Sunday, December 31, 2017

Kuliah : Doa pelembut hati

Anda ada masalah nak melembutkan hati suami / isteri atau anak anda?

Baca doa ini sebanyak 19 kali pada air dan minta suami / isteri/ anak anda meminumnya. Insya-Allah perangainya akan berubah kepada baik dengan izin Allah.


Perkongsian dari Facebook AnugerahQuran.

Semoga perkongsian ini memberi maanfaat kepada semua.

Saturday, December 30, 2017

Kuliah : Mudahnya untuk bersedekah

Kome tahu tak, sangat mudah untuk menginfak atau bersedekah di jalan Allah.s.w.t. Nak buat atau tak mau buat sahaja yang menjadi halangannya. Nie teman kongsikan beberapa amalan bersedekah yang mudah dan boleh di buat sendiri.

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid di Mekah dan Madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang. Kome tahu tak, kucing adalah antara haiwan kesayangan nabi s.a.w.

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kepada anak-anak yatim dan orang miskin.

Sedekah

Gambar ehsan Google.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga dan kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk disedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, orang sakit, kanak-kanak, dan sebagainya).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat salah kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Al-Fathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

13. Inisaitif- sedekah:
Kirim dan kongsijab entry ini semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang  mahu mengamalkannya. Semoga anda pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah...

Wednesday, December 27, 2017

Harga minyak naik

Mula-mula tu nak marah sangat la jugak...tapi bila ada kawan usulkan ayat yang macam.ni, baru ler teman cool sket.....kena terima qada Dan qadarNya....satu ujian dariNya....

Rahsia rezeki
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. 

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

 Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Petrol

Gambar ehsan Google.

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Allah S.W.T yang memberi rezeki bukan makhluk...



Fikir-fikir....dan renung-renungkan lah...

#Biar Allah SWT dan para maklaikatNya menghitung..HARGA MINYAk NAIK?????...

Tuesday, December 26, 2017

Kenapa gantung patung pada kenderaan?

Apakehei deme gantung patung kat belakang motor nie...? Di abad ke 20 nie pun ada lagi orang yang percaya pada tangkal ke? Atau ada orang yang sengaja gantung anak patung kat belakang motor nie... Apa pun, jauhi la benda-benda syirik nie ye... Kita umat Islam, jangan pulak terikut-ikut perubatan nie... Rosak akidah kita nanti...

Patung tangkal

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Saturday, December 23, 2017

Kuliah : Menyebarkan aib dan keburukkan orang

Dalam entry kuliah pagi ini, teman nak memanjangkan perkongsian berkenaan "Menyebarkan aib dan keburukkan orang lain di laman sosial" atau di internet. Benar lah kata-kata yang mengatakan umat di akhir zaman amat mudah untuk membuat pahala dan sangat mudah pula untuk membuat dosa.

Sama-sama lah menonton perkongsian video ini.


Semoga kita mendapat iktibar darinya.

Friday, December 22, 2017

Siapa Syikin tu?

Siapa Syikin? Orang macam nie pun ada... entah mana la dia dapat Syikin tu... Mungkin kah typo, atau dia betul-betul tak tau... mmm... entah la, tak tau nak cakap apa...πŸ™„πŸ˜·

Syikin

Thursday, December 21, 2017

Petua : Untuk mencantikkan mata

Mata merupakan pancaindera yang penting untuk di jaga. Tanpa mata, gelap lah dunia kita. Pancaindera ini perlu di jaga sebaik mungkin. Ada pepatah melayu berbunyi “cinta berputik dari mata, turun ke hati”πŸ˜πŸ˜‹. Apa pun bukan semua cinta berputik dari mata... betul tak...πŸ˜†... sebab itu, ada pepatah berbunyi “cinta itu buta”πŸ€—. Ok, Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan petua untuk mencantikkan mata. Bila wajah dah cantik, tak sempurna la pulak kalau mata tidak melengkapkannya.

mata

Gambar ehsan Google.

Sebenarnya, mudah je untuk menjaga dan mencantikkan mata. Kita hanya perlu untuk minum air putih secukupnya untuk mengelak mata kekeringan dan berkedut. Cuaca negara kita sememangnya panas. Pengunaan penyaman udara setiap masa akan membuatkan mata menjadi berkedut. Oleh itu, sebaik-baiknya elakkan meminum Air dua jam sebelum tidur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Sunday, December 17, 2017

Kuliah : Bila Solat tidak di jaga

Mintak maaf semua. Untuk sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Semoga kita sentiasa menjadi umat yang menunaikan solat. Amin. Rugi bagi yang menyombong diri dengan tidak melakukan solat. Maaf tapi adalah satu KERUGIAN JIKA TIDAK SOLAT πŸ˜”...



Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

(Hadis Riwayat Muslim)

Saturday, December 16, 2017

Kuliah : Kenali golongan yahudi

Negara penyokong keganasan, Amerika Syarikat telah pun dengan sengaja dan membelakangkan masyarakat antarabangsa mengistiharkan Baitulmaqadis sebagai ibu Negara Israel. Walau pun mendapat tentangan dari masyarakat dunie, mereka tetap angkuh dengan pendirian mereka. Bagaimana reaksi negara-negara Islam? Tak akan lah hanya memprotes dan memboikot saja. Tak memberi kesan langsung kepada Amerika Syarikat tu. Mereka pun memang dah tau negara-negara Islam tak mampu untuk membuat apa-apa... sebab negara-negara Islam itu sendiri pun bercakaran sesame sendiri... tak bersatu walaupun seagama. Hebatkan percaturan Amerika. Tapi tak apa, mereka tak tahu percaturan Allah s.w.t lebih hebat dari mereka.
 
So, apa tindakan kita pula? Mampukah kita hendak berdepan dengan gologan Yahudi ini... Solat lima waktu kita sendiri pun tidak mampu untuk di jaga dengan sempurna... Ada hati nak berjihad menentang Yahudi laknattullah tu... mmm... meh sama-sama ikuti perkongsian video ini... Semoga kita mendapat iktibar dan manfaat dari nya...

Friday, December 15, 2017

Tips paling simple untuk menjadi orang kaya

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan saja duit balance yang seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada  mereka yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun, kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yang berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu.
 

Gambar ehsan Google.
 
3. Jika kita singgah solat kat mana-mana surau atau masjid,jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam-macam toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk pegi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.

7. Adakala kita tengah queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan or gula-gula, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok-tengok la orang sekeliling. Ada yang singgah dengan family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon macam kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat orang sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yang sesuai untuk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu untuk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, teman yakin insyaAllah kemo akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yang memberi, mana tahu esok lusa kita pula yang akan menerima?

Sumber: FB Haron Yusof.

Thursday, December 14, 2017

Short Video : Jambatan kaca

Sekarang nie, terutama di negara China jambatan atau laluan kaca telah di bina di lereng-lereng gunung sebagai salah satu tarikkan pelancong ke destinasi-destinasi menarik di sana. Tidak di nafi, se gangster-gangster seseorang itu, jika fobia ketinggian... memang sangat melucukan... tapi dalam kes nie... mau tercabut jantung di buatnya jika tiba-tiba cermin tu retak... nak tergelak pun ada...πŸ˜πŸ˜†πŸ€£πŸ˜†πŸ€£πŸ˜†πŸ€£.... kome tonton sendiri la perkongsian video nie...




Wednesday, December 13, 2017

Wordless : Arah mana hendak di tuju?

Berada di persimpangan... Arah manakah hendak di tuju?

Arah tuju

Tuesday, December 12, 2017

Petanda jodoh

Macam mana kita nak tahu seseorang itu adalah jodoh kita? Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Tetapi, bagaimana kita hendak tahu, si dia itu lah jodoh yang di takdirkan untuk kita. Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan serta sedikit tips untuk mereka yang masih solo dan berstatus solo and available. Allah mengurniakan kita telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya untuk merungkai rahsia cinta yang di takdirkan.

Dua insan yang berbeza personaliti, tetapi dijodohkan memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan dialah insan yang di takdirkan untuk bersama. Tapi, betul ke si dia nie untuk aku...

 
Nie teman kongsikan tipsnya;

BERSAHAJA. Kekasih anda tu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak di kawal atau kelihatan pelik? Kalau nampak dia kurang selesa dengan gayanya, sah si dia tu sedang berlakon. Tetapi, jika si dia tu tanpil bersahaja dia mungkin calon pasangan hidup yang sesuai.

SENANG BERSAMA. Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau perasaan tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan. Dia juga merasainya dan senang apabila bersama. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaanya terasa sedikit kehilangan.

TERIMA DIRI INI SEADANYA. Apa pun kisah silam yang pernah dilakukan sebelum ini si dia tidak ambil peduli. Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedekah menjadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR. Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Ke juju ran bukan suami perkara yang boleh dilakonkan. Anda akan dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan akan menjadi milik anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

PERCAYA MEMPERCAYAI. Setiap orang mempunyai rahsia mereka tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang di tanggung. Apabila anda mempunyai rahsia dan ingin berkongsi dengan kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa Selamat apabila memberi tahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan lain.

SENANG BERKERJASAMA. Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjalan dan kekal berpanjangan, kita perlu saling berkerjasama. Segala kerja yang yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Segalanya dapat dilakukan tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup bersama.

MEMAHAMI DIRI, FAHAMI DIRI PASANGAN. Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia selalu bersama dalam sebarang situasi, tidak kita ketika gembira atau berduka.

TAMPILKAN KELEMAHAN. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan kelemahannya.

KATA HATI. Dengar.ah kata hati. Kadang kala manusia dikurniakan tuhan deria ke enam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Deria batin ini juga membolehkan kita mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain serta menduga reaksi pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.

Saturday, December 9, 2017

Kuliah : Orang yang tidak solat

Sekadar perkongsian untuk hari ini. Jika hendak mencari menantu untuk anak perempuan kita, perkara utama yang perlu di pertimbangkan ialah tentang solat 5 waktu. Jika si dia menjaga hubungannya dengan Allah, insyaAllah dia akan menjaga hubungannya sesama manusia dan menjaga adabnya dari kemurkaan Allah.



Sunday, December 3, 2017

Kuliah : Komunikasi dengan suami

Sekadar perkongsian. Kali ini, teman memanjangkan perkongsian mengenai tips rumah tangga. Bagaimana kita hendak berkomunikasi dengan suami kita dengan berkesan. Jika hendak berkomunikasi dengan pasangan kita dengan lebih berkesan, perlu la kena dengan caranya. Bercakap dengan suami bukan seperti kita bercakap dengan kawan-kawan kita di luar sana tu. Perlu kena dengan caranya.


Bercakap nie perlu ada jiwa. Jika jiwa tiada, hambarlah komunikasi itu. Bila komunikasi hambar, hubungan kita juga akan hambar. Tonton perkongsian video ini. Semoga kita mendapat iktibar darinya.

Saturday, December 2, 2017

Kuliah : Jariah dosa

Biasa kita dengar amal jariah merujuk kepada amalan baik saja kan. Kome jangan lupa tau, dosa pun ada jariahnya juga. Benarlah kata-kata ulama, umat di akhir zaman sangat mudah membuat pahala dan sangat mudah juga untuk membuat dosa. Renung-renungkan dan selamat beramal.


Thursday, November 30, 2017

Petua : Untuk menurunkan kolesterol dengan cara yang paling selamat

Kome ada masalah kolesterol tak? Masalah kolesterol nie tak mengira usia, tidak mengira kaum. Ianya bergantung kepada cara hidup kita. Ramai juga di antara kita yang mengalami masalah kolesterol. Untuk mengatasi masalah kolesterol nie, cuma ada dua cara saja. Satu dengan mengubah cara hidup dan satu lagi dengan pengambilan ubat. Jika kome sudah di sarankan oleh doktor untuk mengambil ubat, jawabnya seumur hidup la kome kena makan ubat tu.

Kolesterol

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kolesterol ini dengan cara yang paling selamat. Teman senaraikan Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat petua ini;

  1. Buah ceremai
  2. Buah belimbing besi
  3. Buah limau kasturi (4 biji) untuk satu gelas
  4. Daun lidah buaya (diambil isinya)
  5. Sedikit air

Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kisar kan semua bahan-bahan ini sehingga hancur. Kemudian minum air jus ini. Amalkan meminum jus ini setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Kome boleh juga tonton video ini untuk mengetahui cara membuat petua ini.



Sebelum ini, teman ada juga kongsikan tips dan petua berkenaan masalah kolesterol nie. Kalau kome nak bacanya, boleh la klik disini ye.

Selamat mencuba ye.




Wednesday, November 29, 2017

Wordless : Awan mendung

Setiap hujung tahun, mesti sekali dengan musim hujan... Yang teman paling risau, air naik dari bawah... BANJIR...

Hujan

Monday, November 27, 2017

Capecafe

Kali ini, teman nak review satu lagi tempat makan best di Tanjong Malim. Capecafe nie terletak No.13, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa, Tanjong Malim. Capecafe nie terletak sebaris dengan Secret Recipe dan show room EON. Capecafe nie baru je memulakan operasi mereka pertengahan bulan October 2017 yang lepas dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Capecafe, Tanjong Malim

Apa yang unik di Capecafe nie. Ok, kalau sebelum nie kita ada Kedai 5 Ringgit, kedai serbaneka berkonsepkan barangan serendah RM5. Di Capecafe pula hanya ada satu harga, RM1.70. Semua menu makanan di tawarkan dengan harga RM1.70. Di zaman cekaman GST nie, mana nak cari kedai makan yang menawarkan makanan serendah harga RM1.70, kan?

Capecafe
Untuk maklumat lanjut berkenaan Capecafe, kome boleh klik disini ye. Ok, Jom kita review makanan di sini. Nie first time teman check in disini. Teman pun tak tau la apa menu signature kat sini. Bila tanya pekerjanya... semua makanan kat sini sedap... katanya laa... ok, nie menu makanan yang di hidangkan di Capecafe nie...

1- Nasi Lemak
2- Mee/Bihun/K Tiew Tomyam
3- Mee/Bihun/K Tiew Sup
4- Mee Kari
5- Soto
6- Laksa
7- Nasi Ayam Rendang
8- Kepak Ayam
9- Sagu Gula Melaka
10- Pulut Mangga
11- Popia Goreng
12- Ubi Kayu Rebus Kelapa
13- Ubi Kayu Rebus Sambal Bilis

Minuman
1- Fanta Oren
2- Fanta Anggur
3- Fanta Strawberry
4- Sanquick
5- Milo Panas/sejuk
6- Teh o panas/sejuk
7- Kopi Panas/ Sejuk
8- Teh Panas/ Sejuk
9- Sirap
10- Coca Cola

Capecafe, Tanjong Malim

Ok, untuk first time nie, teman order 2 mee kari, 2 nasi lemak, 2 ayam goreng dan 1 mee sup. Untuk, minuman, teman order sirap je...

Teman makan mee kari dulu... pergh... memang terbaik la... lincin mangkuk mee nie teman hirup kuahnya... kalau di tambah sket dengan kerang... mesti lagi meletup, kebabomm... serius, mee karinya memang terbaik...πŸ€—πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ‘Œ tapi portion meenya tak la banyak sangat... silap teman order semangkuk... semangkuk lagi mee kari tu untuk wife teman...πŸ€—πŸ€—πŸ€—... berbaloi la dengan harganya untuk semangkuk...

Capecafe, Tanjong Malim

Capecafe

Ok, lepas makan mee, teman makan pulak nasi lemak... perghhh... memang cukup sifatnya... cukup rasa...  tak reti nak komen lebih-lebih... senang cerita, bak mai semangkuk lagi...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜... bertambah meletup makan bersama kepak ayam goreng yang telah di perap dengan ramuan rahsianya... memang terbaik laa... rasa macam tak cukup la pulak...

Untuk mee sup, pun menarik juga... memang terasa supnya... Patut la, pelayan nya bagi tau, semua makanannya sedap... Apa pun, Capecafe nie memang terbaik la... next time, teman nak try pulak pulut manga nya...😌😌😊

#jomsupportpeniagamelayu

Sunday, November 26, 2017

Kuliah : Miracle of Istighfar

Sekadar memanjangkan perkongsian ini. Perbanyakkanlah "Istighfar" dan bertaubat semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu.









Saturday, November 25, 2017

Kuliah : Cara solat yang betul ketika solat berjemaah

Jom solat berjemaah di masjid atau surau. Dalam entry pagi nie, teman hendak kongsikan cara solat berjemaah yang betul. Tontoni lah perkongsian video ini sehingga tamat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, November 24, 2017

Tips pemilihan tayar

Hari ini, teman hendak kongsikan info mengenai tayar. Maklum la, teman nie baru je tukar tayar kereta. Teman biasanya akan tukar 4 biji tayar sekali gus. Biasanya teman tukar tayar setiap 2 tahun. Maklum lah, teman selalu travel. Ok, ada 4 class atau jenis tayar;

Premium Brand Tyres
(Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

Mid Range Brand Tyres
(Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

Economy Brand Tyres
(Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

Budget Brand Tyres
(Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini

Premium Brand Tyres
  1. Bridgestone
  2. Continental
  3. Dunlop
  4. Goodyear
  5. Michelin
  6. Pirelli
  7. Yokohama


Mid Range Brand Tyres
  1. Avon
  2. BFGoodrich
  3. Cooper
  4. Falken
  5. Firestone
  6. Fulda
  7. General
  8. Hankook
  9. Kumho
  10. Marangoni
  11. Nokian
  12. Toyo
  13. Uniroyal
  14. Vredestein
  15. Rovelo

Economy Brand Tyres
  1. Achilles
  2. Apollo
  3. Barum
  4. Ceat
  5. Dayton
  6. Debica
  7. Dmack
  8. ESA Tecar
  9. Federal
  10. GT Radial
  11. Hercules
  12. High Performer
  13. Infinity
  14. Interstate
  15. Kenda
  16. Kleber
  17. Kormoran
  18. Marshal
  19. Matador
  20. Maxtrek
  21. Maxxis
  22. Meteor
  23. Millennium
  24. Nankang
  25. Neuton
  26. Nexen
  27. Nitto
  28. Prestivo
  29. Radar
  30. Riken
  31. Sava
  32. Semperit
  33. Silverstone
  34. Sumitomo
  35. Sunny
  36. Tigar
  37. Viking
  38. westlake tyres
  39. Zeetex
  40. Zeta

Budget Brand Tyres
  1. Accelera
  2. Admiral
  3. Altenzo
  4. Austone
  5. Autogrip
  6. BCT
  7. Dextero
  8. Duran
  9. Event
  10. Evergreen
  11. Forceum
  12. Fortuna
  13. Fullrun
  14. Fullway
  15. Gislaved
  16. Goodride
  17. Haida
  18. Hero
  19. Herse
  20. Hifly
  21. Jinyu
  22. Landsail
  23. Lassa
  24. Linglong
  25. Maloya
  26. Mastercraft
  27. Mastersteel
  28. Mohawk
  29. Petlas
  30. Platin
  31. Primewell
  32. Roadstone
  33. Rockstone
  34. Rotalla
  35. Runway
  36. Sailun
  37. Sportiva
  38. Star Performer
  39. Starfire
  40. Starmaxx
  41. Sunew
  42. Sunitrac
  43. Syron
  44. Tracmax
  45. Triangle
  46. Tyfoon
  47. Wanli
  48. Westlake

Info Pasal tayar kenderaan;

Info tayar


1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar
    65   = Tinggi
    R     = Radial
    15   = Saiz / Rim
    94   = Had Maksimum Bebanan
    H     = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Sebab itu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaan cuaca di Malaysia.

2. Setiap tayar ada 4 angka tercatat di sisi tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 Tahun 2014. Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini. Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA


Info tayar kereta

Info tayar kereta

Info tayar kereta

Info tayar kereta

Moga bermaafaat dan dapat membantuπŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...