Thursday, June 25, 2015

Petua : Untuk mengatasi masalah kembung perut

Orang dewasa juga ada yang mengalami masalah kembung perut. Masalah kembung perut akan menjejaskan aktiviti seharian kita. Sebelum ini, teman ada kongsikan petua kembung perut yang dihidapi oleh bayi. Klik disini untuk membaca petua tersebut.


Gambar ehsan Google.


Ok, caranya mudah saja. Mula-mula dapatkan sebuku halia sederhana besar. Halia ini kemudiannya dibersihkan dan potong kasar. Setelah tumbuk potongan halia tersebut tetapi tidak sehingga lumat.

Gambar ehsan Google.

Kemudian, masukkan halia tersebut kedalam gelas dan tuangankan air panas mendidih anggaran setengah gelas. Kemudian, tutup permukaan gelas itu dengan piring dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, tapis dan bahagikan air tersebut kepada dua bahagian. Sebahagiannya di minum terus dan sebahagian lagi di simpan didalam peti sejuk. Sekiranya perut masih lagi terasa kembung, ulang meminumnya sehingga perut terasa lega.

Selamat mencuba,

Petua : Untuk gigi putih bersih

Petua untuk penjagaan gigi supaya putih dan bersih. Senyuman akan lebih menarik dengan gigi putih tersusun rapi. Sebelum ini, teman ada berkongsi beberapa petua berkenaan penjagaan gigi. Klik link di bawah jika hendak membacanya.

Gigi putih bersih

Gambar ehsan Google.


  1. Petua untuk memutih dan menguatkan gigi dengan mengunakan halia
  2. Memutihkan gigi dengan soda bikarbonat dan lemon


Dalam entry hari ini, teman hendak berkongsi satu petua berkenaan penjagaan supaya putih dan bersih. Petua ini adalah amalan orang tua-tua dahulu. Caranya macam nie.

Hirisan pinang

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, dapatkan sebiji pinang, kemudian bakar sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk halus. Serbuk ini kemudiannya boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara untuk memastikan ia sentiasa kering.

Macam mana nak gunanya. Senang jer. Ambil sedikit serbuk pinang hangus nie. Kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Selepas itu, gosokkan pada gigi dengan mengunakan jari. Kalau hendak mengunakan berus gigi pun boleh jer. Lakukan ini setiap hari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba.

Tuesday, June 23, 2015

CPUV-CPUV Nuffnang yang berlalu pergi

June 2015 nie, teman agak sibuk juga. Beberapa CPUV Nuffnang berlalu ke status credit tanpa sempat untuk di buat entry khas untuknya. Apa pun, entry nie teman buat khas sebagai penghargaan kepada Nuffnang yang tidak putus-putus memberi CPUV kepada blog teman yang tidak seberapa nie. 

Ok, teman mulakan dengan CPUV - Cool Tea Product Awareness. Nie adalah CPUV ke dua untuk bulan June, 2015 dan CPUV yang ke 29 untuk tahun 2015 nie. Untuk CPUV - Cool Tea Product Awareness, blog teman diberikan 3 CPUV berganda.

Cool Tea Product Awareness


CPUV ke tiga pula adalah berkenaan e-Curve Doraemon. Teman tak pasti sangat CPUV nie berkenaan apa. Kalau dah namanya Doraemon nie dah tentu lah kartun tu kan. Ini adalah CPUV ke 30 untuk tahun 2015, dan blog teman di beri 2 CPUV untuk kempen e-Curve Doraemon nie.

e-Curve Doraemon

CPUV ke empat pula adalah berkenaan kempen Dumex Dugro. Blog teman telah diberikan dua CPUV sekali gus. CPUV ini menjadikan 31 CPUV untuk tahun 2015 nie.

Dumex Dugro

CPUV berikutnya adalah kempen Shell Helix 'Love My Engine'. Ini adalah CPUV ke lima untuk bulan June dan sekali gus menjadikan CPUV ke 32 untuk tahun 2015.

Shell Helix 'Love My Engine'



CPUV ke enam adalah CPUV Gemfive Starter pack menjadikan CPUV yang ke 33 untuk tahun 2015.

Gemfive Starter pack


CPUV terakhir yang berlalu pergi tanpa sebarang entry khas untuknya adalah CPUV untuk Tesco - Lebih Jimat. Ini adalah CPUV ke tujuh untuk bulan June dan menjadikan CPUV yang ke 34 untuk tahun 2015.

TESCO - Lebih Jimat


Apa pun terima kasih kepada Nuffnang yang masih lagi memberikan sokongan moral dengan pemberian CPUV kepada blog teman yang tidak seberapa nie. Kalau sempat dan ada kelapangan nanti, teman buat entry untuk CPUV terbaru dari Nuffnang.

Monday, June 22, 2015

Honeydew Milk Shake

Jus buah-buahan sebagai pembasah tekak semasa berbuka puasa. Cuti-cuti di hujung minggu nie, teman merajinkan diri untuk ke dapur menolong dinda menyediakan juadah berbuka puasa. Tiba-tiba adinda bersuara nak minum honeydew milk shake. Kebetulan di rumah ada honeydew. Teman periksa peti sejuk, cari bahan yang sesuai. Tak ada pulak susu segar. Yang ada ais cream vanilla. Belasah saja la...

Honeydew Milk Shake

Ok inilah juadah pembasah tekak semasa berbuka puasa hari sabtu lepas. Teman kongsikan resepinya kat bawah nie.

Bahan-bahannya :-

Honeydew

Whipped Cream
  1. Sebiji buah tembikai susu / honeydew (di potong kecil-kecil)
  2. Ais cream berperisa vanilla
  3. Madu lebah
  4. Whipped cream (hiasan)

Ais Cream Vanilla Wall's

Cara membuatnya :-

Buah tembikai susu yang telah di potong kecil-kecil itu hendaklah di kisar halus. Kemudian campur bersama sedikit madu lebah (1-2 sudu makan) dan ais cream vanila (3-4 scope). Lepas tu, kisar sehingga halus.


Untuk special version, hidangkan bersama 1-2 scope air cream vanilla bersama topping whipped cream. perggg... memang best la... Boleh juga gunakan hirisan kecil buah honeydew sebagai hiasan.

Next time nak buat Coconut Milkshake pulak...

Wednesday, June 17, 2015

CPUV : Perfecto Popcorn - Launch

Perfecto Popcorn - Launch. Ini adalah CPUV yang ke lapan untuk bulan June dan menjadikan CPUV yang ke 35 untuk sepanjang tahun 2015 nie. Untuk kempen Perfecto Popcorn - Launch ini, blog teman telah diberikan 3 CPUV sekali gus. Perfecto Popcorn nie macam best je. Sebelum nie, teman ada la juga beli popcorn hazelnut di KLCC. Memang best. Lepas nie boleh layan Perfecto Popcorn pulak.


Perfecto Popcorn

Meh layan iklan komersial Perfecto Popcorn nie... mungkin kome boleh lebih merasai keterujaan bila makan Perfecto Popcorn nie.


Apa pun, terima kasih pada Nuffnang untuk tiga CPUV nie. Harap, lepas nie dapat banyak lagi CPUV untuk bjlan June.

CPUV : RHB Lifestyle App

RHB Lifestyle App. Alhamdulillah... murah rezeki di bulan Jun ini bila dapat lagi CPUV berkenaan RHB Lifestyle App nie. CPUV terbaru ini adalah CPUV yang ke sembilan untuk bulan June 2015 dan menjadikan CPUV yang ke 36 untuk sepanjang tahun 2015 nie. Tapi itu lah, kadang-kadang tu sibuk dengan urusan kerja seharian. Tak sempat nak buat entry khas untuk CPUV tu.

RHB Lifestyle Privileges App

Ok, berbalik kepada CPUV terbaru ini, blog teman diberikan 3 CPUV sekali gus menjadikan 6 CPUV sedang berstatus ongoing di akaun Nuffnang. Ini adalah kempen untuk mempromosikan kemudahan terbaru yang di lancarkan oleh RHB. Kemudahan ini merupakan applikasi telefon pintar yang boleh di muat turun oleh penguna Android and IOS (iPhone). Klik disini untuk laman rasmi RHB Bank untuk promosi RHB Lifestyle Privileges App.

RHB Lifestyle App

Melalui applikasi RHB Lifestyle Privileges App, pelanggan akan dapat mengaccess akaun, mendapat maklumat berkenaan lokasi cawangan RHB Bank atau mesin ATM pada bila-bila masa sahaja. Bukan itu sahaja, sebagai pelanggan RHB dan penguna RHB Lifestyle Previleges App, anda akan berpeluang untuk mendapatkan kupon untuk membeli belah atau makan dan minum.

RHB Lifestyle App

RHB Lifestyle App

RHB Lifestyle App

RHB Lifestyle App


Tunggu apa lagi. Download lah applikasi ini di Google Play atau di Apple Store. Terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV nie.

Saturday, June 13, 2015

Kuliah : Janganlah kita mengeluh


Gambar ehsan Google.

Ketika kita mengeluh: “eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:

(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)



Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :

(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) 

“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)


Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :

( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) 

“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)




Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :

(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) 
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)



Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yangg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:

(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)



Ketika kita mengeluh : “ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:

( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) 
“Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)


Jangan banyak mengeluh. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dengan taqwa... Moga-moga kita menjadi insan yang bertakwa. Pentingnya Bersahabat

Diriwayatkan, bahawa :
"Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia...."

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..

Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."


Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"

(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").


Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT_SAHABAT KU......

Mudah2an dengan ini, marilah kita saling mengingati Tentang Allah Agar kita dapat bersama -sama kelak di Syurga dgn Redha-Nya..

آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ 


Ya Allah....

Kami Berdoa Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kami sahabat2 yang selalu mengajak kami untuk tunduk patuh dan taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...Ameen..

Thursday, June 11, 2015

Petua : Untuk menghaluskan kulit wajah

Petua untuk menghaluskan kulit wajah. Bahagian muka atau wajah adalah merupakan aset terpenting pada setiap orang. Sebab itu, wajah akan dijaga dengan rapi. Wajah berseri akan memberi keyakinan kepada tuan empunya diri. Jika wajah kusam dan tidak bermaya, pasti akan menjejaskan penampilan seseorang itu. Sebelum ini, teman ada berkongsi satu petua untuk menghaluskan kulit wajah dengan mengunakan tepung ubi dan asam jawa. Klik disini untuk membacanya.


Gambar ehsan Google.


Dalam entry kali, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk menghaluskan kulit wajah. Petua ini hanyalah mengunakan buah tomato segar. Tomato ini hendaklah di kisar sehingga halus. Kemudian lumurkan pada bahagian muka dan biarkan seketika (setengah jam - 45 minit). Setelah itu, bersihkan dengan air suam. Sebaik-baiknya lakukan petua ini di waktu malam supaya tiada gangguan. Amalkan selalu. Tomato ini juga akan memberi kebaikan untuk membersihkan kulit.

Petua : Untuk menghilangkan sakit tekak

Hilangkan sakit tekak. Sakit tekak pasti akan mengganggu aktiviti seharian kita. Sebelum ini, teman pernah kongsikan beberapa petua untuk merawat sakit tekak dan batuk. Kome boleh klik link di bawah untuk membacanya.



Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk merawat masalah sakit tekak dengan hanya mengunakan garam.

Garam

Gambar ehsan Google.

Caranya begini, ambil garam sebanyak tiga camca dan masukkan kedalam setengah gelas air sejuk. Kemudian kacau sehingga larut. Setelah itu berkumurlah dengan air garam ini setiap hari sehingga sakit tekak hilang. Berkumurlah dengan air garam ini sebanyak dua kali sehari, pasti tekak terasa lega.

Garam nie banyak kegunaanya tau. Bukan saja dijadikan bahan terpenting di dalam masakan tetapi juga boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Apa pun, selamat mencuba ye.

Thursday, June 4, 2015

Petua : Untuk merawat masalah darah tinggi

Mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Penyakit darah tinggi adalah tergolong dari penyakit tiga serangkai, diabetis (kencing manis), darah tinggi dan penyakit jantung. Apabila sampai masanya nanti, kita akan sangat mementingkan kesihatan diri. Pernah juga teman mendengar asal penyakit adalah dari perut. Maksudnya, asal penyakit adalah dari cara permakanan kita seharian.

Darah tinggi

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry kali ini, teman hendak berkongsi satu petua untuk mengatasi masalah penyakit tekanan darah tinggi.

Caranya sangat mudah dan ianya perlu dijadikan amalan seharian. Bahan yang di perlukan adalah belimbing buluh. Belimbing buluh nie selain dijadikan ramuan dalam masakkan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili padi ikan sembilang, juga sangat berkhasiat untuk kesihatan,

Belimbing Buluh

Gambar ehsan Google.

Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini, anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.

Apa pun, petua ini memerlukan commitment yang tinggi barulah akan menampakkan hasilnya.

Monday, June 1, 2015

CPUV : Glico Pocky

Glico Pocky. Nie adalah CPUV pertama dari Nuffnang untuk bulan June, 2015 nie dan CPUV yang ke 28 untuk sepanjang tahun 2015 nie. Alhamdulillah, blog teman yang tidak seberapa nie masih lagi mendapat tempat untuk iklan-iklan CPUV dari Nuffnang. Untuk iklan Nuffnang yang pertama ini, blog teman di beri 3 CPUV sekali gus menjadikan 6 CPUV sedang berlegar di ruang iklan Nuffnang.


Glico Pocky

Apa sebenarnya Glico Pocky nie. Teman pun nie lah pertama kali mendengar perkataan nie. Sebenarnya Glico Pocky ini merupakan satu snek dan jenama Glico nie telah di asaskan oleh Mr. Ri-ichi Ezaki. Ini adalah produk dari negara Jepun. Kalau kome nak tahu pasal sejarah penjenamaan Glico Pocky, sila lah jangan malu jangan segan untuk klik disini. Kalau ikutkan sejarah permulaannya, Glico nie telah bermula sejak tahun 1919 lagi. Lama betul produk Glico nie telah berada di pasaran.

Glico Pocky - CPUV Nuffnang

Glico Pocky telah pun memasuki pasaran Malaysia sejak 2014 dan kini giat dalam mempromosikan produk ini di seluruh negara bersama Yuna yang merupakan duta untuk product Glico Pocky nie. Jom layan commercial video Glico Pocky bersama Yuna.


Ehsan dari Youtube.

Untuk status halal pula, produk Glico Pocky ini telah pun status halal dari pihak berkuasa Thailand. Cuma untuk pasaran Malaysia, tidak pula kelihatan status halal dari JAKIM. Jadi terpulang lah kepada anda semua. Tepuk dada tanya selera. Mencari yang halal itu adalah kewajipan kita.

Glico Pocky

mmm... Setakat nie, teman belum lagi jumpa Glico Pocky nie kat kedai. So, teman tak beli lagi la... Pada pendapat teman, produk nie perlu mendapat pengesahan JAKIM, barulah penguna boleh membelinya tanpa was-was. Tak gitu...

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV nie. Harap, dapat lebih lagi CPUV untuk bulan June nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...