Thursday, March 31, 2016

Petua : Untuk mengatasi masalah jerawat batu

Macam mana hendak mengatasi masalah jerawat batu? Jerawat memang merupakan salah satu masalah umum yang dialami oleh masyarakat khususnya remaja. Jerawat batu adalah salah satu jenis jerawat yang cukup mengganggu, disebabkan jerawat ini biasanya berukuran besar sehingga membuat wajah tidak sedap dipandang.

Jerawat Batu

Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk menghilangkan jerawat batu. Caranya mudah saja. Mula-mula, ambil sedikit beras. Kemudian tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan sedikit air.

Sapukan ramuan ini pada jerawat batu sebelum tidur, tiga kali seminggu. Insyallah, jerawat batu itu akan cepat mengecut dan sembuh. Selamat mencuba.

Wednesday, March 30, 2016

Spotted : TJ32

Tengah-tengah seronok memandu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan layan selekoh semasa mendaki dan menuruni Banjaran Titiwangsa di Lebuhraya Karak, tetiba ter spotteed kereta yang sangat rare dari jenis KTM nie. Sapa lah tuan empunya sport care nie ye... Plat keretanya TJ 32. Kalau tengok dari belakang, kereta nie dari model KTM X-Bow series. Nak tau lebih lanjut, klik kat portal KTM nie ye...




Sunday, March 20, 2016

Kuliah : Hari-hari yang ganjil

Akan tiba masanya - 3X
Hari yang ganjil - 3X

Mari Mengetahui... Mari Memahami... Mari Menghayati...


Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya):

"Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dalam solat akan hilang"
"Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut"
"Akan Tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa-gempa bumi"
"Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja"
"Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri"
"Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka"

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

Hampir-hampir semua yang disebut itu berlaku di zaman kita.

Adalah hari-hari yang sangat Ganjil.


Ibu-ibu dan bapa-bapa hanya mementingkan makanan yang sedap dan pakaian yang cantik-cantik sahaja terhadap anak-anak mereka. Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.

Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

Hari-hari yang ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

Hari-hari sangat ganjil.

Kita bersungguh-sungguh berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yang enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yang paling kecil sekali untuk dimasukkan kedalam tabung derma.

Hari-hari yang ganjil.

Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

Hari-hari sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kenderaan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

Hari-hari yang ganjil.

Ibu-bu dan bapa-bapa membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada  orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing-masing dan pelbagai alasan lain lagi....

Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah sahaja.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama-sama dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang yang mengajak kepada kebaikan.

✳ Forward dan sebarkan pesan ini agar semakin bertambah ganjaran pahala kita kerana sudi berdakwah,

In syaa Allah.

Saturday, March 19, 2016

Kuliah : Guraun kecil punca kafir

Takut-takut kita ter'cakap'. Ini adalah dari sumber 'Usrah TV9'.

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA, FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.

Antara contoh-contoh dialog menjadi kafir dalam tak sedar:

  1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. - jatuh kafir
  2. Tak payahlah simpan-simpan janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, berselerak je muke aku tengok. - jatuh kafir
  3. Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. - jatuh kafir
  4. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro... - jatuh kafir
  5. Senyumlah skit, muke masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tengok. - jatuh kafir
  6. Sedarlah sikit yang selama nie kerajaan bagi rezeki kat kamu. - jatuh kafir
  7. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. - jatuh kafir
  8. Erm... kalo murtad mesti boleh buat maksiatkan? Macam best je... - jatuh kafir
  9. Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... - jatuh kafir
  10. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni. - jatuh kafir

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah SAW dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

P/S: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yang kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

# Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain juga. Bahaya ni... baru tau. Masya Allah !


Syirik kecil boleh jadi macam ini. Situasi:

  1. Ida sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya Farah berkata; "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.
  2. Azizi bertanya kpd Khuzaimi; "Awak dah solat Zuhur? Khuzaimi menjawab, "Dah, semalam."

Hah perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu.

Teman tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan?

Ilmu bukan untuk dijual beli.


Sumber 'Usrah' TV9

Wallahuallam...

Friday, March 18, 2016

Masalah bateri kereta

Pernah tak kome mengalami masalah injin kereta tak boleh dihidupkan? Bukan sebab tak ada minyak. Tapi, sebab bateri kereta sudah kong. Lingkup sudah. Padan lah remote kereta tak berfungsi. Biasa la, jangka hayat bateri kering biasanya setahun je... Nie pun sudah lebih setahun enam bulan... Teman nak kongsikan satu tips macam mana nak bagi beteri kereta tahan lebih lama.

Caranya mudah saja... Mula-mula perlu tukar bateri baru... Bateri tu hendak lah di beli di Pusat Elektrik Dan Bateri Tak Kong. Bateri Tak Kong nie mesti tak kong punya...

Tak Kong Bateri


Jangan pulak kome tukar bateri baru kat kedai Bateri Kong. Confirm beteri tu lama kelamaan nanti akan kong punya laa...

Bateri Kong

Thursday, March 17, 2016

Petua : Untuk mengurangkan berat badan

Ramai diantara kita mengalami masalah berat badan berlebihan. Hari ini teman nak kongsikan satu lagi petua untuk membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan ini. Petua kali ini mengunakan air limau nipis atau limau kasturi.

Limau Nipis

Gambar ehsan Google.


Petua ini hendaklah diamalkan setiap hari, sekurang-kurangnya selama sebulan. Dapatkan dua biji limau nipis atau limau kasturi. Perahkan buah limau ini untuk mendapatkan airnya kedalam dalam gelas dan campurkan dengan air sejuk atau suam. Kemudian minum setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Selain itu amalkan senaman ringan.

Amalkan dan berat badan akan beransur turun. Selamat mencuba.

Thursday, March 10, 2016

Petua : Untuk mengebukan kulit

Petua untuk mendapatkan kulit gebu. Percayalah, wajah akan mencerminkan diri anda. Tapi kadang-kadang di sebab berperang dengan kerja rumah, akhirnya anda memilih untuk terus tidur daripada membelai kulit wajah dengan bahan alami yang sebenarnya terselit jutaan manfaat.

Kulit Gebu
Gambar ehsan Google

Kulit cantik dan gebu persis Emma Maembong... :d

Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita, mereka mahu memiliki kulit sihat, gebu dan sekata. Penjagaan di rumah hanya sebagai asas dan bagi merealisasikan impian memiliki wajah sempurna perawatan lengkap perlu dilakukan.

Bahan-bahan yang di perlukan :

  • 1 mangkuk beras pulut susu
  • 1 sudu teh madu
  • Sedikit perahan lemon/limau nipis

Cara hendak membuatnya :
Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian, kisar kering sehingga halus. Selepas itu, ambil beras pulut susu yang telah dikisar dalam dua atau tiga sudu. Kemudian, campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon.

Gaul sehingga sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu.

Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Jadikan Kulit Gebu Tanpa Bahan Kimia. Selamat mencuba.

Tuesday, March 8, 2016

Wordless : Sinar di pagi hari

Selamat pagi Kuala Lumpur... Selamat pagi semua... Hari nie adalah hari selasa bersamaan 8 March, 2016. Semoga segala urusan hari ini berjalan lancar.

8 March, 2016

Tuesday, March 1, 2016

Kerja kotor Vs Kerja haram

Apa beza kerja kotor dan kerja haram.

Kerja paling kotor

Gambar ehsan Google.

Contoh-contoh kerja kotor ada teman senaraikan dibawah,

  1. Cuci longkang
  2. Membasuh tandas awam
  3. Service sistem pembentungan
  4. Menggangkut sampah
  5. Mekanik
  6. Buruh binaan

Kerja nie banyak kekosongan tapi tak ramai yang mahu memohonnya.

Contoh-contoh kerja haram pulak di bawah nie,

  1. Rasuah
  2. Mencuri / merompak
  3. Jual arak
  4. Menjual barang curi
  5. Jual DVD haram / cetak rompak
  6. Jual orang

Kerja nie tak banyak kekosongan, tapi semuanya sudah terisi.

Jadi bezanya ialah, walau pun kerja itu nampak kotor tapi ianya halal. Berbeza pula dengan kerja haram, nampak saja bersih tapi realitinya haram disisi agama dan salah disisi undang-undang negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...