Friday, December 15, 2017

Tips paling simple untuk menjadi orang kaya

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan saja duit balance yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada  mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu.
 

Gambar ehsan Google.
 
3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk pegi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan or gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat orang sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, teman yakin insyaAllah kemo akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?

Sumber: FB Haron Yusof.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...