Friday, March 10, 2017

Coretan di pagi Jumaat

Syurga *lelaki*... pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*... pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*... kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*... kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*... anak perlukan *doa ibubapa.*    

Masa *mati*... ibubapa perlukan *doa anak.*

Jumaat 
Gambar ehsan Google.

*Sehebat-hebat manusia*,.. bila mati... dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*... yang manusia ada... Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia... Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *Majikan*... tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja*... tidak berkuasa... tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.*

Walau sehebat mana pun kita didunia... Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi... Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak, sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*... dan yang sedang membaca...

Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. *sombong dan merasa dia lebih baik.*

2 comments :

  1. kata² yg sangat berinspirasi....
    apa pun kedudukan kita..tetap hambaNYA..

    ReplyDelete
  2. terbaik. kata-kata hikmah yang harus ditanamkan dalam diri setiap manusia di muka bumi ini.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...