Sunday, December 25, 2016

Kuliah : Doa terhijab oleh maksiat...

Adakalanya doa kita tidak makbul... kerana terhalang dek 'diam'nya kita apabila melihat kemungkaran di depan mata. Kita lupa pada perintah Allah SWT untuk amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Logiknya, cuba fikirkan.....bagaimana Allah SWT nak tunaikan permintaan kita jika suruhan-Nya kita tak pedulikan?

Nabi Muhammad SAW pernah bertegas mengenai hal ini:-

"Demi jiwaku berada di tangan-Nya, hendaklah kamu menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran atau Allah akan mempercepatkan azab-Nya ke atas kamu. Lalu jika kamu berdoa pun tidak akan dimakbulkan lagi?" (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Akibat maksiat 

Saya pernah bertanya kepada guru saya perihal ini, katanya:-

"Kita bukanlah Mukmin yang sebenar selagi kita takut kepada manusia berbanding Allah SWT. Bila nampak maksiat dan perkara zalim berlaku di hadapan mata, kita hanya tutup mulut tanpa mencegah atau menegur.

Lebih layaklah kita dipanggil 'syaitan bisu'.

Amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab setiap orang Islam di atas dunia.....bukan tugas pendakwah, ulama', mufti sahaja. Jadi, jangan hairan atau pelik jika azab Allah SWT itu turun bukan sahaja kepada orang yang berdosa, malah kepada orang yang taat pada Allah SWT juga.

Salah satunya adalah doa yang tidak akan makbul."

Allahu rabbi......semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mendiamkan dan membiarkan kemungkaran dan kemaksiatan di hadapan mata kerana Imam al-Qurtubi pernah mengumpamakan orang-orang ini seperti 'ada Yahudi dalam diri'...

Nauzubillahiminzalik...๐Ÿ˜”

Wallahu'alam

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...