Thursday, March 2, 2017

Petua : Untuk menghilangkan blackheads dan whiteheads

Macam mana caranya untuk mengatasi masalah blackheads dan whiteheads? Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua yang boleh di lakukan untuk mengatasi masalah ini. Petua ini hanya mengunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur sahaja.

Whiteheads 
Gambar ehsan Google.

Macam nie caranya. Mula-mula dapatkan bahan-bahan nie :

  • Baking soda / Soda bikarbonat
  • Lemon atau limau nipis

Campurkan kedua-dua ramuan di atas. Kemudian, sapukan pada bahagian yang bermasalah blackhead dan whitehead tu. Urut pelahan-lahan dan kemudian biarkan seketika sehingga kering. Selepas itu, boleh la di bilas dengan air bersih.

Petua ini juga boleh memudarkan kesan parut degil akibat jerawat. Tapi, walau bagaimana pun petua ini tidak boleh di amalkan selalu disebabkan sifat kedua-dua bahan ini yang menghakis. Cukup la sekadar membuat petua ini seminggu sekali.

Selamat mencuba.
*Kalau dah praktik petua nie, tinggal la komen kat sini ye. 

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...