Thursday, February 23, 2017

Petua : Untuk merawat sakit tekak

Pasti semua orang pernah mengalami masalah sakit tekak. Bila sakit tekak, mesti perit untuk berbicara. Teman sendiri pun pernah mengalami sakit tekak yang berlarutan berhari-hari lamanya. Bila mendapatkan rawatan di klinik pasti doktor menasihatkan untuk banyak minum air masak.

Tembikai 
Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah sakit tekak. Caranya amat mudah  dan bahannya mudah untuk di dapati. Petua ini perlu dibuat waktu malam, sebelum tidur. Macam nie caranya. Ambil, sepotong buah tembikai dan potong kecil-kecil dan kemudian taburkan sedikit garam. Gaul sehingga rata dan kemudian makan.

Ini akan membuat kan keadaan menjadi lebih dan kebanyakkannya akan sembuh keesokkan harinya. Petua ini juga boleh membantu rawatan radang gusi.

2 comments :

  1. Tips yang berguna buat saya ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Teman dah cuba petua nie... sakit tekak selama seminggu akhirnya sembuh lepas teman mencuba petua nie... Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...