Thursday, March 10, 2016

Petua : Untuk mengebukan kulit

Petua untuk mendapatkan kulit gebu. Percayalah, wajah akan mencerminkan diri anda. Tapi kadang-kadang di sebab berperang dengan kerja rumah, akhirnya anda memilih untuk terus tidur daripada membelai kulit wajah dengan bahan alami yang sebenarnya terselit jutaan manfaat.

Kulit Gebu
Gambar ehsan Google

Kulit cantik dan gebu persis Emma Maembong... :d

Kesempurnaan wajah menjadi impian wanita, mereka mahu memiliki kulit sihat, gebu dan sekata. Penjagaan di rumah hanya sebagai asas dan bagi merealisasikan impian memiliki wajah sempurna perawatan lengkap perlu dilakukan.

Bahan-bahan yang di perlukan :

  • 1 mangkuk beras pulut susu
  • 1 sudu teh madu
  • Sedikit perahan lemon/limau nipis

Cara hendak membuatnya :
Goreng beras pulut susu atau beras pulut biasa tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian, kisar kering sehingga halus. Selepas itu, ambil beras pulut susu yang telah dikisar dalam dua atau tiga sudu. Kemudian, campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon.

Gaul sehingga sebati dan sapukan pada seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Kulit akan menjadi bersih, lembut, cerah dan gebu dalam masa dua hingga ke tiga minggu.

Hanya Perlukan 3 Bahan Untuk Jadikan Kulit Gebu Tanpa Bahan Kimia. Selamat mencuba.

1 comment :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...