Sunday, August 28, 2016

Kuliah : Nikmat atau Azab

Apabila kita meninggal dunia dan sudah dikebumikan, hanya dua keadaan sahaja yang akan berlaku. Sama ada kita mendapat nikmat atau kita mendapat azab. Tidak akan ada masa rehat untuk kita waktu itu.

Azab dan nikmat kubur 
Gambar ehsan Google.

Jika kita ditentukan mendapat azab di dalam kubur, maka tidak akan ada peluang untuk kita menziarahi dan saling berkunjung. Orang yang dikenakan azab itu akan terus di azab di dalam kubur sehinggalah selesai kesemua dosa-dosanya.

Bayangkan orang yang tidak menutup aurat, sebagaimana hadis Nabi s.a.w, seurat rambut yang didedahkan kepada orang yang bukan mahram, seribu tahun dia akan diazab di dalam api neraka Allah SWT. Itu seurat rambut. Jika satu kepala, bagaimana?

Bagaimana pula orang yang meninggalkan solat? Satu solat yang ditinggalkan, 60 ribu tahun akan dibakar di dalam api neraka Allah SWT. Itu satu rakaat, jika tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hayatnya? 60 ribu tahun di dalam neraka Allah SWT, masa yang tidak akan ada penghujungnya lagi, berterusan di azab sehinggalah dosa-dosanya menjadi ringan disebabkan amalan-amalan yang dikerjakan sewaktu di dunia dahulu dan juga doa-doa daripada anak yang soleh. Maka Allah SWT kurangkan dan ringankan dosanya.

Jika tiada zuriat, hanya mengharapkan kepada amalan-amalan soleh yang dilakukan ketika di dunia dahulu. Jika tiada amalan, maka berterusanlah dia menerima azab Allah SWT. Mudah-mudahan, dan pohonlah semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalanga orang yang mendapat nikmat selepas kematian kita.

Petikan dari Maui'zhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...