Monday, December 19, 2016

Majlis kahwin dulu-dulu

Bila musim je mesti banyak kenduri kahwin. Asal kenduri kahwin je, mesti time cuti sekolah. Macam dah sinonim pulak yek. Bila cerita pasal kenduri kahwin nie, teringat teman masa dulu-dulu. Kenduri kahwin masa tahun 80an - 90an gitu kebanyakkannya dibuat secara gotong-royong. Tak macam sekarang, kebanyakkannya mengambil khidmat katering. Masa time-time kenduri nie lah yang best. Dapat bermesra dan bermain dengan sepupu-sepapat. Maklum lah, time-time tu teman masih lagi kanak-kanak nakal πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ€—πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

Dulu-dulu, kalau orang kahwin, tak ada tema bagai. Tak macam sekarang. Pelamin orang dulu-dulu pun simple jerk... sekarang nie, kalau boleh nak berhabisan duit hiaskan pelamin. Itu yang ada lepas kenduri kahwin hutang keliling pinggang. Masa plan nak buat kenduri kahwin tu tak beringat yang dia baru nak mulakan hidup berkeluargaπŸ€—πŸ€—πŸ€—.

Apa pun, jom layan majlis perkahwinan orang dulu-dulu.

Majlis kahwin orang dulu-dulu 
Pengantin dan spec mata hitam memang sukar di pisahkan...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜Ž

Silat 
Mesti ada pertunjukkan silat masa menyambut rombongan pengantin...πŸ€—,

Gotong-royong
dulang 
Gotong-royong 
Hidangan kenduri 
Bekwah... gotong-royong menyediakan santapan buat tetamu... 


Orang-orang yang membantu menjayakan kenduri juga tidak dilupakan... sekurang-kurangnya sekotak rokok seorang....😌😌😌

Gotong-royong 
Itu baru bab kenduri. Biasa lah kan, bila orang kahwin mesti ada pelamin. Pelamin orang dulu-dulu, simple jerk... biasanya guna kerusi nie...

Kerusi pelamin 
Bergambar dengan pengantin diatas pelamin memang dah jadi trend dari dulu sampai la sekarang... Pengapit pulak orang-orang tua kata, mesti anak teruna dan anak dara. Katanya nanti, cepat lah sampai jodoh buat anak teruna dan anak dara tu...😌

Bergambar diatas pelamin 
Dekat pelamin tu pulak mesti ada pulut kuning dan di cucuk pulak dengan bunga telur. Cuma, zaman sekarang nie dah tak ada pulut kuning. Bunga telur tu dicucuk pada polisterin.

Bunga telur 
Bila cerita pasal bunga telur, teringat pulak pasal bunga telur yang diberikan kepada para tetamu. Dulu-dulu, bekas bunga telurnya sangat simple dan jimat belanja. Teman pernah juga dapat bunga telur macam nie. Gambar bawah nie bunga telur homemade. Dibuat dari kertas tisu. Jimat cost.

Bunga telur 
Pernah juga teman dapat bunga telur macam nie.

Bunga telur dulu-dulu

Lepas bunga telur dalam Gambar diatas tu, muncul pulak bunga telur letak dalam kotak. Diikuti pula bunga telur dalam bekas tembikar dan dalam bentuk gubahan bunga. Sekarang nie orang kurang bagi bunga telur. Sekarang nie trend kalau majlis kenduri kahwin orang bagi paper bag yang diisi dengan benda termasuk lah surah Yassin, sejadah juga tasbih. Ada juga yang disi dengan air kotak😊.

Cerita pasal paper nie, teringat pulak teman masa menghadiri pengkebumian bapa saudara isteri di Kampung Sungai Pinang, Plekbang, Kelantan. Jenazahnya dikebumikan sebelah pagi dalam pukul 8-9 gitu. Selesai pengkebumian, orang yang datang ziarah diberi nasi bungkus (Air Dingin) dan air kotak masa balik dari tanah perkuburan tu. Mungkin itu budaya orang kat kawasan sini agaknya.

Apa pun, setakat nie saja la coretan teman pasal kenduri kahwin zaman dulu-dulu.

1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...