Lepas tu tuan-tuan merajuk kami tak dapat hadir kenduri-kenduri yang tuan anjurkan?

Ok la, kami la yang salah. Kami memang anti-sosial, memang kami ni tak ingat kat sanak saudara dan rakan-rakan.

Saudara-saudara semua best bercuti, kami ini jarang sekali pun dapat cuti pada waktu-waktu public holiday ni semua. Kami bekerja untuk tuan-tuan sekalian ni, untuk tuan-tuan semua dapat nikmati kebahagiaan dengan sanak saudara. Kami ni nak jumpa isteri dan anak-anak kat rumah pun tak kesampaian.

Anak orang lain pergi holiday, cuti sekolah. Anak-anak kami termenung sahaja. Ayah terpaksa pergi kerja.

Kami Bomba selalu dapat "off day" pada tengah minggu, takde pulak saudara semua nak ajak datang kenduri atau makan-makan. Kalau saya ajak tuan-tuan datang rumah waktu tengahari Rabu ajak jamu makan, tuan mesti kata saya gila. Betul tak?

Jadi kenapa tuan boleh judge saya sebab tak datang kenduri hari sabtu/Ahad tapi saya ajak tuan datang pada hari biasa tuan pula kata saya yang gila?

Apa? Kehidupan saya tak se-penting hidup tuan?

Tak payah la nak tegur sinis "haaa tu la jarang balik kampung", "haaaa tu la tak pernah datang kenduri".

Kalau kena waktu dan tarikh nya, in sha Allah kami datang. Tak pernah rasa tak nak datang kenduri kendara, majlis majlis tuan-tuan ni semua.

Selamat menempuh 2017 yang  lebih mencabar!

Sekadar perkongsian. Mungkin pihak JPA terlepas pandang masalah ini dan tiada pihak Menteri atau kementerian yang sudi melihat nasib para anggota Bomba ini. Apa pun, harap entry ini dapat memberi sedikit impak dalam menaik taraf kehidupan anggota Bomba ini.

Sunday, January 1, 2017

Kuliah : Rezeki

Di tepian jalan, semerbak bau dari longgokan raja buah.

Buah-buah durian tersusun elok. Dilonggok dan dikumpulkan. Ada dalam bakul, ada yang di luar atas tanah berselerakan.

"Berapa ni sekilo, bang?"

Seorang pakcik lingkungan umur lewat 50-an berhenti di gerai jualan buah durian. Dengan motosikal EX5 usangnya. Ada dua orang anaknya di belakang. Baru pulang dari sekolah gamaknya. Sekolah rendah.

"5 biji, RM20."

Pakcik tu nampak teragak-agak.

"Habis diskaun dah ke ni?" Pakcik tu bertanya lagi.

"Murah sangat dah ni bang. Mana nak dapat harga macam ni. Musang King kot. First class ni. Kalau abang tak percaya isi dia tip-top, abang boleh try."

Penjual durian itu bawa durian yang sudah dibukanya. Bagi pakcik tu rasa.

"Sedap dan lemak manis kan? Saya dah cakap dah bang. Hari ni, saya nak bagi RM50 dapat 12 biji durian yang besar-besar punya."

Mengangguk-angguk orang tua itu mengiyakan. Diunjukkan pada pakcik tu durian-durian yang bersaiz agak besar yang ada di situ.

"Abah, nak, nak. Belilah." Anak-anaknya merengek sedikit setelah teruja melihat isi durian yang menguning segar di hadapan mata.

"Sekejap ya." Pakcik itu ke belakang sedikit. Mengeluarkan dompetnya. Melihat isi di dalam. Kemudian, datang balik kepada penjual.

"Alahai, bawak RM40 je. Macam mana, boleh dapat tak?" Pakcik itu

"Bolehlah. Saya tolak dua biji." Peniaga itu bersetuju setelah berfikir seketika.

Pakcik tu terus membayar dan membawa balik separuh dulu dengan motosikalnya. Kemudian, dia datang lagi tanpa anaknya untuk bawa balik baki.

Allah pemberi rezeki 
Gambar ehsan Google.

Di rumah, orang tua itu teruja sekali. Anak-anaknya yang tujuh orang mengerumuni duduk dalam bulatan. Isterinya juga ada bersama menanti.

"Lama kan kita tak makan durian. Ya Allah, alhamdulillah."

"Alhamdulillah. Gaji semalam dapat RM80 gaul simen di perumahan baru buat tu. Dapatlah beli. Rezeki anak-anaklah ni." Riang orang tua itu.

Dikopeknya durian-durian itu. Durian yang pertama, hanya satu ulas isi yang elok. Yang lain dah lemau, lembik berair. Durian kedua dan seterusnya pun sama.

Dari 10 biji, dapatlah 10-15 ulas lebih kurang yang elok.

"Penipulah orang yang jual tu kan abah!" Anak-anaknya sedikit tak puas hati.

"Tak mengapa. Ini saja rezeki kita Allah bagi hari ini. Syukur dapat rasa juga. Alhamdulillah banyak-banyak. Dia pun tak tahu kot isi dalam durian. Bukan dia ada mata x-ray boleh nampak isi dalam kan? He he." Pakcik tua itu berseloroh. Menyedapkan hati warga rumahnya.

"Yang tak boleh makan ni, abah gaul buat tempoyak. Buat cekodok durian. He he. Nak?"

"Nak!" Anak-anaknya riang kembali.

Di dapur, isterinya menitiskan air mata. Rasa teraniaya. Tak sanggup lihat air muka anak-anak mereka. Suaminya turut ke dapur. Menenangkan isterinya.

"Sabar, ada hikmahnya.."

***

Di rumah penjual durian.

"Nah, ni jualan hari ni. Untung besar meniaga hari ni. Beratus-ratus ringgit dapat hari ni. Dekat RM600 sehari. Kalau sebulan macam ni, boleh bayar muka kereta!"

Beriya-iya dirinya memberitahu isteri tercinta. Isterinya senyum. Sambil di tangannya mengetik skrin fon. Dengar tak dengar kata suaminya.

"Abang letihlah. Buatkan abang kopi, boleh?"

"Ala, abang ambillah air dalam peti ais tu. Ada banyak air kotak. Hari ni, saya pun letihlah kemas rumah." Masih lagi tangannya tidak lepas menghadap fon.

Suaminya sedikit panas hati. Pergi kepada isterinya. Dirampasnya fon si isteri.

Matanya terbeliak.

Dilihat di skrin fon isterinya, sedang bersayang-sayang dengan lelaki lain.

PANG!

Tamparan hinggap di pipi isterinya.

"Isteri tak guna! Aku keluar cari duit, cari rezeki halal untuk kau, kau buat taik belakang aku!"

Isterinya berdiri depan suaminya. Mengamuk sama.

"Rezeki halal konon! Ingat saya tak tahu, abang letak durian elok buat display. Durian merekah, durian lemau, durian tak elok masuk dalam guni customers!"

Maka, bergaduh sakanlah laki bini. Bertekak riuh gegak gempita. Rumahtangga yang selama ini bahagia, retak menanti belah bila-bila masa.

***

Pesan Nabi s.a.w. yang mafhumnya:

“Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mengenyam seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya.

Maka bertakwalah kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah no. 2144, sahih)

Rezeki yang sedikit, tapi halal dan bersih sumbernya bawa berkat ke dalam keluarga. Bahagia hati mereka yang berusaha untuk mendapatkan reda Allah semata.

Kekayaan dan kesenangan yang diperolehi dari sumber yang mempunyai tipu muslihat, helah dan riba, tidak membawa apa-apa makna. Ada segala, boleh beli semahunya, tetapi tiada ketenangan jiwa. Istidraj semata.

Saat kita menyangka tiada yang mengetahui, kita lupa Allah Maha Memerhati...

Waullahualam

Perkongsian dari FB Ust. Naim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...