Saturday, December 30, 2017

Kuliah : Mudahnya untuk bersedekah

Kome tahu tak, sangat mudah untuk menginfak atau bersedekah di jalan Allah.s.w.t. Nak buat atau tak mau buat sahaja yang menjadi halangannya. Nie teman kongsikan beberapa amalan bersedekah yang mudah dan boleh di buat sendiri.

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid di Mekah dan Madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang. Kome tahu tak, kucing adalah antara haiwan kesayangan nabi s.a.w.

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

Sedekah

Gambar ehsan Google.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk disedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, kanak-kanak, dan sebagainya).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat salah kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Al-Fathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

13. Inisaitif- sedekah:
Kirim dan kongsijab entry ini semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang  mahu mengamalkannya. Semoga anda pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah...

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...