Tuesday, May 31, 2016

Hotel Review : Fuller Hotel

Fuller Hotel, Alor Setar. Ini merupakan kali pertama teman check in di Alor Setar. Perjalanan kali ini bukanlah untuk bercuti. Tapi, sekadar memenuhi undangan sahabat ayah di Kampung Pergam, Mukim Tebengau, Kuala Kedah. Melihatkan keadaan cuti sekolah, traffik lebuhraya pastinya akan sesak. Ada juga survey untuk dapatkan homestay di Alor Setar. Tetapi, kebanyakkannya tidak memberikan respond yang baik. So, option lain yang ada perlu cari hotel. Plan awal hanyalah untuk tidur semalaman dan teman jangka akan sampai waktu malam di Alor Setar. Kalau ambil homestay pun macam problem je. Maklum la, sampai lewat malam. Apa lagi, terus meng Google cari hotel. Segala apps yang teman install kat IPad nie teman guna... Booking.com, TRIVAGO dan AGODA. Last-last terpandang satu tawaran yang sangat menarik dan cool di AGODA. Memang teman nak cari hotel yang ada 3 bilik, tapi tak berbaloi kalau setakat nak tidur dan check out pukul 9 pagi. So, dapat satu hotel nie untuk 3 bilik semalaman dengan harga RM250 tidak termasuk cukai dan sarapan. Rata-rata homestay di Alor Setar pun sewa semalamannya dalam RM300. Apa lagi, teman terus confirm kan booking dengan AGODA untuk 3 bilik di Fuller Hotel.

Teman bertolak Saujana Utama pukul 12:30 tengahari. Singgah Tanjong Malim ambil family member yang lain terus drive menghala ke utara. Disebabkan belum lunch lagi, teman singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah. Kiranya nie adalah kali ke dua teman singgah makan disini. Kalau nak tau apa yang best dekat Nasi Bamboo Sungai Klah nie, kome boleh klik kat sini yek. Selesai makan dan solat, terus menghala ke utara menuju ke Alor Setar.

Hotel Fuller 
Gambar ehsan Google.

Dalam pukul 8 malam gitu, kami tiba di bandar Alor Setar. Hari pun dah malam, sebelum check in, teman pusing-pusing bandar Alor Setar untuk mencari tempat makan best disini. Sambil-sambil tu, adinda sibuk meng Google cari tempat makan. Sebab hari pun dah malam, cari spot makan yang dekat dengan hotel je. So, untuk kunjungan pertama malam nie, kami singgah makan di Char Kuey Teow Iman. Klik disini kalau nak baca pasal Char Kuey Teow Iman.

Selesai menjamu selera, teman bergerak untuk check in di Fuller Hotel. Tak jauh pun dari lokasi Char Kuey Teow Iman ke Fuller Hotel nie. Tak sampai 10 minit pun memandu dah sampai di Hotel Fuller. Nasir baik Fuller Hotel menyediakan basement parking. Ingatkan open parking je. Apa pun terbaik la ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ dan syabas di ucapkan pada pihak pengurusan Fuller Hotel yang masih berupaya menyediakan kemudahan seperti ini, walaupun Fuller Hotel boleh di anggap sebagai budget hotel. Parkingnya hanya satu level saja. Agak terhad juga. Kalau musim cuti sekolah, mesti parking penuh. Kalau basement parking penuh, boleh je parking kat luar.

Fuller Hotel  
Urusan check in pun mudah je. Semua berjalan lancar. Staf yang melayan tetamu sangat friendly dan mesra pelanggan. Mereka siap bagi tips tempat-tempat makan menarik yang banyak terdapat di sekitar bandar Alor Setar. Lagi pun, di bandar Alor Star nie banyak lokasi best untuk makan-makan.

Lepas check in terus naik lif cari bilik masing-masing. Disebabkan hari pun dah malam, badan pun penat, lupa pulak teman nak snap no bilik ๐Ÿ˜... sebaik masuk bilik, mata tertumpu pada katil je... not bad... Katilnya besar... ๐Ÿค—๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜‹...

Fuller Hotel  
Biliknya pun bersih. Perabot yang disediakan pun simple je. Ada tempat untuk sangkut baju, cermin untuk bersolek, TV flat screen dilengkapi dengan saluran Astro HBO dan Fox Premium serta cerek elektrik. Turut disediakan juga welcome drink. Jadi bolehlah buat air yang disediakan tu.

Fuller Hotel 

Flat Screen TV

Penyangkut Baju

Welcome drink

Welcome drink

Kalau hendak mengosok pakaian, iron disediakan di satu ruang berhampiran dengan tangga kecemasan. Ok la tu, at least ada kemudahan macam nie.


Iron board

Perhatian, pintu tangga kecemasan tu one way saja tau. Nak masuk dari pintu kecemasan tu memang tak boleh tau, melainkan ada orang tolong bukakkan dari dalam. So, jangan dengan sengaja nak turun ke tingkat bawah guna tangga kecemasan. Teman dah kena... Nasib baik wife tolong bukakkan pintu tu...

First time menginap di budget hotel, dan ada pula kad diskaun untuk next stay... Hotel 5 bintang pun tak buat macam nie... So, sapa yang selalu travel ke Alor Star nie, boleh la simpan kad diskaun nie...


Fuller Hotel Discount card

Fuller Hotel Discount card

Ok, berbalik semula ke review bilik hotel nie. Dari segi kebersihan, memang bilik nie bersih. Maklum la hotel baru...

Nie bilik mandinya, bersih, simple dan selesa... Di lengkapi dengan water heater...


Fuller Hotel - Bath room

Keesokkan harinya, dalam pukul 8 pagi gitu teman dah check out... mula start menjelajah mencari tempat best untuk breakfast di bandar Alor Setar. Teman tak sempat nak buat entry pasal tempat breakfast best di Alor Setar nie. Lain kali, kalau berkesempatan ke Alor Setar, teman buat entry pasal tempat makan kat sini.

Apa pun, macam biasa nie review teman untuk Fuller Hotel, Alor Setar. Mungkin sebab hotel nie baru masa teman menginap, teman bagi bagi rating yang agak tinggi.

 Kebersihan bilik
 Kemudahan yang di sediakan
 Khidmat pelanggan di kaunter pendaftaran
 Kepuasan (secara keseluruhan)
 Value for money

Saturday, May 28, 2016

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman nie agak popular juga di Alor Setar. Teman pun baru je tau pasal Char Kuey Teow Iman masa mencari tempat makan di Alor Setar. Sebelum check in kat Hotel Fuller, teman singgah dulu kat Char Kuey Teow Iman nie. Selain dari Char Kuey Teow, ada jugak masakan panas yang lain seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.

Char Kuey Teow Iman

Kedai nie di tepi jalan je... Serius, teman sendiri pun tak pasti yang mana satu kedainya... di sekitar situ semuanya jual Char Kuey Teow Iman...

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman

Disebabkan banyak review pasal Char Kuey Teow Iman nie, teman pun nak cuba rasa. Teman pesan Char Kuey Teow Iman special. Apa yang special nya... untuk hidangan special nie, ada tambahan telur mata. Itu je rupanya. Ingatkan apa lah yang special sangat tu.

Char Kuey Teow Iman


Habis sudah sepinggan Char Kuey Teow... well, secara jujurnya memang sedap. Patut lah ramai yang bagi tau kalau pergi Alor Setar, mesti cuba makan Char Kuew Teow Iman. Next time, kalau berkunjung ke Alor Setar lagi, pasti teman singgah makan kat sini lagi.

Kuliah : Kitaran umur manusia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Kitaran umur manusia 
Gambar ehsan Google.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Wallahu'alam..

Thursday, May 26, 2016

Petua : Untuk mengatasi masalah gout

Masalah Gout. Hari ini, teman hendak kongsikan satu petua yang boleh menghilangkan penyakit Gout. Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Penyakit Gout 
Sebenarnya petua nie teman terbaca dalam salah satu perkongsian di Facebook Pesan Bonda. Dalam album Petua Dari Indonesia, Pesan Bonda kongsikan petua untuk merawat penyakit Gout. Memang ramai orang Malaysia termasuk ayahanda teman mengalami penyakit gout nie. Sebab itu, teman hendak kongsikan petua tu dalam entry post hari nie. Petua untuk merawat penyakit Gout nie hanya mengunakan bahan alami sahaja dan bebas dari bahan kimia.

Ramuan untuk petua ini teman kongsikan dibawah;

  1. Sebiji nenas masak
  2. Sebatang Lobak putih 250gm
  3. 3 biji buah keras
Nenas masak 
Lobak Putih 
Buah KerasGambar ehsan Google.

Caranya, buah nenas dan lobak putih itu hendaklah dikisar halus tanpa air. Kemudian tambahkan 3 bijik buah keras. Kemudian, jadikan ia minuman jus lalu diminum sekali gus. Bergantung kepada tahap penyakit Gout seseorang itu, pesakit gout akan sembuh dari sakit yang dihidapinya. Amalkan pengambilan jus ini setiap 3 bulan untuk penjagaan berterusan. InsyaAllah.

Ucapkan selamat tinggal kepada penyakit Gout anda.

Petua : Mudah mengandung

Ramai juga yang mengalami masalah kesuburan. Terutama bagi pasangan yang telah lebih dari setahun berkahwin, tetapi masih lagi tiada tanda-tanda dikurniakan cahaya mata. Kalau ingin mencuba cara moden, boleh saja berkunjung ke LPPKN atau hospital yang ada menyediakan rawatan kesuburan. Bagi pasangan yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni teman dapat melalui perkongsian daripada emak saudara teman. Katanya amalkan petua ini insyaAllah, senang untuk mengandung.

Petua mudah mengandung 


 Begini petuanya :

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

Kacang Hijau 

Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawannya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Anak taugeh 

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.


Petua : Untuk menghilangkan jeragat

Masalah jeragat di wajah. Apakah petua untuk menghilangkan jeragat di wajah dengan berkesan? Dalam entry petua nie, teman akan kongsikan satu petua untuk memudarkan jeragat di wajah. Untuk membuat petua ini, Apa yang perlu dapatkan hanyalah sebiji bawang merah sederhana besar.

Jeragat 
Gambar ehsan Google.

Kemudian, belah bawang merah ini kepada dua bahagian. Bawang merah yang telah dibelah itu kemudiannya digosok lembut pada bahagian kulit yang bermasalah itu.

Gambar ehsan Google.

Gosok dengan lembut setiap hari pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan ini setiap malam sebelum tidur. Kesan jeragat itu Akan beransur pudar dan akhirnya hilang tanpa kesan.

Wednesday, May 25, 2016

5 minit di taman larangan

Nie adalah sebahagian spesis orkid di taman larangan Impiana Palace. Bila sesekali balik dan terjah di zon larangan nie... Banyak benda yang menarik yang boleh di kongsikan... Selain dari menanam, hobi teman ambil gambar. So, dalam entry hari nie teman kongsikan beberapa spesis bunga yang ada di taman larangan nie.

Impiana Palace

Impiana Palace

Jalan punya jalan, tetiba ternampak pula sarang burung. Bila intai, rupanya ada 2 biji telur daaa.... Patut la bising sangat burung-burung tu bila teman menghampiri di kawasan sarangnya...

Impiana Palace

Ok la, setakat nie je sempat teman meluangkan masa di Taman Larangan nie... Kenapa nama taman nie Taman Larangan... Sebab.... Banyak sangat mergastua menetap disini... Kalau awal pagi tu... riuh rendah dengan kicauan burung-burung tu... ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹☺️☺️๐Ÿ‘

Ikut suka hati parking kereta

Apa ke hei parking kereta kat situ. On the way balik dari lunch, dari jauh teman terlihat atas kereta nie ada sesuatu yang menonjol. Semakin dekat, semakin jelas benda di atas kereta tu. Tapi, siapakah yang meletakkan benda tu di atas kereta? Bila teman perhatikan balik... Mmm... Memang patut pun orang letak benda tu atas kereta dia. Siapa suruh sesuka hati je parking kereta kat situ. Actually, tempat tu adalah laluan untuk bas Rapid KL. Parking kereta pulak di tepi selekoh tempat bas membelok masuk ke bas stop di tepi stesyen LRT Pantai Dalam. Kalau bas nak masuk ke bas stop tu, tak ke naya kalau bergesel dengan kereta tu... Elok benar orang letak benda tu kat atas kereta dia... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ 


Ikut suka hati parking kereta

Short Video : Muzikal Jalanan Blues Kuala Lumpur

Tak banyak blues band di Kuala Lumpur nie. Mungkin, tidak mendapat tempat di hati pendengar. Seingat teman la, satu-satunya blues band yang popular di Malaysia ialah Kumpulan Blues Gang yang popular dengan lagu Apo Nak Di Kato yang mengunakan bahasa loghat Negeri Sembilan dan lagu Oh! mama, Saya Mahu Kahwin. Sebaiknya, kumpulan Blues yang ada perlulah diberi peluang untuk mewarnai persada seni tanah air. Untuk maklumat lanjut berkenaan Kumpulan Blues Gang, kome boleh membacanya disini.

Ok, jom layan lagu blues nie...


Monday, May 23, 2016

Guna nama Inggeris

Memang ramai kawan-kawan teman berbangsa Cina menukar nama asal mereka ke nama Inggeris. Mungkin sudah menjadi trend mereka agaknya. Apa pun, entry nie bukan untuk menghina atau pun memperlekeh mereka. Teman pun selalu jugak mengalami masalah untuk menjejak mereka dalam email list. Biasa kenal mereka dengan nama Inggeris, tapi dalam kad pengenalan dan email address list guna nama asal... Tak ke pening dibuatnya untuk mencari mereka๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ that's why i want to share this with you all...

nak tukar Nama apa ye 
Gambar ehsan Google.

Why Chinese Shouldn't Have English Name:

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?
Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!
Operator: you are talking to someone? Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this Urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one) has been involved in an accident. Noel Wan (no one) got Injured and now Noel Wan (no one) has been sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.
Operator: Look! If no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee (sorry).

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Lol....!!

Wordless : Wisma Putra (Ministry of Foreign Affairs), Putrajaya

Air pancut di Wisma Putra.

Fountain 

Sunday, May 22, 2016

Kuliah : Solat sunat Dhuha

Marilah kita sama-sama laksanakan Solat Sunat Dhuha. Cuma dengan minima 2 rakaat sahaja, insyaALLAH ganjarannya adalah keberkatan rezeki dari ALLAH.

Solat Sunat Dhuha amat mudah dilaksanakan, hanya mengambil masa kurang dari 5 minit. Sama seperti solat sunat lain, tidak ada bacaan surah yang khusus, cuma niat "Sahaja aku solat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana ALLAH Taala". Kemudian bacaan wajib solat yakni Al-Fatihah, disertai bacaan surah lazim yang anda suka. Begitulah seterusnya pada rakaat kedua dan salam.

Solat Sunat Dhuha 

Bagi mereka yang masih tidak menghafal doa Dhuha, anda tidak perlu risau. Ianya bukan sebab untuk anda tidak melakukan solat sunat Dhuha. Mintaklah keberkatan rezeki dengan apa sahaja bahasa yang anda faham dan penuh adab serta bersungguh-sungguh meminta kepada ALLAH. Wallahua'lam.

 
Solat Sunat Dhuha 


Solat Sunat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Doa solat sunat dhuha 

Doa solat sunat dhuha 

Terjemahan doa dhuha

Doa solat sunat dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Friendly reminder bagi mereka yang masih belum mengerjakan solat sunat Dhuda, masih ada waktu untuk menunaikannya. Waktu Dhuha adalah bermula pada 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir sebelum Azan Zuhur. Laksanakanlah, hanya 2 rakaat. Wallahua'alam.

Saturday, May 21, 2016

Update Whatsapp terkini

Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan tips macam mana nak buat tulisan bold, italics dan tilde kat Whatsapp kome tu.

WhatsApp 
Gambar ehsan Google.

1. Pastikan app whatsapp update pada lastest version

Tulisan BOLD
~~~~~~~~~
Utk tulisan BOLD hanya perlu letak * pada awal dan akhir perkataan
Contoh = *nak bold*

Tulisan ITALICS
~~~~~~~~~
Utk tulisan ITALICS hanya perlu letak underscore _  pada awal dan akhir perkataan
Contoh =   _nak italics_

Tulisan TILDE
~~~~~~~~
Utk tulisan yg ada tilde hanya perlu letak ~ pada awal dan akhir perkataan
Contoh : ~nak tilde~

Selamat mencuba ๐Ÿ˜Š.

Kuliah : Nikmat rezeki

Usahlah mengeluh terhadap rezeki yang sedikit, atau berbangga dengan rezeki yang di mewahkan, kerana Allah lah yang mengatur setiap pemberian, tentulah ada hikmah yang tersembunyi yang kita sukar memahaminya, Allah lah yang memberi rezeki kepada kadar kadar nya.. renungkanlah ayat ini 

(ุงู„ู„َّู‡ُ ูŠَุจْุณُุทُ ุงู„ุฑِّุฒْู‚َ ู„ِู…َู†ْ ูŠَุดَุงุกُ ูˆَูŠَู‚ْุฏِุฑُ ۚ ูˆَูَุฑِุญُูˆุง ุจِุงู„ْุญَูŠَุงุฉِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَู…َุง ุงู„ْุญَูŠَุงุฉُ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูِูŠ ุงู„ْุขุฎِุฑَุฉِ ุฅِู„َّุง ู…َุชَุงุนٌ)

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.

[Surat Ar-Ra'd 26]

Friday, May 20, 2016

Jom belajar Math

Adik-adik, mari belajar matematik... Kita mulakan dengan 2 + 1 =?? Berapa ye jawapannya adik-adik...



Vegetable art

Hiasan sayur-sayuran. Kreative juga mereka nie, sehingga boleh menghasilkan seni hiasan dari sayur-sayuran. Meh teman kongsikan hasil kreativiti mereka disini.

Deco Sayur-sayuran

Deco Sayur-sayuran
 
Deco Sayur-sayuran

Deco Sayur-sayuran

Deco Sayur-sayuran

Deco Sayur-sayuran

Sekadar perkongsian. Kalau kita mahu, kita juga boleh kreatif menghasil seni dari apa jua bahan yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...