Thursday, June 1, 2017

Petua : Untuk mendapatkan tona kulit sekata

Dalam petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua kecantikkan. Salah satu masalah kulit wajah adalah tona tidak sekata. Salah satu punca yang menyebabkan tona kulit tidak sekata adalah disebabkan masalah ketidak seimbangan hormon dalam tubuh.

Tona kulit tidak sekata

Gambar ehsan Google.

Jika kome ada masalah sebegini, mungkin boleh mencuba petua ini. Bahan untuk membuat petua ini mudah saja untuk di perolehi. Apa yang di perlukan untuk membuat petua ini hanyalah mengunakan bahan-bahan ini;

  1. Satu sudu teh serbuk kunyit
  2. Jus nenas (tanpa gula atau di campur air)
Nenas

Nenas

Gambar ehsan Google.

Gaulkan serbuk kunyit ini, bersama jus nenas sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka dan leher. Setelah itu biarkan sehingga kering dan kemudian bolehlah dibilas dengan air sejuk. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu. Hasilnya tona kulit menjadi sekata dan tiada tompok hitam lagi.

Selamat mencuba!

3 comments :

  1. Tunggu cuti panjang baru boleh buat ni..takut kuning kunyit melekat kalau sapu terlebih..heheheheh

    ReplyDelete
  2. ohhh.. camtu ke nak dptkan tona kulit sekata...

    ReplyDelete
  3. Petua yang berguna. Tak perlu pakai yang lain dah.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...