Tuesday, January 10, 2017

Bertudung tapi tidak menutup aurat

Saja teman nak senaraikan jenis-jenis tudung yang menjadi kegilaan para wanita zaman ini. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis tudung yang digayakan oleh kaum wanita masa kini. Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin kome terlepas pandang pemakaian tudung mengikut syariat Islam dengan tudung sekadar untuk berfesyen. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

Antara jenis-jenis tudung 
1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti?Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis la katakan…

4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

Kenapa panggil tudung Alien...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜... kome tengok la sendiri... sama tak...๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚

Alien 
Predator Gambar ehsan Google.

5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi kome fikirlah sendiri ye...

6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. 

8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada. So, agaknya la yang mana tudung kome ye...?

Saja teman pasal tudung dalam entry hari nie. Bukan apa, dalam group WhatsApp kawan-kawan sekolah tadi bila teman gelak kan tudung Alien, ramai kawan-kawan perempuan teman tembak teman.... hehehehehe... saja menyakat mereka tadi...๐Ÿ‘Œ

Nasihat teman buat kaum wanita, pakai lah tudung mengikut syariat Islam. Jangan lah pakai tudung semata-mata untuk berfesyen. Jika ada kaum wanita yang memakai tudung semata-mata untuk berfesyen dan tidak mengikut syariat Islam, ketahuilah bahawa kome bukan saja mendapat dosa, malah mempermaikan agama Islam itu sendiri dari kaca mata orang yang bukan beragama Islam.

Harap entry ini dapat mendorong mereka kembali ke jalan yang benar.

2 comments :

  1. Banyak juga yang betudung macam ni. Harap lepas ni berubah. Untuk kebaikan 'pahala' yang ada.

    ReplyDelete
  2. Errkkk.... banyak nak kena improve niee... :]

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...