Saturday, May 27, 2017

Kuliah : Ibadah 'Puasa'

Alhamdulillah syukur kepada Allah, bertemu lagi dengan Ramadhan untuk tahun 2017 nie. Teman harap sangat semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan untuk menjadi lebih istikomah dalam menjalani ibadat seharian. Jom kita ulangkaji semula ibadat berpuasa di bulan Ramadhan nie.

Niat Puasa -

"Sahaja aku berpuasa, pada esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala"

Niat puasa
Niat puasa sebulan 
Niat berbuka puasa 


Syarat wajib puasa :-
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermukim (tidak musafir)
  6. Suci (dari haid dan nifas)

Syarat sah puasa :-
  1. Islam
  2. Berakal dan Mumayyiz
  3. Suci (dari haid dan nifas)
  4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-rukun puasa:-
  1. Orang yang puasa
  2. Berniat
  3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Perkara yang membatalkan puasa :-
  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Keluar haid dan nifas
  5. Gila
  6. Murtad
  7. Keluar mani dengan sengaja
  8. Bersetubuh di siang hari

Perkara sunat ketika berpuasa :-
  1. Segera berbuka puasa
  2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
  3. Baca doa
  4. Melambatkan bersahur
  5. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  6. Sentiasa bersedekah
  7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh

Makruh ketika berpuasa :-
  1. Bersuntik
  2. Berbekam
  3. Berkumur-kumur
  4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
  5. Mandi yang berlebihan
  6. Rasa makanan di hujung lidah

Golongan yang wajib qada' puasa :-
  1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
  2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
  3. Orang yang kedatangan haid dan nifas
  4. Orang yang meninggalkan niat puasa
  5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
  6. Orang yang pitam/mabuk
  7. Orang yang sangat lapar dan dahaga

Mereka yang di kenakan membayar fidyah puasa :-
  1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk ramadhan berikutnya - (Fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada' Puasa) bagi tahun yang tertinggal. Kalau tidak di qada' sehingga melampaui 2 tahun, maka di kenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari bagi setiap hari yang tertinggal (tiada tambahan atau gandaan).
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
  3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa.
  4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Di buat oleh kerabat si mati / di ambil daripada harta pusakanya).
  5. Perempuan yang mengandung / yang menyusukan anaknya perlu mengqada' puasa dan membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang di tinggalkan. Sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat bersetubuh siang hari di bulan ramadhan :-

Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-

  1. Memerdekakan seorang hamba mukmin (lelaki atau perempuan), 
(Sekiranya Tidak Mampu)
  1. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
  2. Memberi makan kepada 60 Orang fakir miskin.

Walau bagaimana pun, jika persetubuhan itu di lakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya / di paksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

Tingkatan puasa:-

  1. Puasa Umum - Sekadar menahan makan, minum dan keinginan berjimak.
  2. Puasa Khusus - Memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas.
  3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa di atas dan di sempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir dan batin.

Mereka yang di benarkan meninggalkan puasa :-
  1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
  2. Orang musafir
  3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah
  4. Orang yang tersangat lapar dan dahaga
  5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yang di susui itu

# Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam mukminin dan mukminat... Semoga puasa pada tahun ini memberi manfaat kepada kita... Semoga puasa pada tahun ini lebih mudah daripada tahun sebelumnya dan membanyakkan kita membuat amal Ja'riah... Insyallah...

*Jangan lupa qada' puasa yang tertinggal....!!!

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...