Monday, November 30, 2015

Wordless : Kabus menyelimuti Kuala Lumpur

Alhamdulillah... tiada lagi jerebu... Nyaman sangat cuaca di pagi ini...

Kabus

Sunday, November 29, 2015

Kuliah : Pentingnya adab

Solat di masjid itu penting... tapi adab dalam masjid itu lebih penting. Solat itu penting... namun adab dalam solat itu lebih penting. Membaca Al-Quran itu penting... namun adab membaca Al-Quran itu lebih penting. Kerana amalan tanpa adab tidak akan ada keberkahannya.


Gambar ehsan Google.

Sebagaimana ada seseorang yang ingin memberikan hadiah yang besar kepada raja namun dengan pakaian yang tidak sopan, dengan tangan kiri, dengan perlakuan yang biadab... tentu saja raja akan murka dan menolak hadiah tersebut kerana hakikatnya raja tidak perlu pemberian. 

Namun sebaliknya walaupun pemberiaan yang kecil namun dengan adab yang baik akan membuat seorang raja gembira dan menerima pemberian tersebut walaupun hakikatnya raja tidak perlu dengan pemberian tersebut. 

Adab adalah mengagungkan segala sesuatu yang berhubungan dengan agama. Seringkali lahirnya para ulama adalah kerana ibubapanya memuliakan Adab. 

Sultan Muhammad Al Fatih, panglima besar penakluk Konstantinopel (Istanbul) [yang mana kelahirannya telah difirasatkan Rasulullah sebagai pemimpin terbaik bersama tentera terbaik akan membuka Konstantinopel]. Disebutkan bahwa ibubapanya sangat memuliakan adab. Dikisahkan orang tuanya tidak pernah duduk apabila dirumahnya ada al-Quran .. 

Dalam kitab Ihya, seseorang yang menghormati orang dunia lebih daripada orang akhirat maka anaknya tidak akan pernah jadi anak soleh apa lagi ulama 

Raja Rom mendapatkan keberkahan kerana adab, ketika dikirim surat oleh Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia menjaga surat dan menyimpannya maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata bahawa kerajaan Rom (Eropah) tidak akan runtuh sampai hari kiamat. 

Sebaliknya Raja Parsi ketika dikirim surat oleh Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam dia merobek, menyiat dan membuangnya maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata kerajaan dia akan runtuh. Maka runtuhlah kerajaan Parsi. 

Dengan adab, amal kecil akan bernilai besar dan sebaliknya tanpa adab amal besar bisa tidak bernilai... 

Semoga kita dapat menjaga adab-adab dalam setiap amal perbuatan kita. Semoga hari-hari kita di berkati oleh Allah dengan adab. 

Aamiin. 


(catatan singkat bayan Kyai Uzairon) 


*Maksud adab ialah meletakkan segala sesuatu sesuai pada tempatnya dan kedudukannya.

*Sekadar perkongsian untuk renungan bersama.

Saturday, November 28, 2015

Kuliah : Solat di awal waktu

Jagalah solat Mu. Solatlah pada awal waktu. Semoga kita mendapat perlindungan ALLAH dari perbuatan keji dan mungkar. Peringatan ikhlas buat diriku untuk dirimu. Wallahua'lam.


Sesungguhnya kita memerlukan orang disekeliling kita yang sentiasa menasihati dan menegur kita supaya kita tidak tergelincir dari jalan yang lurus dan jalan yang benar. Tanpa teguran dan nasihat, kita mungkin akan terbawa-bawa dengan nafsu dan kalah kepada hasutan syaitan. Oleh itu, anggaplah entry teman ini sebagai teguran... Sekurang-kurangnya apabila membaca posting ini, hati kita akan mengingati ALLAH dan syaitan akan menjauhi kita seketika. Semoga entry hari ini akan memberi manafaat kepada kita bersama demi mencari redha ALLAH...aminn.

Friday, November 27, 2015

Kuih Bini

First time jumpa kuih Bini... Anyway, yang nie tak halal yer... Jangan pulak kome yang Islam tu pegi beli kuih bini...

Kuih Bini

Wordless : Penjual Gadis

Ke laut sungguh bahasa Malaysianya...

Penjual Gadis

Thursday, November 26, 2015

Petua : Mengatasi kulit kering

Kulit kering. Pernahkah kome mengalami masalah kulit kering terutama pada wajah? Ate... usah bimbang. Untuk entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah kulit kering.


Caranya mudah saja. Dapatkan bahan-bahan di bawah nie;

  • Sebiji pisang (yang sudah masak)
  • Minyak Zaitun
  • Madu lebah asli

Gambar ehsan Google.

Mula-mula ambil sebiji pisang... Tak kisah pisang apa... Janji pisang tu boleh di makan. Kemudian, lumatkan pisang tersebut dan kemudian campurkan dengan sesudu teh madu lebah dan minyak zaitun. Gaulkan sehingga sebati dan kemudian sapukan pada wajah. Biarkan selama setengah jam atau sehingga kering. Selepas itu, bilas dengan air bersih. Amalkan masker pisang ini setiap hari untuk mengatasi masalah kulit kering.

Selamat mencuba.

Tuesday, November 24, 2015

Kembangnya Bakawali di taman Larangan

Susah nak tengok bunga Bakawali di Taman Larangan, Impiana Palace nie berkembang mekar. Teman pun dah tak ingat sudah berapa kali pokok Bakawali nie berbunga. Orang tua-tua pernah kata, masa pokok nie berbunga dan berkembang, ada 'Penjaga' yang menjaga pokok bunga nie. Mereka kata lagi, ketika pokok bunga bakawali ni akan berbunyi ketika bunga nya hendak berkembang. Entah laa.. Tak pulak teman dengar bunyi masa bunga Bakawali nie nak kembang. Misteri kan bunga Bakawali nie.

Bunga Bakawali

Gambar nie teman ambil pada 1 November, 2014 pukul 12 tengah malam. Weiii... seram juga masa nak rakam gambar nie... dah la dengar bunyi salakan anjing berdayu-dayu... sejuk pulak tu... perghhh... scary betul laaa... :)

Bunga Bakawali

Kenapa nak ambil gambar bunga nie tengah malam... Sebab bunga Bakawali nie hanya kembang pada waktu malam sahaja. Itu pun untuk sehari je... Lepas tu, kuntuman bunga Bakawali tu akan layu dan gugur ke tanah. Memang unik.

Kuntuman Bakawali


Baca kat sini kalau nak tau pasal misteri bunga Bakawali. Di portal Wikipidia pun ada pasal bunga Bakawali nie. Klik kat sini kalau nak baca artikel tu.

Sunday, November 22, 2015

Kuliah : Hadiahkan surah Al-Fatihah

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga... Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik... Allahu Akbar!

Surah Al-Fatihah


Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan Al-Fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan Al-Fatihah kepada baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabatku yang baik,

Cuma hadiahkan Al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Saturday, November 21, 2015

Kuliah : Pelihara solat

Peliharalah solat kita. Jangan lalai ketika melakukan solat. Idea mahupun ilham ketika solat bukannya tanda anugerah ALLAH tetapi tanda anda sedang dilalaikan oleh syaitan di dalam solat anda, ianya adalah kerugiaan.

Pelihara Solat kita


Syaitan akan menipu daya kita dalam semua keadaan termasuklah ketika melakukan solat. Syaitan akan memberi idea dan ilham ketika solat. Itulah yang menyebabkan kita akhirnya lupa jumlah rakaat dan hilang khusyuk di dalam solat.

Untuk ingatan bersama, salah satu perkara penting dalam solat adalah kedudukan dada. Didalam solat, dada seseorang perlu mengadap kiblat dari mula takbir diangkat sehinggalah salam diberikan. Dada yang beralih dari arah kiblat akan menyebabkan solat seseorang tidak sah. Wallahua'lam.

Thursday, November 19, 2015

Petua : Untuk menghilangkan jerawat

Jerawat. Bila tension je ada jerawat. Bila ada jerawat je mesti tension. Macam mana buat yek...??? Ok, dalam entry hari nie, teman nak berkongsi satu petua yang perolehi dari majalah. Petuanya tak la susah sangat. Caranya dengan mengunakan masker putih telur.

Putih Telur

Gambar ehsan Google.


Macam mana nak buat? Macam nie caranya. Mula-mula, ambil sebiji telur ayam. Kemudian, pisahkan putih telur dengan kuningnya lalu di campurkan air perahan limau nipis. Kemudian, kacau sehingga berbuih dan boleh lah di sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Biarkan untuk beberapa saat, kemudian bolehlah di bilas dengan air bersih. Selain dapat menghilangkan jerawat, masker ini juga boleh mencerahkan wajah.

Amalkan setiap hari. Selamat mencuba.

Wednesday, November 18, 2015

Wordless : Pokok

Photoshoot di pangkal pokok.

Pokok

Dasar kaum penghisap (rokok dan vape)

Lately nie banyak sangat kontroversi pasal Vape. Kome tau tak apa Vape. Haa tu laa... Vape tu rokok electronic, untuk mengantikan rokok conventional yang banyak jenama tu. Kalau rokok tu, kita dah memang tau apa kesannya pada perokok. Tapi Vape nie lagi maha hebat... Vape nie bukan saja menjejaskan kesihatan. Malah Vape berjaya meruntuhkkan akhlak mulia seorang perempuan / wanita yang menutup aurat. Inilah yang berlaku. Kalau dulu, kita tak pernahlah nampak seorang perempuan yang menutup aurat itu menghisap rokok. Tapi kini, kita boleh melihat mereka ini dengan selambanya dan penuh bergaya menghisap Vape. Ape ke hei la.... Apa nak jadi lah dunia zaman sekarang nie.

video

Sebagai galakkan, kerajaan telah pun memutuskan untuk tidak mengharamkan pengunaan Vape. Tahniah kepada kaum penghisap dan terima kasih juga lah kepada pihak kerajaan yang sangat perihatin dan memahami aspirasi golongan penghisap ini. Klik disini untuk membaca berita lanjut dari Utusan Malaysia. Baca disini pula untuk ulasan golongan penghisap.

Berita Harian pula melaporkan seorang penghisap tegar cedera apabila Vape yang di hisapnya meletup... ke baa booo... Hancur mulut... hahaha... idaklah sampai hancur... tapi hilang lah ke hensoman apabila muncul di muka hadapan Berita Harian cedera akibat hisap "Vape".


Vape meletup

Apa macam... Nak juga hisap Vape ke? Itu la kan... dah namanya darah daging penghisap tegar... Walau macam mana sekali pun nak jugak hisap... Tak kisah lah hisap apa... Janji hisap... dah memang hobinya suka menghisap... Apa saja pun boleh jadi bahan...


Hisap paip

Cer tengok gambar Pakcik nie.. Seronok betul dia bila dapat hisap... Nie baru lah penghisap paip yang original... Mesti hobi dia suka menghisap... :d

Ada satu lagi kaum penghisap nie... depa nie suka hisap syabu... campur pulak dengan air ketum... Kaum penghisap jenis nie sangat creative dan inovatif dalam mencipta peralatan hisapan mereka sendiri... Mereka dah lama mencipta Vape mereka sendiri. Pelbagai model ada... Meh tengok betapa pandainya kaum penghisap jenis nie pulak... 


Vape untuk Syabu

Vape untuk Syabu

Vape untuk Syabu

Disebabkan hasil ciptaan mereka nie telah di tambah baik serta di iktiraf dan diterima ramai. Tidak mustahil kaum penghisap ini akan mengunakan vape untuk aktiviti menghisap yang di haramkan itu secara terbuka. Tak perlu berselindung lagi. Lagi pun kerajaan telah memberi kebenaran dan galakkan untuk pengunaan Vape.

Dengan ciri-ciri Vape yang ada, kaum penghisap ini mudah saja untuk disuaikan bergantung kepada keperluan dan kehendak mereka. Cuma tambah jer bahan yang di kehendaki. Boleh disuaikan dengan pelbagai jenama seperti Nenen. Boleh klik ke FB Nenen. Para Vaperz sapa nak nenen boleh la klik link tu yer.


Vape Nenen

Gambar ehsan FB Nenen.

Satu iklan anti merokok telah di lancarkan di Amerika Syarikat. Iklan ini menyamakan rokok dengan kentut lembu. Hahahaha... Lucunya...


Kentut lembu

Apa pun, teman nie memang anti orang yang hisap rokok atau Vape kat depan teman. Kalau nak merokok atau hisap Vape tu, pegi lah hisap jauh-jauh. Kalau kome kaum penghisap tu boleh pastikan asap rokok atau vape tu tak sampai pada teman, then ok la... hisap la kome puas-puas...

Apa kata pihak berwajip memperluaskan lagi zone larangan merokok dan Vape nie... Sekurang-kurangnya orang lain yang merasa terganggu oleh asap rokok dan vape tu.


Gangguan awam

Satu inisiatif dan kemudahan yang unik telah di buat oleh pihak pengusaha Petronas di highway Karak. Mereka telah menyediakan satu bilik khas untuk golongan peghisap nie. Baguskan mereka nie.


Bilik merokok

Kaum penghisap boleh la melakukan aktiviti menghisap mereka dengan selesa disini. mmm... dah panjang lebar teman merapu pasal Vape nie... Ada sapa nak komen tak pasal kebaikan Vape nie untuk masyarakat umum? Nak jugak tengok respond kaum penghisap kat entry nie.

Tuesday, November 17, 2015

Celaka lah kepada mereka

Lately nie, banyak sangat penghinaan terhadap Islam. Baik di luar negara, bahkan ada yang datang dari rakyat Malaysia sendiri. Teman sebagai umat Islam, memang tidak dapat menerima penghinaan ini. Apa yang teman boleh buat hanyalah berdoa. Doa kepada Allah s.w.t adalah senjata terhebat umat Islam. Semoga mereka ini di berikan petunjuk dengan sebaik-baik pengajaran.

Di Google+ teman terpapar entry yang di kongsikan oleh +Yanni baby dan +Mr.Doe's. Mamat nie memang sangat antikan Islam. Celaka betul dia nie. Mungkin dia tidak benar-benar faham apa sebenarnya Islam. Mai sini datang ke Malaysia. Kami boleh ajar kamu bagaimana hendak mengenali Islam. Apa pun, teman doakan semoga dia nie di berikan petunjuk dan dapat memahami apa sebenarnya Islam.



Satu lagi penghinaan datang dari rakyat Malaysia sendiri. Tapi bukan orang Islam la. Mamat nie pun memang celaka sangat. Pasti ramai yang pernah dengar pasal Alvin Tan. Siap ada artikel kat Wikipidia. Sekarang nie pun dia hidup dalam pelarian di USA. Banyak duit dia sampai boleh duduk senang lenang kat sana.

Alvin Tan

Gambar ehsan Google.

Lately nie banyak khabar angin mengatakan dia di tembak mati. mmm... khabar angin ke... hehehehe... rasanya macam satu message untuk di sampaikan pada dia jerk... hehehehehe... Yang terbaru, dia jadi helaian AL-Quran sebagai tisu tandas. Kami umat Islam, memang tak dapat menerima penghinaan yang dia buat pada agama Islam. Teman pun tak faham kenapa dia jadi macam tu. Umat Islam tidak pernah sekali pun menghina agama lain. Tak faham teman kenapa dia nie benci sangat dengan Islam. Sakit jiwa agaknya... Harga diri dia sendiri pun dah setaraf haiwan.

Satu lagi kejadian berlaku di Besut yang teman baca dari satu blog yang berkongsi kisah kejadian rompakkan di Besut. Klik disini untuk membacanya. Dah lah memecah dan merompak rumah orang. Lepas tu kencing pulak kat Al-Quran. Sial betul manusia nie. Tunggulah pembalasan untuk kamu nanti.

"Ya Allah... Berikanlah pertolongan untuk Islam dan kaum muslimin... Hinakanlah orang-orang yang menghina agama-Mu.. Dan selamatkanlah orang-orang yang berjuang untuk agama-Mu..."

Maaf la kawan-kawan. Emosi sket bila Islam di persenda dan di permain-mainkan. Apa pun, umat Islam seluruh dunia perlu bersatu. Perpecahan itu hanya melemahkan kita.

Monday, November 16, 2015

Wordless : Pawagam Cinepleks REX atau Panggung REX

Suatu ketika dahulu... Bila kali terakhir kome pergi menonton wayang disini?


Thursday, November 12, 2015

Petua : Untuk mencegah keguguran rambut.

Rambut gugur. Tidak mustahil, jika tidak di atasi dengan segera lama kelamaan kepala akan botak. Tiada lagi anak-anak rambut tumbuh di kepala anda. Adalah lebih baik mencegahnya dari awal sebelum menjadi lebih teruk lagi. Dalam entry nie, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mencegah keguguran rambut.

Rambut gugur

Gambah ehsan Google.

Petuanya macam nie. Bahan utama yang di perlukan ialah halia. Ambil halia, kemudian kisar sehingga halus. Kemudian perah untuk mendapat sebanyak satu sudu makan. Satu sudu makan air halia ini, kemudiannya di campur dengan satu sudu minyak zaiton. Pastikan campuran ini di kacau sehingga sebati.

Halia

Minyak Zaiton

Gambah ehsan Google.

Bila campuran air halia dan minyak zaiton ini sudah sebati, boleh lah di sapukan pada kulit kepala. Lakukan urutan lembut pada kulit kepala yang bermasalah keguguran rambut itu. Kemudian, biarkan selama 30 minit. Akan dirasai kepanasan pada kepala kerana darah mula mengalir pada kawasan itu dan ini menggalakkan pertumbuhan rambut. Selepas itu, basuh rambut dan syampu seperti biasa.

Petua : Untuk mengawal kolesterol

Macam mana nak kawal kadar kolesterol di dalam badan? Bila bercerita berkenaan kolesterol nie, kadang-kadang pening juga. Bukan apa, kalau nak di ikutkan banyak benda yang sedap-sedap tak boleh di makan. Sebab itu, ramai yang tak peduli sangat bab kadar kolesterol nie.

Cholesterol

Gambar ehsan Google.

Bila kadar kolesterol sudah melebihi dari kadar yang sepatutunya, mula lah dapat macam-macam penyakit. Semuanya berpunca dari kolesterol. Dalam entry petua hari ini, teman nak kongsikan satu petua untuk mengawal kolesterol.


Gambar ehsan Google.


Petuanya mudah saja. Amalkan pengambilan air kelapa muda setiap hari. Air kelapa muda berkhasiat dalam mengurangkan kadar lemak di dalam badan. Rajin-rajin lah bersenam sekurang-kurangnya dua jam seminggu. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Selamat mencuba.

Klik disini untuk membaca petua mengurangkan kolesterol.

Wednesday, November 11, 2015

Unik : Restoran Lepak-lepak, Kota Bharu, Kelantan

Restoran Lepak-lepak. Lama juga teman tak update segment unik. Minggu lepas, teman berkesempatan menghabis masa di hujung minggu di bandar Kota Bharu. Sambil drive ke Pengkalan Chepa tu, teman cuci mata sambil melihat sekeliling bandar. Tetiba terpandang satu restoran nie. Agak unik juga nama restoran nie, Restoran Lepak-lepak. Teman tak singgah pun. Tak tau lah apa hidangan yang disediakan untuk pelanggan yang datang melepak di situ. Apa pun, nama restoran nie unik juga.

Restoran Lepak, Kota Bharu

Thursday, November 5, 2015

Petua : Hilangkan noda hitam di wajah

Hilangkan bintik hitam di wajah. Tidak dinafikan, wajah merupakan asset penting bagi kesempurnaan seseorang itu. Tetapi apabila memiliki wajah yang dicemari dengan bintik-bintik hitam memang akan menjejas penampilan. Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah nie.

Kesan noda hitam di wajah

Gambar ehsan Google.

Sengkuang nie memang sedap untuk di makan. Selain banyak khasiat untuk kesihatan, sengkuang juga bermanfaat dalam memelihara kecantikkan wajah. Caranya begini. Dapatkan sebiji sengkuang, kupas dan cuci sehingga bersih. Kemudian, parut sengkuang ini secukupnya.

Sengkuang

Gambar ehsan Google.

Kemudian, sapukan sengkuang yang telah di parutkan itu pada bahagian yang bermasalah dengan urutan lembut. Biarkan sehingga 15 minit hingga ianya mengering. Kemudian, bolehlah di bilas dengan air bersih.

Selamat mencuba.

Tuesday, November 3, 2015

Tak tau guna vacum?

Teman agak, pasti ramai yang ada terima WhatsApp nie. Apa bengong betul orang tu... Atau pun orang nie saja buat-buat berlakon tak tahu guna vacum. Tak kan tak boleh bezakan 3 pin plug yang sepatutnya di sambung kepada punca elektrik dengan pull start cord mesin rumput tu... hahahaha... apa pun, memang terserlah sangat kebengongannya tu. Jom layan.

Bini seorang pesara meminta suaminya membantu beliau dalam menguruskan rumah. Memandangkan suaminya telah lama bersara dan tidak melakukan apa-apa pekerjaan setelah bersara, bini beliau meminta suaminya membantu beliau. Sebagai permulaan, bini beliau meminta suaminya membantu vacum ruang tamu.. Setelah menunjukkan vacum bini beliau kedapur untuk memasak.. 30 minit kemudian suaminya masuk kedapur dan minum air.. isteri tanya dah vacum ke? Senyap je? Tak dengar pun bunyi vacum.. Suami jawap.. Dah rosak kot.. Takmo idup.. Jap laie anta kedai repair.. Isteri pelik sebab vacum tu baru je semalam dia guna elok.. (Lihat video)

video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...