Wednesday, January 27, 2016

Kain batik dan hand phone

Apa persamaan kain batik dan handphone? Tricky betul soalan nie... Nie adalah teka-teki yang teman dengar di Sinar.fm masa drive balik petang semalam. Hehehehe... Apa kaitannya kain batik dan handphone?

Kain batik

Gambar ehsan Google.

mmm... Memikir jugak teman waktu tu... Bukan ada hadiah yang ditawarkan pun... Saja untuk seronok-seronok jer... Ada satu caller wanita tu dapat menjawab dengan tepat sekali...

Hand phone

Gambar ehsan Google.

Mudah jer jawapannya. Persamaannya, kain batik bila kring... angkat... Handphone pula, bila kring... angkat jugak... Itulah persamaanya... hahahahaha... pening ke?

Tuesday, January 26, 2016

Wordless : Suatu pagi di hari Selasa

Selasa, 26 January, 2016

Thursday, January 21, 2016

Petua : Untuk membersihkan bunga hiasan

Ramai menjadikan bunga hiasa yang di perbuat dari plastik, kaca, riben dan sebagainya sebagai penyeri suasana di rumah. Memang nampak menarik. Suasana rumah pun nampak ceria je. Masalah bunga hiasan nie, lama-kelamaan ia akan pudar di sebabkan habuk melekat di permukaannya.

Bunga Hiasan

Gambar ehsan Google.

Macam mana hendak membersihkannya. Pernah juga dengan orang rendamkan bunga hiasan nie untuk menghilangkan habuk-habuk yang melekat tu. Nampak macam agak rumit, sebab perlu keluarkan bunga hiasan tu dari bekas bunga untuk di rendam. Kalau malas, mungkin boleh tonggeng bunga tu ke dalam baldi berisi air suam dan sabun.

Hair Dryer

Gambar ehsan Google.


Apa yang teman hendak kongsikan disini, bunga hiasan itu tidak perlu di rendam atau pun di cuci dengan mengunakan air. Cara yang teman hendak kongsikan disini, cukup mudah 5-10 minit boleh siap.

Gambar ehsan Google.

Caranya macam nie. Ambil vacum cleaner dan hair dryer. Aktifkan vacum dan jarak vacum dan bunga hiasan tidak terlalu dekat sehingga boleh menyebabkan bunga hiasan itu di sedut oleh vacum. Kemudian di arah bertentangan dengan vacum, aktifkan hair dryer. Dengan mengunakan udara panas, semburkan pada bunga hiasan itu. Debu-debu yang melekat di bunga hiasan itu akan berterbangan dan di sedut masuk ke dalam vacum cleaner. Lakukan ini sehingga bunga hiasan itu bersih.

Selamat mencuba.

CPUV : TITAN Watch Launch

TITAN Watch Launch. Dapat lagi CPUV dari Nuffnang untuk Januari 2016 nie. CPUV kali ini adalah berkenaan TITAN Watch. Nie pertama kali teman dengar jenama jam tangan TITAN. Kalau merujuk pada portal TITAN Watch nie, ia berada pada kedudukan no.5 pengeluar jam tangan terbesar di dunia.

TITAN Watch
Gambar ehsan Google.

TITAN Watch
Gambar ehsan Google.

Alhamdulillah, blog teman diberikan 3 CPUV sekali gus menjadikan 6 CPUV sedang berstatus On Going. Kebanyakkan CPUV terdahulu telah bertukar status Credited.


Nasib baik Nuffnang bagi CPUV nie. Kalau tak, teman tak tau pun pasal jam tangan TITAN nie. Cantil-cantik jugak jam tangan TITAN nie. Tak apa la, teman dah pun jam tangan. Tak reti la nak guna jam tangan banyak-banyak nie.

Wednesday, January 20, 2016

Masalah nak menampal road tax kereta

Setiap tahun bila tiba masa untuk tukar road tax baru. Mesti ada masalah macam nie. Dah la road tax tu tampal direct ke cermin kereta. Bila hendak menganggalnya, masalah betul. Kena ambil masa agak lama juga la untuk menanggal dan membersihkan kesan gam di cermin tu. Bengong betul la sapa punya idea yang cadangkan pada JPJ untuk guna road tax macam nie. Tak inovatif langsung dan menyusahkan betul la. Ramai blogger yang highlight issue nie. Tapi, seumpama anjing menyalak bukit. Bukannya dema ambil peduli pun... Tau kutip cukai jerk...

Road Tax koyak

Gambar ehsan dari blogger firestartingautomobil.

Blogger +sweethOneY admin Sweathoney86 ada kongsi cerita pasal road tax nie... Masa tahun 2014 hari tu, ada terbaca dari portal Sayang Sabah bagi tau JPJ sedia untuk kaji semula qualiti road tax tu. 2016 sudah... masih macam tu jer... Tak ada apa yang berubah pun...

Nasib baiklah ada inisiatif dari pihak Allianz memberikan Road Tax Holder kepada pelanggan mereka. Nak harapkan pihak JPJ, simpai bila pun tak tau la bila mereka nak tukar road tax versi yang menyusahkan orang ramai nie.

Road Tax Holder Allianz

Road Tax Holder Allianz

Dengan Road Tax Holder nie, lagi mudah untuk menampal dan menanggalkan road tax. Biasanya road tax yang ditampal terus ke cermin akan lama kelamaan menggulung di bahagian tepinya. Tapi, dengan mengunakan Road Tax Holder nie... Tiada lagi masalah menggulung nie... Ini barulah inovatif.

Road Tax Holder Allianz

Taraaa... sudah siap... kejap jer pasang... Alhamdulillah.. selesai sudah... Terima kasih Allianz atas road tax holder percuma nie... Next year renew road tax dengan Allianz juga.

Friday, January 15, 2016

Bandar Muallim, Perak Darul Ridzuan

Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan. Allhamdullilah, tanggal 11 Januari, 2016 menjadi detik bersejarah bagi warga Tanjong Malim khasnya dan kawasan sekitar di bawah landskap Daerah Batang Padang.

Muallim adalah daerah ke sebelas di Perak, Malaysia. Ia telah di isytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 11 Januari 2016 di Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim. Ia sebelum ini adalah sebahagian daripada daerah Batang Padang. Dan kini, telah di pisahkan dan membentuk satu lagi daerah di negeri Perak.



Bendera Muallim masih belum dibuat rasmi oleh rakyat tempatan. Ia akan menjejaskan kawasan seluas 93.435 hektar tanah yang merangkumi daerah kecil semasa Tanjung Malim, yang terletak di selatan di daerah Batang Padang. Selepas pengisytiharan , ia akan mempunyai tiga mukim iaitu Slim, Ulu Bernam Barat dan Ulu Bernam Timur. Daerah ini termasuk bandar-bandar di kawasan di Slim River dan Tanjung Malim seperti Tanjung Malim, Slim, dan Proton City. Ia telah diberi nama Muallim, berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud "guru" kerana adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris di kawasan daerah yang dicadangkan yang telah melahirkan ramai guru sejak zaman penjajah.

Bendera Muallim telah direka dan dibuat oleh penduduk tempatan pada Januari 2016 sebelum pembukaan daerah rasmi baru. Reka bentuk itu diilhamkan oleh semangat belia berikutan 'Bandar Belia atau City of Youth' konsep dan lokasi daerah di negeri Perak. Latar belakang bendera terdiri daripada tiga jalur yang berwarna hitam, kuning dan putih yang mewakili bendera asal negeri Perak. Segitiga separuh di sebelah kiri bendera mewakili perpaduan rakyat di daerah itu. Warna 'merah' segi tiga di dalam bendera menyerupai semangat belia dan kesepakatan warga Muallim untuk memelihara warisan dan ekonomi dengan matlamat kemajuan Negeri Perak.


Bendera Bandar Muallim

Ehsan Wikipedia.

Bintang 14 bucu dan bulan sabit berwarna 'kuning' di ambil dari bendera 'Malaysia' adalah simbol dasar daerah keterbukaan terhadap seluruh rakyat Malaysia yang di anggotai oleh 13 negeri yang membentuk Kerajaan Persekutuan. Bahagian atas dan bahagian bawah gabungan bintang dan bulan sabit menunjukkan perkataan 'Daerah Muallim' yang bermaksud 'Daerah Muallim' yang ditulis dalam skrip 'Jawi' untuk melambangkan warisan warga Muallim dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Ini adalah daerah-daerah yang terdapat di negeri Perak.

Daerah-daerah di negeri Perak 

Thursday, January 14, 2016

CPUV : Body Perfect Starter Pack

Body Perfect Starter Pack. Bertambah lagi CPUV Nuffnang untuk bulan Januari nie. Kali nie adalah CPUV untuk Body Perfect Starter Pack. Mula-mula ingatkan Body Perfect Starter Pack nie product untuk membina otot badan. Rupanya salah daaa... Body Perfect Ladies Beauty dan Slimming Spa adalah tempat yang ideal, untuknkecantikan syurga eksklusif untuk semua keperluan kecantikan wanita yang arif. Body Perfect menyediakan suatu alam baru rawatan kecantikan yang menggabungkan teknologi canggih, produk-produk berkualiti tinggi dan teknik yang mahir untuk menyampaikan satu pengalaman mewah dan selesa. Ke laut sungguh tanggapan teman...😅😅😅



Ini adalah CPUV ke 4 untuk bulan January nie dan blog teman di beri 2 CPUV Body Perfect Starter Pack sekali gus menjadikan 8 CPUV sedang berstatus On Going.

Body Perfect


Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan promosi ini, sila layari portal rasmi Body Perfect disini atau kome boleh je klik kat iklan Body Perfect Starter Pack yang muncul di ruang iklan Nuffnang tu.

Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk CPUV nie. Harap dapat banyak lagi CPUV untuk bulan nie.

Wednesday, January 13, 2016

JJMM : Char Kuey Teow Tsunami, Tasik Biru

Tempat makan best di Kuang. Jalan-jalan Makan-makan kini bersiaran di tepi Tasik Biru, Kuang untuk menunaikan hasrat adinda yang teringin nak makan Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di kawasan Tasik Biru nie di Warung Teratak Dedap. Warung nie terletak di tepi Tasik Biru. Kebiasaannya, pengunjung akan singgah di gerai nie pada waktu petang. Sememangnya pelanggan gerai akan singgah disini, sambil makan, sambil menikmati waktu petang di tasik.


Gambar ehsan FB Warung Teratak Dedap


Warung Teratak Dedap, Kuang

Makan Char Kuey Teow di bawah pohon kelapa tidak berbuah. Betul-betul di tepi Tasik Biru sambil tengok orang bermain jet ski. Kalau nak datang sini, teman cadangkan kome datang sini sebelum waktu asar. Kalau lewat, gerai nie penuh. Silap hari bulan, bahan utama seperti udang dan ketam untuk char kuey teow tsunami nie habis. Klik disini untuk FB Warung Teratak Dedap untuk maklumat lanjut.


Tasik Biru, Kuang

Tasik Biru, Kuang

Ok, menu signiture yang teman pesan dah sampai. Inilah Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di Tasik Biru. Jangan lupa cuba sekali Rojak Pop-Pop dan Cendol Pop-Pop. Sepinggan Char Kuey Teow Taunami nie berharga RM13.

Char Kuey Teow Tsunami

Rojak Pop-pop


Cendol Pop-pop

Lepas seminggu, teman datang lagi ke Warung Teratak Dedap nie. Kunjungan terbaru nie hanyalah untuk mencuba Mee Goreng Melayu. Bukan apa, hari tu nampak sorang pelanggan tu makan Mee Goreng Melayu, nampak menyelerakan jerk. Itu yang nak cuba rasa jugak.


Mee Goreng Melayu

Well, my comment... mmm... not bad... Beginilah susana Warung Teratak Dedap nie di waktu petang. Penuh dengan pelanggan-pelanggannya.


Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Sambil makan tu... Sambil layan tengok aksi orang main jet ski...

Tasik Biru, Kuang



Tasik Biru, Kuang



Tasik Biru, Kuang

Teman dapat tau, warung nie akan berpindah di tempat lain. Masih lagi di sekitar Tasik Biru nie. Tak boleh la lagi nak makan di tepian Tasik Biru nie...

Warung Teratak Dedap, Kuang

Lepas nie, kalau kome nak datang makan kat Warung Teratak Dedap nie... calling-calling la nombor kat sign board atas tu... 019-3427478


Warung Teratak Dedap, Kuang

Apa pun, lepak petang-petang di Warung Teratak Dedap nie sambil pekena Rojak Pop-pop atau Char Kuey Teow Tsunami memang owhsome.

Monday, January 11, 2016

CPUV : Welcome to Shell Campaign

Welcome to Shell Campaign. Dapat lagi CPUV dari Nuffnang untuk bulan Januari, 2016. Ini adalah CPUV yang ke tiga berkenaan Shell Campaign. CPUV terbaru ini menjadikan 15 CPUV berstatus On Going. Setakat ini, teman tak nampak iklan berkenaan Shell Promotion nie muncul di blog teman.

Shell Helix promotion

Nuffnang CPUV

Promotion Shell yang terbaru ini adalah bersempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan di sambut tak lama lagi. Penguna bertuah akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM888 apabila membuat pembelian Shell Helix. Kunjungi portal rasmi Shell untuk maklumat lanjut.

Shell FuelSave Diesel Euro 5

Terbaru, Shell telah memperkenalkan Shell FuelSave Diesel Euro 5. Ia direka untuk penjimatan yang maksimum kepada injin yang diperkuasakan oleh diesel. Bertambah power dan jimat lagi la bila pam petrol atau diesel di Shell. Singgah dulu di Shell Select untuk membeli barangan keperluan anda sebelum meneruskan perjalanan dan dapat mata ganjaran bonus link anda di Shell Select.

Shell Select Store

Gambar ehsan Google.

Sunday, January 10, 2016

Kuliah : Dulu suka, sekarang tidak lagi

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda dulu semakin tidak menyeronokkan? 


Ustaz berpesan lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri.

"Semakin Meningkat Adalah Umur, Semakin Dekat Adalah Kubur"


Antara contoh-contoh yang diberikan :- 


1. BILA TUA, keinginan utk makan sedap-sedap semakin berkurang. Nafsu makan sudah tiada. 

HIKMAHNYA - Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada' puasa2 yang dahulunya sewaktu muda pernah kita tinggalkan... 


2. BILA TUA, mata kerap terjaga diwaktu malam dan sukar pula untuk tidur semula. 

HIKMAHNYA - bangunlah untuk berqiamulail, mengerjakan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan lain-lain. Diwaktu muda diantara kita mungkin tidak pernah melakukan solat-solat sunat tersebut tetapi Allah s.w.t memberi kita peluang dengan mengarahkan malaikat untuk mengejutkan kita di tengah malam untuk melakukannya sebelum dijemput pulang. 


3. BILA TUA, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. 

HIKMAHNYA - waktu yg terluang itu, perbanyakkanlah membaca Al-quran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam. Paling tidakpun setahun sekali. Sesungguhnya setiap ayat-ayat Al-quran yang kamu baca itulah yang akan mengikuti dan menemani kamu di alam kubur untuk menerangi serta meluaskan alam baru mu kelak. 


4. BILA TUA, selepas bersara, banyak waktu lapang. Anak-anak kita sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. 

HIKMAHNYA - sewaktu muda kita mungkin tiada masa utk menimba ilmu yg bermanfaat kerana sibuk menguruskan hal anak-anak yang masih kecil sehingga meningkat dewasa. Oleh itu sisa-sisa usia yang Allah s.w.t pinjamkan ini bolehlah digunakan utk hal-hal berfaedah yang bermanfaat. Banyakkanlah bergaul dengan sahabat-sahabat atau jemaah-jemaah dari golongan yang berilmu/soleh agar dapat kita mempelajari/berkongsi ilmu dari mereka. Banyakanlah menghabiskan masa di surau atau dimasjid-masjid, menghadhiri majlis ilmu, belajar serta bertalakki dengan ustaz/ustazah/alhafiz dan lain-lain program yang berfaedah. Semua yang kita lakukan ini semata-mata sebagai bekalan untuk kita bawa bersama di alam barzakh/akhirat kelak.

Saturday, January 9, 2016

Kuliah : Satu kisah debat awek bertudung dan awek tak bertudung

Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...


Gambar ehsan Google.

Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka... 

Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini... 

Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan" 

Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat... 

Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat... 

Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik... 

Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat??? 

Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok... 

Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu??? 

Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..??? 

Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut... 

Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak... 

Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga??? 

Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun... 

Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak... 

Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan... 

Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya... 

Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi... 

Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat... 

Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la... 

Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh??? 

Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas... 

Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam... 

Lia: 😭😭😭


Sekadar perkongsian. Semoga kita mendapat pengajaran dari kisah ini.

Thursday, January 7, 2016

Petua : Untuk menghilangkan warna kunyit pada kuku

Macam mana hendak menghilangkan warna kunyit pada kuku? Biasalahkan bila guna kunyit untuk sapukan pada ikan, daging atau ayam, pasti jari-jemari ini kekuningan. Paling haru bila kesan kekuningan itu sangat ketara di celah kuku tangan.

Kesan kunyit pada jari tangan

Gambar ehsan Google.

Untuk mengatasi masalah ini, kome hanya perlu dapatkan beberapa biji limau nipis atau limau kasturi. Perahkan untuk mendapatkan airnya dan tambahkan sedikit air. Kemudian, rendamkan jari-jari itu kedalam air perahan limau tersebut. Biarkan seketika. Lama-kelamaan kesan kunyit itu akan hilang.

Selamat mencuba.

CPUV : Toyota New Year Promo Campaign

Toyota New Year Promo Campaign. Alhamdulillah, teman dapat lagi CPUV dari Nuffnang. Ini adalah CPUV ke dua untuk 2016. Promosi Toyota ini berlangsung dari 1 Januari sehinggalah 31 Januari.

Toyota promotion

Pelanggan yang telah mengesahkan pembelian mereka akan menikmati faedah berupa rebate tunai dan valua added accessories secara percuma. Tawaran ini hanya terhad kepada model Toyota tertentu sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari web site Toyota disini.

Toyota New Year Promo

Untuk CPUV Toyota New Year Promo Campaign nie, blog teman di beri 3 CPUV sekali gus menjadikan 20 CPUV sedang berstatus On Going.

Wednesday, January 6, 2016

Wordless : Dikala kesunyian melanda diri

Dikala bersendirian, daku kerap merenung jauh memikirkan bagaimanakah masa depan keluarga ku nanti...

Dikala kesunyian

CPUV : Acer Predator 17 Launch Campaign

Acer Predator 17 Launch Campaign. Alhamdulillah, blog teman masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV pertama untuk tahun 2016. Seperti yang umum mengetahuinya, Acer adalah antara jenama komputer yang terulung di dunia. Sebagai pembukaan tahun 2016, Acer telah melancarkan komputer terbaru mereka iaitu model siri Predator. Antara model yang di keluarkan dibawah siri Predator ialah Predator G6 & Predator G3 (untuk desktop) dengan tag line "unstoppable war machines", Predator 17 dan Predator 15 (untuk laptop) dengan tag line "stay cool under fire", Predator 8 (untuk tablet) dengan tag line "it's audiodacious".

Acer Predator 17


Kesemua model Acer Predator telah diperkasakan dengan cip pemprosessan 6th Gen Intel Core processor dan diperkukuhkan dengan graphic card terkini dari NVIDIA GeForce dan sound system dari SoundPound 4.2. Hebatkan. Untuk mereka yang gemarkan permainan komputer, ini adalah berita baik buat mereka.

Acer Predator 17 Launch Campaign

Untuk CPUV Acer Predator 17 ini, blog teman telah diberikan 3 CPUV sekali gus menjadikan 19 CPUV berstatus On Going. Alhamdulillah. Makin semangat teman untuk membuat entry posting tahun nie.

Sunday, January 3, 2016

Kuliah : Kelebihan mendengar bacaan Al-Quran

Antara kelebihan mendengar bacaan Al-Quran.


Sekadar perkongsian. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, January 2, 2016

Kuliah : Halal buat kami, Haram buat tuan

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"


Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi. "Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"


Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak
"Betul, siapakah tuan?"
"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. "Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"
"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ... Ya Allah... disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil....dimana tempatnya...sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dengan kita.

Semoga perkongsian ini memberi maanfaat kepada semua.

Friday, January 1, 2016

Tahun 2016, sara hidup semakin mencabar

Untungnya punyai isteri yang bijak berjimat

Cinta itu indah

Gambar ehsan Google

Suami : Sayang, ni ada 20 ringgit.. ambik laa untuk buat belanja keperluan rumah untuk 3 hari ... Harap harap boleh cukup seminggu.. 🙈🙈

Isteri : Baiklah bang.. untuk setahun pun boleh pakai

Suami : Betul ka cukup sayang?...
Isteri : Insya'Allah cukup bang..

Suami : Nak belikan apa Sayang untuk cukup setahun tu?
Isteri : Beli kalender... tahun 2016... boleh pakai untuk setahun.. 😄😄😂

Suami : 😁😁😁



SELAMAT~ TAHUN ~ BARU 2 0 1 6

Wordless : Selamat Menyambut tahun 2016

Bunga Api 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...