Sunday, August 20, 2017

Kuliah : Tips untuk menduduki peperiksaan

Bila sampai time peperiksaan je, mesti ramai sibuk mentelaah dan mengulang kaji subjek-subjek yang di ambil. Ye la kan, usaha adalah tangga kejayaan. Tapi kadang-kadang tu, fikiran kita akan buntu dan tiba-tiba boleh blur dan tak ingat tentang sesuatu itu. Mungkin over confident kot. Apa pun dalam segmen kuliah pagi nie, teman kongsikan satu tips untuk ingat kembali sesuatu yang kita lupa tu.

Tips peperiksaan

Perkongsian dari FB AnugerahQuran.


Saturday, August 19, 2017

Kuliah : Manusia yang tidak pandai untuk bersyukur

Sekadar perkongsian. Topic video ini adalah berkenaan manusia yang tidak pandai untuk bersyukur. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan iktibar buat semua.



Wednesday, August 16, 2017

Wordless : Temerloh

Once upon a time at Temerloh, Pahang.

Temerloh, Pahang

Sunday, August 13, 2017

Kuliah : Doa untuk menduduki peperiksaan

Dalam entry hari ini, teman ingin kongsikan doa untuk menduduki peperiksaan. Di dalam Islam, setiap perkara yang hendak kita lakukan hendaklah dimulakan dengan bismillah dan di ikuti dengan doa supaya segala apa yang kita hendak lakukan itu dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Doa untuk menduduki peperiksaan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, August 12, 2017

Kuliah : Istimewanya seorang wanita di dalam Islam

Wanita menurut Islam merupakan golongan yang di angkat dan mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Dimanakah keutamaan dan keistimewaan mereka itu? Ok, dibawah ini disenaraikan beberapa keutamaan wanita menurut Islam.

Istimewanya Wanita  
Gambar ehsan Google.

KEUTAMAAN WANITA

  1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali.
  2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.
  3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yang memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.
  4. Isteri yang membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1
  5. Isteri yang kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur
  6. Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)
  7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keredhoan suami.
  8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.
  9. Bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yang tidak hamil.
  10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.
  11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.
  12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".
  13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.
  14. Apabila ia membaca pada hari pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan adzab.
  15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dengan pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

SUBHANALLAAH... betapa sayang nya Allah s.w.t terhadap kaum wanita.

Friday, August 11, 2017

Pemimpin makan rasuah

Orang yang pecah amanah dan rasuah sepatutnya di layan macam nie. Mereka nie lah sampah masyarakat. Harapkan pagar, pagar makan padi itulah peribahasa buat golongan nie. Orang yang buta hati saja yang masih nak sokong orang macam nie lagi...


Kalau sampah, kita kutip dan buang dalam tong samapah. Orang yang pecah amanah dan makan rasuah nie pun sepatutnya kita buang dalam tong sampah jugak. Mereka memang sampah masyarakat pun...

Thursday, August 10, 2017

Petua : Untuk menaikkan seri wajah

Menaik serikan wajah. Orang-orang lama selalu amalkan petua ini. Terutama bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan. Biasanya orang perempuan akan mengalami masalah kulit kusam dan pucat. Untuk mengatasi masalah ini, kome boleh mencuba petua ini. Pasti ramai yang tahu kegunaan daun inai. Selain digunakan untuk berinai, daun inai juga bermanfaat untuk tujuan kesihatan dan kecantikkan. Kalau kome nak baca, teman ada kongsikan manfaat air rebusan inai dalam entry yang lepas. Kome boleh klik disini petua penjagaan bibir dan disini untuk kesihatan dalaman wanita.

Daun inai

Gambar ehsan Google.

Ok, berbalik pada entry petua untuk hari ini, daun inai juga digunakan untuk menaikkan seri wajah. Caranya macam nie. Amalkan minum air rebusan daun inai setiap pagi. Air rebusan daun inai bukan saja dapat memanaskan badan, malah membantu untuk melancarkan perjalanan darah dan membuatkan kulit tampak kemerahan.

Wednesday, August 9, 2017

Wordless : Mana be-bird nie?

Di sekitar Impiana Palace... Pandai kau buat sarang nie kat celah pokok orkid ye...

Sarang burung

Monday, August 7, 2017

KL2017 Touch Run

Majlis nie berlangsung pada 7 August di perkarangan Menara TM, Bangsar. Unutk maklumat lanjut berkenaan KL2017 Touch Run nie, kome boleh layari laman rasmi Kuala Lumpur 2017 29th SEA GAMES.

KL2017 Touch Run


Macam nie la suasananya di ruang legar lobi utama Menara TM pada awal pagi 7 August lepas. Majlis bermula dengan kemunculan "Rimau" mascot Kuala Lumpur 2017 29th SEA GAMES. Majlis di meriahkan lagi dengan sokongan anggota TM yang menyarung jersi "Team Malaysia" iaitu baju rasmi Pasukan Sorak Rasmi Atlet Negara.

KL2017 Touch Run

KL2017 Touch Run

Rimau bersama menunuggu di check point 1 untuk menerima obor dari pembawa obor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan balai Polis Bangsar.

KL2017 Touch Run

Ramai wanita dan gadis-gadis teruja untuk memeluk sang Rimau nie... mmm... teringin pulak menyarung costume Rimau nie... ada vacant tak..? nak buat part time... hehehehehe...

Teman di tempatkan di Check Point 1 nie, di barisi oleh staf dari division Global & Wholesale...

KL2017 Touch Run

Itu dia... ketibaan obor sukan SEA yang dinanti...

KL2017 Touch Run

Obor diserahkan oleh pembawa obor dari TNB.


mmmm... basah lenjun pembawa obor tu.... tak jadi la teman nak join lari sama... kejap lagi nak attend meeting di TM @ Damansara...

Hehehehehe... Apa pun, seronok dapat bersama menyumbang untuk KL2017 Touch Run dan juga KL2017 SEA Games 29th untuk international broadcast network solution designer.

Sunday, August 6, 2017

Kuliah : Perihal ketika ajal datang menjemput

Sekadar perkongsian. Teman kongsikan video ini untuk tatapan kita bersama. Video ini mencerita bagaimana saat kematian itu menjemput manusia. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Semoga kita istiqomah dengan amal ibadat kita seharian. Insya Allah.

Saturday, August 5, 2017

Kuliah : Perihal memberi salam di laman sosial

Sekadar perkongsian. Di zaman serba canggih nie, ramai yang telah meng online kan diri dan ramai juga yang bersosial di laman maya jika berbanding bersua muka secara fizikal. Bila dah bersosial dan bertegur sapa secara maya nie, ramai yang memendekkan ucapan "Assalamualaikum" menjadi salam, akum... dan sebagainya. Jom kita tengok apa Ustaz kata pasal nie...


Thursday, August 3, 2017

Petua : Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah

Petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Wajah yang bersih mulus tanpa cela adalah dambaan setiap insan terutama yang bergelar wanita. Wanita akan tampak lebih anggun dan mempersonakan dengan wajah bersih mulus dan bergaya. Sekali lagi teman tampilkan satu lagi petua dalam entry ini untuk mengatasi masalah bintik-bintik hitam ini.

Bintik-bintik hitam

Gambar ehsan Google.

Sebenar-benarnya, bukanlah suatu yang mudah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam ini. Jika tidak di rawat dengan segera, bintik-bintik hitam ini akan merebak pada keseluruhan wajah.

Bawang putih

Gambar ehsan Google.

Sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini, gunakan bawang putih. Belah bawang putih kepada dua bahagian. Pada bahagian bawang putih yang di potong itu, gosok pada bahagian yang bermasalah secara perlahan-lahan. Lakukan selalu. Pigmentasi atau bintik-bintik hitam akan pudar dan hilang secara beransur-ansur.

Selamat mencuba ye.

Wednesday, August 2, 2017

Wordless : Tropicana Golf and Country Resort

Hanya sekadar gambar saja.

Tropicana Golf and Country Resort

Tropicana Golf and Country Resort

Tropicana Golf and Country Resort

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...