Sunday, November 27, 2016

Kuliah : Persiapan menghadapi kematian

Petikan ceramah Perdana Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Hidup kita tidak sekadar di dunia tetapi akan hidup lagi kerana kita sedang dalam perjalanan ke padang Masyar. Hidup kita di dunia hanya dalam linkungan 60-70 tahun sahaja. Dalam masa terbatas, kena jadi secerdik cerdik manusia yang bukan sahaja memikir akan kehidupan di dunia tapi berfikiran jauh untuk memikir kehidupan yang akan dijalani di akhirat.

Ajal 
Gambar ehsan Google.

Orang paling cerdik ialah orang yang mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan selepas mati. Kita akan fikir panjang dan jauh. Bekalan apa perlu dibawa untuk mengadap di hadapan Allah nanti. Itu yang menyebabkan kita datang dan hadir majlis ilmu supaya tidak terkejut bila mengadap depan Allah. Jangan tergaman bila berada di suasana yang jauh lebih besar dari apa yang kita lihat di dunia ini.

Ajal 
Gambar ehsan Google.

Ada golongan manusia yang mengadap Allah dalam keadaan tidak bersedia. Disebut dalam surah An Nisa ayat 97, ada golongan dimati dalam keadaan melakukan kezaliman pada diri sendiri. Mati dalam keadaan maksiat, mati dalam keadaan tidak bersedia. Mati dalam keadaan tak boleh membaca Al Quran.

Bila mati,  pasti  sekali orang seperti ini tak lepas di hadapan Allah. Bila malaikat tanya, pasti tak boleh menjawab. Kenapa mati dalam keadaan tidak bersedia?

Malaikat pasti menanya kenapa kamu tak menuntut ilmu sedang muka bumi ini adalah luas. Tempat bagi orang seperti ini adalah tempat yang azab.

Ada golongan yang langsung tak peduli pasal kuliah dan majlis agama. Allah akan buka segala pintu maksiat yang dia ingin lakukan dan Allah biarkan sehingga dia rasa seronok dan kemuncak kehidupannya dan ketika itu Allah akan tarik nyawa dia dalan keadaan tercengang cengang. Nau'zubillah...

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...