Friday, November 4, 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah

Tempat makan best di Sungkai, Perak. Kali ini teman nak review Nasi Bamboo Sungai Klah, satu lagi lokasi tempat makan best yang rare terletak di Sungkai. Tak jauh pun kalau nak pegi dari Tanjong Malim. Senang je nak pergi ke Nasi Bamboo Sungai Klah nie. Lokasinya sangat strategik. Kalau melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kome keluar je mengikut exit Sungkai. Selepas bayar tol, belok kanan menghala ke Ipoh. Lebih kurang 50 meter, disebelah kiri jalan kome boleh nampak lokasi Nasi Bamboo Sungai Klah.

Nasi Bamboo

Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah ini dibuka setiap hari Selasa hingga hari Ahad dari pukul 10.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Hari Isnin adalah hari rehat mereka. Bagaimana pun jika hari Isnin adalah bersamaan hari cuti umum, Nasi Bamboo Sungai Klah ini akan beroperasi seperti biasa. Kome boleh klik disini untuk ke FB rasmi Nasi Bamboo Sungai Klah.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Konsep perniagaan Nasi Bamboo Sungai Klah ini adalah self service. Jadi pilih je segala juadah yang disediakan dan buat bayaran di cashier tu. Pilih bayar dan makan ๐Ÿ˜‹.


Nasi Bamboo Sungai Klah

Apa yang best kat sini? Mesti la nak makan nasi dalam buluh dan ayam bakar bunian... Set Nasi Bamboo dalam banner di bawah nie... Harga untuk set Nasi Bamboo pun ada sekali... Harganya berpatutan dan tidaklah melampau... Untuk set nasi telah disediakan pakejnya yang terdiri ulam sambal belacan, telur masin, serabut kelapa dan telur masin.


Nasi Bamboo

Nasinya dimasak dengan cara kukus atau dipanggang dalam daun dan buluh. Teman tak pasti pulak daun apa yang digunakan untuk membungkus nasi dalam buluh tu. So, bila dimasak sebegitu, akan ada aroma yang sangat unik dan tersendiri menambahkan selera makan. Kalau nak tambah menu lain, pun boleh je. 


Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Lauk-lauk yang disediakan pun sangat menarik dan rare. Tapi signature Nasi Bamboo Sungai Klah ialah Nasi dalam buluh tu, ayam kampung bakar bunian dan ayam kampung goreng serabut. Mesti cuba rasa tau...๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Nasi Bamboo Sungai Klah - Ayam Kampung Bakar Bunian

Ayam Kampung Bunian

Ada juga disajikan dengan kambing bakar, ikan bakar, sup kambing serta beraneka jenis kerabu seperti kerabu pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu kacang botol dan dua jenis lagi kerabu yang teman tak berapa ingat namanya. Kerabunya pun agak rare dan susah untuk dapat di tempat lain. Lauk-lauk ulaman lain turut disajikan.


Ayam Kampung Percik

Ikan bakar


Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Pelbagai jenis minuman buah-buahan segar turut disediakan sebagai pilihan buat pelanggan untuk menghilangkan dahaga. Ada juga ais krim Malaysia (batang) dan Coconut Shake. Tapi dalam kuantiti yang terhad. Siapa cepat dia dapat...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Untuk kali kedua singgah makan disini, menu yang diambil sama macam kali pertama singgah makan kat sini. Yang wajib ada kambing bakar... Terasa kenikmatan daging kambing bakar nya... ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Kambing bakar


Kambing bakar


Kalau weekend atau cuti bersambung, confirm ramai yang akan singgah makan disini. Untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik buat booking tempat dulu. Teman kongsikan nombor untuk dihubungi bagi memudahkan untuk membuat tempahan.


Nasi Bamboo Sungai Klah

Kalau buat tempahan awal, bolehlah minta siapkan hidangan yang kome nak makan. Jadi semua akan terurus lebih awal. Tak lah kalut sangat nanti.

Pihak pengurusan Nasi Bamboo Sungai Klah turut menyediakan surau dan tandas untuk keselesaan pengunjung mereka. Ada juga dijual barangan cendera hati seperti t-shirt dan fridge magnet Sungai Klah sebagai destinasi pelancongan.

Apa pun Nasi Bamboo Sungai Klah nie memang owsome... Satu destinasi yang mesti... kalau berkunjung ke Tanjong Malim atau Sungkai... Selamat menjamu selera...๐Ÿ˜๐Ÿค“๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Š

Teman bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️๐Ÿค“

1 comment :

  1. Saya pun pernah sampai sini merasa dua kali dah. Yang sedap ayam bunian dan kambing. kari keladi dia boleh tahan juga.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...