Wednesday, July 26, 2017

Wordless : Terbenamnya sang mentari

Menanti terbenamnya mentari, suatu pemandangan yang sukar di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya gambar yang mampu mengambarkan suasana ketika itu ๐Ÿค—๐Ÿ˜Š.

Terbenamnya Sang Mentari

Terbenamnya Sang Mentari


Sunday, July 23, 2017

Kuliah : Tukar rungutan kepada doa

Semua pernah mengalami saat-saat kesulitan di dalam kehidupan ini. Ini lah dugaan yang kita hadapi untuk menguji ke imanan kita terhadap Allah s.w.t. Sejauh mana kita mampu bersabar menghadapi dugaan itu. Bagaimana reaksi kita bila menghadapi sesuatu dugaan itu.

Rungutan

Gambar ehsan Google.

  • Apabila ditimpa kesusahan, elakkan daripada merungut kecuali berkongsi dengan orang lain untuk menyelesaikan perkara itu.
  • Apabila ditimpa kesusahan dan tidak ada sesiapa yang dapat membantu, Nabi Muhammad (selawat) akan berdoa dan meminta tolong kepada Allah.
  • Diam dan tukarkan rungutan dengan doa kepada Allah s.a.w

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, July 22, 2017

Kuliah : Alhamdulillah

Perkongsian dalam segmen kuliah hari ini adalah berkenaan Kelebihan Kalimah Alhamdulillah:

Alhamdulillah
Gambar ehsan Google.

1-Perkataan yang pertama keluar daripada mulut Nabi Adam a.s.

2-Kalimah pertama di dalam kitab suci Al-Quran Al-Kareem.

3-Sebaik-baik doa.

4-Perkataan yang membentuk Kebun atau tanamam di dalam Syurga.

5-Kalimah terakhir di dunia dan di Akhirat.

6-Kalimah yang diucap ketika susah dan senang serta dalam semua keadaan.

7-Sebaik-baik manusia yang dibangkitkan pada hari Kiamat adalah mereka yang menyebut kalimah
” Alhamdulillah “

Thursday, July 20, 2017

Petua : Untuk mengatasi masalah kulit berjerawat

Masalah kulit berjerawat. Dalam entry-entry sebelum nie, teman ada juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah kulit berjerawat nie. Untuk entry hari ini, teman nak kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah jerawat. Semua orang dewasa ada jerawat. Bagi kome yang berdepan dengan masalah jerawat, boleh la mencuba petua nie.


Rawat jerawat dengan lidah buaya

Gambar ehsan Google.

Mudah je kalau nak buat petua nie. Bahan utama yang di perlukan hanyalah daun lidah buaya. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Kemudian, biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam. Jerawat akan mengecut dan tidak meninggalkan kesan parut.

Selamat mencuba.

Wednesday, July 19, 2017

Wordless : Mencari jodoh?

Ada juga perkhidmatan macam nie ye... macam tak releven jee... tapi ada ke orang yang mengunakan perkhidmatan nie? Entry nie untuk kome yang single dan masih tercari-cari...๐Ÿค—๐Ÿ˜‹☺️๐Ÿ˜

Mencari jodoh

Sunday, July 16, 2017

Kuliah : Tahukah anda?

Tahukah Anda?

Bahawa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dari lahir sampai mati. Kerana itu, kadang-kadang ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing lagi bagi kita.

Tahukah anda?Gambar ehsan Google.


Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah-olah kita mati. Ini terjadi dalam hitungan yang sangat pantas. Setelah itu ianya berfungsi seperti normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yang genap itu akan menghasilkan gula dalam darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut. Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran".

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yang meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur tersebut. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dengan syurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu-buru untuk berganjak dari tempat duduk...


Tengah jemur kain jiran datang tegur, 'jemur kain ke?'
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak", soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun-daun kayu supaya gugur untuk kambing-kambingku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain, tiba-tiba datang seorang kawan kita bertanya "buat apa tu?"
Kita pun menjawab "Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid / surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, "supaya orang yang letak air di masjid / surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kepada kamu gosip-gosip tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu sahaja. Dan jika berita tu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib orang. Barangasiapa yg tutup aib mana-mana muslim, " Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat untuk dibaca semasa sujud-sujud kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dengan Mu pengakhiran yang baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat untuk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan.

Moga-moga dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali, Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran...

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau.

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan๐Ÿ˜Š

Saturday, July 15, 2017

Kuliah : Balaslah keburukkan dengan kebaikkan

Dalam entry kuliah pagi nie, teman nak kongsikan berkenaan hikmah membalas perbuatan keburukkan seseorang itu dengan kebaikkan.

ุนَู†ْ ุนَู…ْุฑِูˆ ุจْู†ِ ุดُุนَูŠْุจٍ ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠู‡ِ ุนَู†ْ ุฌَุฏِّู‡ِ ู‚َุงู„َ ุฌَุงุกَ ุฑَุฌُู„ٌ ุฅِู„َู‰ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَู‚َุงู„َ ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฅِู†َّ ู„ِูŠ ุฐَูˆِูŠ ุฃَุฑْุญَุงู…ٍ ุฃَุตِู„ُ ูˆَูŠَู‚ْุทَุนُูˆู†َ ูˆَุฃَุนْูُูˆ ูˆَูŠَุธْู„ِู…ُูˆู†َ ูˆَุฃُุญْุณِู†ُ ูˆَูŠُุณِูŠุฆُูˆู†َ ุฃَูَุฃُูƒَุงูِุฆُู‡ُู…ْ ู‚َุงู„َ ู„َุง ุฅِุฐًุง ุชُุชْุฑَูƒُูˆู†َ ุฌَู…ِูŠุนًุง ูˆَู„َูƒِู†ْ ุฎُุฐْ ุจِุงู„ْูَุถْู„ِ ูˆَุตِู„ْู‡ُู…ْ ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„َู†ْ ูŠَุฒَุงู„َ ู…َุนَูƒَ ู…ِู†ْ ุงู„ู„َّู‡ِ ุธَู‡ِูŠุฑٌ ู…َุง ูƒُู†ْุชَ ุนَู„َู‰ ุฐَู„ِูƒَ

Dari 'Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datoknya, dia berkata; Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; 

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?" maka Baginda SAW menjawab:

"Jangan engkau lakukan, dengan begitu berarti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, kerana sesungguhnya Allah akan senantiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu berbuat begitu." (HR Ahmad No: 6648) Status: Isnad Hasan

Perbuatan baik dan buruk
Gambar ehsan Google.

Pengajaran:

1. Balaslah keburukan orang lain dengan kebaikan.

2. Orang yang berusaha menghubungkan silaturahim, memaafkan perbuatan orang yang menzaliminya, sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang berbuat buruk padanya akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah.

3. Segala amalan ikhlas daripada kita tetap akan mendapat ganjaran dan balasan kebaikan daripada Allah.

4. Islam melarang pelaku buruk dibalas dengan keburukan. Walaupun orang lain memutuskan silaturahim, kita diperintah menghubungkannya. Orang berbuat aniaya serta kezaliman pada kita, kita sewajarnya memaafkan mereka.

Dalam hubungan kita berkeluarga dan bermasyarakat, balaslah keburukan dengan kebaikan. Jadilah kita orang yang pemaaf dan penyambung kasih sayang.

Thursday, July 13, 2017

Petua : Gula sebagai pengubat luka

Jika kita mengambil gula dengan berlebihan boleh mengakibatkan kemudharatan kepada kesihatan. Namun ada satu petua ini mengunakan gula sebagai bahan utama untuk menghentikan pendarahan kecil. Pendarahan yang dimaksudkan disini ialah pendarahan di bahagian bibir. Jadi, jika bahagian bibir tu terluka dan berdarah akibat terhantuk pada sesuatu benda keras, jangan la cepat panik.

Bibir pecah

Gambar ehsan Google.

Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah tu. Insya Allah, darah akan berhenti dengan segera. Ok, selamat mencuba ye...

Wednesday, July 12, 2017

Wordless : Zon berhenti untuk motor

Baru perasan di bandaraya Kuala Lumpur nie dah ada zon berhenti untuk motor di lampu isyarat.


Tuesday, July 11, 2017

Tuan rumah terasa hati pulak bila buat open house

Bila takdir raya bergema... itu tandanya Hari Raya... Jika di Asia Barat, hari raya Aidil Fitri hanya disambut sehari saja, iaitu pada 1 Syawal... berbeza dengan masyarakat kita di Malaysia yang menyambut Aidil Fitri selama sebulan... Selama sebulan itu juga la, banyak program-program rumah terbuka di anjurkan samada individu mahu pun badan-badan organisasi dengan tujuan merapatkan silaturahim.

Open house

Gambar ehsan Google.

Dalam entry nie, teman nak cerita pasal open house oleh individu. Niat tuan rumah ikhlas menjemput kawan-kawan dan saudara mara datang ke rumah untuk berhari-raya dengan tujuan untuk merapatkan ukwah dan silaturahim. Malangnya, niat murni ini kadang kala mengundang terasa hati tuan rumah bila tetamunya bersifat macam nie...

  1. Tetamunya lebih cenderung untuk menatap hand phone atau gadget dari berbual dengan tuan rumah dan kawan-kawan lain.
  2. Membiar anak-anak bermain melampaui batasan tanpa kawalan ibubapa.
  3. Tetamu mengambil kesempatan untuk menjemput tetamu ke open house rumahnya, dan tidak pula menjemput tuan rumah untuk turut sama ke open house rumahnya.
  4. Menjadikan majlis open housenya sebagai medan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kemewahan masing-masing.
  5. Bila majlis open housenya di jadikan medan umpat-mengumpat orang lain.
Jauh tersasar nampaknya tujuan rumah terbuka nie... Harapan teman, kita tidak lah seperti dalam list nie ye kawan-kawan...๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Kita sebagai tetamu, perlu juga jaga adab supaya tidak menyinggung hati tuan rumah... Jadi lah tetamu yang sebaik mungkin... Tujuan kita hanya lah satu, untuk menziarah dan merapatkan silaturahim sesama kita...☺️☺️๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Kalau kita nak buat open house ke apa bagai... Kita buat lah buat la dengan seikhlas mungkin... Let It Go, jika kita bertemu dengan orang-orang macam nie... Bila kita ikhlas, insya Allah kita tidak akan terasa hati jika bertemu dengan orang-orang macam nie...๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Sunday, July 9, 2017

Kuliah : Syukur itu menjadikan kita bahagia

Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi.

Wanita yang jodohnya lambat , rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil.

Syukur
Gambar ehsan Google.

Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya.

Syukur
Gambar ehsan Google.

Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak anaknya.

Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Syukur itu menjadikan kita bahagia.

(Dipetik daripada facebook Bahagian Dakwah, Jakim)

Saturday, July 8, 2017

Kuliah : Al-Quran itu untuk dibaca

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang banyak melakukan maksiat seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan nasihat dan harapan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang soleh, yang banyak melakukan kebaikan seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya mengukuhkan lagi untuk tetap di atas jalan yang benar.

Al Quran
Gambar ehsan Google.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditimpa musibah seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memberikan hiburan dan kekuatan.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang kaya danpunya harta benda seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya menunjukkan erti bersyukur dan rendah hati.

Al Quran itu bila dibaca oleh orang yang sedang ditindas lemah seolah-olah setiap ayat dan kalimatnya memujuk untuk sabar dan tetap tabah.

Al Quranlah satu-satunya kitab yang sesuai dibaca oleh semua kalangan; tua, muda, remaja, anak-anak, orang bijak pandai dan orang awam. Sesuai dibaca oleh orang yang sedang gembira, bahagia, sedih, senang, gelisah, sihat dan sakit.

Dan Al Quran sesuai untuk dibaca dan ditadabbur di bulan Ramadhan dan di 11 bulan lainnya.

Jangan tinggal baca Al Quran! Al Quran itu untuk dibaca, bukan untuk di jadikan hiasan.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

Friday, July 7, 2017

Cara mudah untuk membersihkan kesan minyak tumpah.

Minyak tertumpah. Benda nie memang jarang berlaku, tapi bila ianya terjadi penat juga la untuk membersihkannya. Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan info macam mana nak bersihkan tumpahan minyak ini dengan mudah. Kome tengok video kat bawah nie ye.


Boleh juga guna cara nie untuk membersihkan kesan minyak enjin kereta di poarch tu.

Thursday, July 6, 2017

Petua : Untuk menghaluskan kulit wajah

Wanita terutamanya mengimpikan kulit wajah yang halus mulus tanpa cela. Malah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mencapai impian mereka ini. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua orang terdahulu untuk menghaluskan kulit muka tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Tanpa mengunakan bahan kimia yang memudaratkan. Hanya mengunakan bahan alami sahaja yang mudah didapati di dapur.


Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie. Bagi mendapatkan kulit wajah halus dan bersih tanpa cela, amalkan mengoles wajah dengan putih telur. Untuk menghilangkan bintik putih dan bintik hitam, lekapkan tisu muka yang direndam dalam putih telur pada bahagian hidung, dagu dan pipi. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan mulus dan halus dalam masa yang singkat.

Wednesday, July 5, 2017

Wordless : Menara Jam Kampar, Perak

Kampar Clock Tower. Ada sesiapa yang tahu binaan ini dibina pada tahun berapa ye?

Kampar Clock Tower





Saturday, July 1, 2017

Kuliah : Bila SOLAT tidak dijaga

Sekadar untuk renungan kita hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...