Tuesday, July 11, 2017

Tuan rumah terasa hati pulak bila buat open house

Bila takdir raya bergema... itu tandanya Hari Raya... Jika di Asia Barat, hari raya Aidil Fitri hanya disambut sehari saja, iaitu pada 1 Syawal... berbeza dengan masyarakat kita di Malaysia yang menyambut Aidil Fitri selama sebulan... Selama sebulan itu juga la, banyak program-program rumah terbuka di anjurkan samada individu mahu pun badan-badan organisasi dengan tujuan merapatkan silaturahim.

Open house

Gambar ehsan Google.

Dalam entry nie, teman nak cerita pasal open house oleh individu. Niat tuan rumah ikhlas menjemput kawan-kawan dan saudara mara datang ke rumah untuk berhari-raya dengan tujuan untuk merapatkan ukwah dan silaturahim. Malangnya, niat murni ini kadang kala mengundang terasa hati tuan rumah bila tetamunya bersifat macam nie...

  1. Tetamunya lebih cenderung untuk menatap hand phone atau gadget dari berbual dengan tuan rumah dan kawan-kawan lain.
  2. Membiar anak-anak bermain melampaui batasan tanpa kawalan ibubapa.
  3. Tetamu mengambil kesempatan untuk menjemput tetamu ke open house rumahnya, dan tidak pula menjemput tuan rumah untuk turut sama ke open house rumahnya.
  4. Menjadikan majlis open housenya sebagai medan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kemewahan masing-masing.
  5. Bila majlis open housenya di jadikan medan umpat-mengumpat orang lain.
Jauh tersasar nampaknya tujuan rumah terbuka nie... Harapan teman, kita tidak lah seperti dalam list nie ye kawan-kawan...🤗🤗🤗

Kita sebagai tetamu, perlu juga jaga adab supaya tidak menyinggung hati tuan rumah... Jadi lah tetamu yang sebaik mungkin... Tujuan kita hanya lah satu, untuk menziarah dan merapatkan silaturahim sesama kita...☺️☺️😌😌

Kalau kita nak buat open house ke apa bagai... Kita buat lah buat la dengan seikhlas mungkin... Let It Go, jika kita bertemu dengan orang-orang macam nie... Bila kita ikhlas, insya Allah kita tidak akan terasa hati jika bertemu dengan orang-orang macam nie...😌😌😌

2 comments :

  1. alamak! takleh wat pape kalo dah camtu la ragamnya...sedeh kan... takkan nak tegur plak, sendiri paham la kan...

    ReplyDelete
  2. Rumah sentiasa open..biasanya kalau kawan² tanya..x buat open house ke..mesti bgtau..nak datang..just maklum..nanti boleh adjust masa.. setengah orang berpendapat buat open house sekali harung mudah...tapi atas masing²..tetamu datang membawa rezeki...

    bab adab tu setuju..kadang sampai ada anak² masuk bilik tidur utama..siap bawa makanan sebab ikut anak sendiri yang kebetulan nak masuk guna tandas..biasanya saya tegur anak sendiri apa yg boleh..bab makanan masuk bilik mmg saya terus tegur..tu pun kebetulan nampak

    yang no. 3..jika x jemput..xde rasa apa..kadang bersyukur..sebab banyak sangat jemputan..xde la rasa bersalah xpergi..dan kalau free pun, time tu peluang nak ajak mana yang lama xjumpa berkunjung kat rumah.hehehe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...