Sunday, June 5, 2016

Kuliah : Wanita solat sunat tarawih di rumah lebih afdhal

Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar.

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

 

Gambar ehsan FB amirasulaiman

Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat..kadang kadang laju..

Selalunya kita buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam. Kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap. Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat. Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..

Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 13 rakaat solat sunat tu.. takat 23 pun boleh.. sangatlah berehatnya.. jadi takda alasan penat.. kan kan..bagi yang ada anak kecil..kasi mereka tidur dahulu..jadi bolehlaa kita buat solat sunat tu..Subhanallah..

Terimakasih Ustazah dan ayah Yusof Mohd Rashid Thaniah di atas ilmunya..i love you.. 

SOLAT SUNAT TERAWIH
p/s Tambahan.. Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah

Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Kalau boleh buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai." 


Semoga Bermanfaat buat umat islam 😋

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...