Thursday, July 27, 2017

Petua : Untuk mencegah lalat

Lalat dan Langau. Serangga bernama lalat nie memang menyusahkan. Mana kan tidak, lalat dan serangga yang seangkatan dengannya seperti langau suka hinggap di tempat-tempat yang kotor. Kalau rumah kita berhampiran dengan ladang ternak ayam, memang akan menghadapi masalah nie. Lebih-lebih lagi, bila time makan je selalu berperang dengan lalat. Ok, dalam entry hari nie teman nak kongsikan satu petua yang bukan saja berkesan untuk menghindar lalat malah langau pun takut untuk datang hampir.

Lalat dan Langau

Gambar ehsan Google.

Apa pun, untuk membuat petua nie kome perlu ada bahan-bahan nie;

1/2 cawan cuka
1/2 cawan minyak masak / minyak zaiton
1/2 cawan shampoo

Campurkan kesemua bahan-bahan nie ke dalam botol semburan dan goncang sehingga sebati. Kemudian, semburkan pada tempat-tempat yang berpotensi atau tempat yang sering menjadi serbuan lalat dan langau. Campuran ini selamat untuk digunakan dan tidak merbahaya manusia dan haiwan kesayangan.

Selamat mencuba 🤗!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...