Sunday, May 22, 2016

Kuliah : Solat sunat Dhuha

Marilah kita sama-sama laksanakan Solat Sunat Dhuha. Cuma dengan minima 2 rakaat sahaja, insyaALLAH ganjarannya adalah keberkatan rezeki dari ALLAH.

Solat Sunat Dhuha amat mudah dilaksanakan, hanya mengambil masa kurang dari 5 minit. Sama seperti solat sunat lain, tidak ada bacaan surah yang khusus, cuma niat "Sahaja aku solat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana ALLAH Taala". Kemudian bacaan wajib solat yakni Al-Fatihah, disertai bacaan surah lazim yang anda suka. Begitulah seterusnya pada rakaat kedua dan salam.

Solat Sunat Dhuha 

Bagi mereka yang masih tidak menghafal doa Dhuha, anda tidak perlu risau. Ianya bukan sebab untuk anda tidak melakukan solat sunat Dhuha. Mintaklah keberkatan rezeki dengan apa sahaja bahasa yang anda faham dan penuh adab serta bersungguh-sungguh meminta kepada ALLAH. Wallahua'lam.

 
Solat Sunat Dhuha 


Solat Sunat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Doa solat sunat dhuha 

Doa solat sunat dhuha 

Terjemahan doa dhuha

Doa solat sunat dhuha 

Solat Sunat Dhuha 

Friendly reminder bagi mereka yang masih belum mengerjakan solat sunat Dhuda, masih ada waktu untuk menunaikannya. Waktu Dhuha adalah bermula pada 28 minit selepas waktu syuruk dan berakhir sebelum Azan Zuhur. Laksanakanlah, hanya 2 rakaat. Wallahua'alam.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...