Thursday, May 28, 2015

CPUV : Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush

Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush. Alhamdulillah, dapat lagi CPUV dari Nuffnang. Ini adalah CPUV ke 6 untuk bulan May dan CPUV yang ke 27 untuk sepanjang tahun 2015 nie. Untuk CPUV yang terbaru nie, Nuffnang berikan CPUV berganda sekali gus menjadikan 12 CPUV berstatus On Going di akaun Nuffnang.

Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush


Ini adalah produk terbaru Colgate dari series Colgate 360 toothbrush. Ada peraduan juga sempena pelancaran produk terbaru nie. Klik kat sini kalau kome hendak menyertainya dan jawab 3 soalan mudah. Kome mungkin berpeluang untuk memenangi antara hadiah utamanya yang berupa ketulan emas. Apa pun kenalah beli dulu Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush nie dulu dan simpan resit sebagai bukti pembelian.


Kebetulan teman pun bercadang untuk membeli berus gigi baru... masa on the way balik ke rumah, teman singgah sekejap di Gurdian... beli Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush.


Colgate 360 Charcoal Gold Toothbrush

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV nie. Mungkin ini adalah CPUV terakhir untuk bulan May. Untuk bulan June nanti, harap dapat banyak lagi CPUV.

Petua : Untuk menghaluskan kulit muka

Cara untuk menghaluskan kulit muka. Wajah adalah antara aset terpenting bagi setiap orang. Wajah yang kemas dan berseri menyerlahkan lagi penampilan seseorang itu. Dalam entry petua hari ini, teman hendak berkongsi petua penjagaan kulit dan menghaluskan kulit wajah. Mudah je nak amalkan petua nie. Bahan-bahannya mudah didapati di dapur.


Gambar ehsan Google.

Nie lah bahan-bahan yang diperlukan,

  1. Asam jawa
  2. Tepung ubi kayu

Caranya macam nie. Mula-mula bancuhkan sedikit asam dan sesudu tepung ubi kayu bersama air. Kacau sehingga menjadi larutan pekat. Kemudian, pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Jadikan petua ini amalan. Selamat mencuba ye.

Tuesday, May 26, 2015

CPUV : Maxis OnePlus One

Maxis OnePlus One. Alhamdulillah, dapat lagi CPUV dari Nuffnang untuk bulan nie. Ini adalah CPUV yang ke lima untuk bulan May menjadikan CPUV yang 26 untuk sepanjang 2015 nie. Kali ini, blog teman yang tak seberapa ini diberikan 3 CPUV berganda menjadikan 9 CPUV berstatus On Going di akaun Nuffnang.

Maxis OnePlus One


CPUV Maxis OnePlus One nie adalah kempen terbaru dari Maxis. OnePlus One ini adalah jenama smart phone terbaru yang telah memasuki pasaran Malaysia sejak April lalu. Menurut portal Lowyat, Maxis telah diberi hak exclusive untuk memasarkan produk terbaru OnePlus One tersebut di Malaysia.

OnePlus One Smart Phone

Mengikut harga pasaran di Malaysia OnePlus One smart phone ini ditetapkan pada RM1,199. Tetapi, menerusi pakej Maxis OnePlus One, penguna hanya perlu membayar RM599 dan RM128 setiap bulan dengan kontrak perjanjian selama 2 tahun. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari portal Maxis disini.

Maxis OnePlus One package

Kalau kome nak tahu spesifikasi OnePlus One phone, boleh klik disini untuk ke portal GSMArena. OnePlus One phone ini mengunakan platform Android OS, v4.4.2 (KitKat), upgradable to v4.4.4 (KitKat) jangka hayat bateri yang mengkagumkan. Pasti ramai yang teruja untuk memilikinya.

Battery Life Benchmarks

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV ini. Teman harap, ini bukanlah CPUV terakhir untuk bulan May. Harap-harap, ada lagi la CPUV sebelum beralih ke bulan Jun nanti.

Sunday, May 24, 2015

Kuliah : Doa untuk beristeri dua

Saja je teman kongsikan doa nie pada mereka yang berniat untuk beristeri lebih dari satu.


Saturday, May 23, 2015

CPUV : McDonald's Family [PC]

McDonald's Family [PC]. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih ada lagi tempat untuk iklan-iklan CPUV dari Nuffnang. Ini adalah CPUV yang ke empat untuk bulan May dan merupakan CPUV ke 25 untuk jumlah terkini CPUV bagi tahun 2015 nie. Untuk CPUV Nuffnang yang keempat ini, blog teman diberi 3 CPUV sekali gus menjadikan 6 CPUV berstatus On Going. Beberapa CPUV telah pun di credit ke dalam akaun untuk CASH out.

McDonald's Breakfast

Gambar ehsan Google.

Teman tak pasti sangat CPUV McDonald's Family [PC] nie berkenaan produk McDonald's yang mana satu. Actually, sekarang nie ada on going McDonald's contest... "Rasa Macam Nak..." untuk maklumat lanjut, kome boleh klik kat sini yer...

McDonald's Family [PC]

Apa pun, pada Nuffnang terima kasih atas 3 CPUV nie. Harap lepas lagi la CPUV dari Nuffnang untuk bulan May nie.

Kuliah : Tanda-tanda hati yang mati

Di Antara Tanda-Tanda Hati yang Mati....Cuba cek pd diri kita ada tak....kalau ada berusahalah singkirkannya dr diri kita mulai sekarang...

Hati hitam

Gambar ehsan FB iluvislam.com


1.“Tarkush sholah

(ترك الصلاة)
Berani meninggalkan solat fardhu.


2. “Adzdzanbu bil farhi”

(الذنب بالفرح)
Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (Surah al A’raf)


3. “Karhul Qur’an”

(كره القرءان)
Tidak mahu membaca Al-Qur’an.


4. “Hubbul ma’asyi”

(حب المعاصي)
Terus menerus melakukan maksiat.


5. “Asikhru”

(أسخر)
Sibukan dengan mengumpat dan buruk sangka, serta merasa dirinya selalu lebih suci.


6. “Ghodbul ulama”

(غضب العلماء)
Sangat benci dengan nasihat baik daripada ulama.


7. “Qolbul hajari”

(قلب الحجر)
Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kubur dan akhirat.


8. “Himmatuhul bathni”

(همة البطن)
Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya.


10. “Anaaniyyun”

(أنانيون)
Tidak ambil tahu atau tidak peduli, atau merasa bodoh keadaan orang lain, bahkan pada keluarganya sendiri sekalipun menderita.


11. “Al intiqoom “

(الإنتقام)
Pendendam hebat.


12. “Albukhlu”

(البخل)
Sangat kedekut.


13. “Ghodhbaanun”

(غضبان)
Cepat marah kerana keangkuhan dan dengki.


14. “Asysyirku”

(الشرك)
Syirik dan percaya kepada dukun (perbomohan) dan amalannya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Friday, May 22, 2015

Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buluh

Tempat makan best di Sungai Buluh. Warung Kita. Mmanggey Vs Vanggey. Entah macam mana tiba-tiba adinda hantar Whatsapp ajak lunch kat Warung Kita. Bila pulak teman bukak warung. mmm... itulah yang mula-mula terlintas di fikiran bila baca Whatsapp tu. Message dinda seterusnya "cuba search Warung Kita". Ooo... Teman pun search la kat Pak Cik Google tu. Untuk mereka yang bercadang untuk ke Warung Kita, teman kongsikan alamat dan koordinate nya di bawah nie.

Warung Kita - Nasi Manggey @ Nasi Kak Wook
Jalan Kusta
Kampung Melayu Batu 13
47000 Sungai Buloh
Selangor

Koordinate : 3.224835, 101.568822

Di buka setiap hari 7:00 pagi – 7:00 malam

Warung Kita

Gambar ehsan FB Warung Kita

Dari Saujana Utama Sungai Buluh ke Warung kita, tak la jauh sangat. Dalam 1/2 jam - 45 minit dah sampai. Tak susah pun nak cari tempat nie. Masuk je koordinate yang teman kongsikan tu dan jalan. Dalam pukul 11.15 pagi gitu, teman dah pun sampai kat Warung Kita. Waktu tu, tak lah ramai sangat pelanggannya. Konsep Warung Kita nie adalah layan diri. Order dan bayar. So, adinda pegi order untuk makan tengahari dan teman order minuman. Waktu tu nie, tak ramai sangat pelanggannya. Meja banyak lagi yang kosong. Kalau lambat, memang penuh la jawabnya. Kena beratur panjang jugak nanti. Lagi teruk kalau beratur sampai kat luar kedai tu.

Sambil dok berbaris tu, sempat lagi teman ambik gambar keadaan dalam Warung Kita nie...


Warung Kita

Warung Kita

Ok, apa yang special sangat sini sampai ramai pelanggannya... Menunya ada di bawah nie...


Warung Kita

Cer tengok gambar yang teman kongsikan kat atas nie... Itu la menu yang ada kat sini. Kalau datang waktu lunch hour biasanya ada Nasi Mmanggey jer. Kali nie, teman order Nasi Mmanggey, Coconut Shake ngan Air Nyor Baldi.

Nasi Mmanggey nie di bungkus dengan kertas beralas daun pisang. Sama macam nasi kukus, nasi dan lauknya di bungkus panas-panas. Di makan juga masa masih panas...




mmm... sodap... tak cukup sebungkus la... Tapi kalau nak dibungkus dan di bawa balik makan... teman agak, rasanya tak sama macam makan semasa panas-panas di kedai. Nie pula air Juara Coconut Shake sebagai pembasah tekak dan air Nyor Baldi...


Warung Kita



Masa sekolah dulu, kawan-kawan buat kenduri meggi dalam baldi... nie minum air kelapa dalam baldi pulak... hehehehehe... nak ketawa pun ada bila dok bayangkan depa dok minum air kelapa nie dalam baldi... hehehehe...

Apa pun, sapa yang gemarkan kelainan... boleh la datang berkunjung ke Warung Kita... Highly recommended...

Thursday, May 21, 2015

Petua : Untuk meluruskan rambut kerinting tanpa rebonding.

Macam mana hendak meluruskan rambut yang kerinting tanpa perlu rebonding? Dalam entry sebelum nie, teman ada kongsikan satu petua untuk meluruskan rambut. Klik disini untuk membaca entry tu. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk meluruskan rambut secara semula jadi.

Rambut kerinting

Gambar ehsan Google.

Mudah saja caranya. Mula-mula dapatkan pati santan dari sebiji kelapa dan 3-4 biji limau nipis. Kemudian, campurkan santan pekat ini bersama air perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk sehingga di bahagian lapisan atasnya muncul satu lapisan menyerupai krim.

Pati santan kelapa

Gambar ehsan Google.


Gambar ehsan Google.

Gunakan lapisan krim tersebut untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Kemudian tutup kepala dengan tuala. Selepas satu jam, boleh lah di bilas dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu. Hasilnya nanti rambut yang kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Sunday, May 17, 2015

Kuliah : Lapangkan hidup

Sekadar perkongsian. Solat, seumpama hubungan kita dengan Allah. Jika kita jaga solat, insyallah segala-galanya akan dipermudahkan. Hidup didunia adalah ujian dan dugaan di Allah. Akhirat jua yang akan kekal buat selama-lamanya.

Solat

Saturday, May 16, 2015

Kuliah : Siapakah orang pertama dalam Islam

Siapakah orang pertama dalam Isalam? Kalau orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell. Boleh dikatakan kebayakkan orang boleh menjawabnya dengan mudah. Kalau anak-anak bertanya kepada ibubapa orang pertama yang menulis bismillah ??????? Haa ...termenung kita nak jawabnya!.. Simpan nota ini.


30 ORANG YANG  PERTAMA DALAM ISLAM

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Thursday, May 14, 2015

Petua : Untuk menurunkan tekanan darah tinggi

Dalam entry kali ini, teman nak kongsikan satu petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Petua nie teman ambil dari sebuah majalah yang teman baca semasa service kereta hari tu. Petua nie agak mudah juga untuk di amalkan. Ok, caranya macam nie.


Petua menurunkan tekanan darah tinggi

Gambar ehsan Google.

Ambil sedikit taugeh, kemudian rebus dengan air sehingga mendidih. Jumlah air bergantung pada banyaknya taugeh. Kalau taugehnya sedikit, memadailah dengan satu gelas air untuk di rebus. Taugeh ini hendaklah direbus sehingga mendidih. Kemudian angkat dan biarkan air rebusan ini sejuk atau suam sehingga boleh di minum. Minumlah air taugeh ini sehingga habis. Amalkan selama seminggu. Insya-Allah, hasilnya pasti memuaskan.

Petua : Mencegah rambut gugur

Macam mana nak mencegah rambut supaya tidak gugur. Maksud teman disini ialah rambut gugur yang tidak normal. Sebelum ini, teman ada kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Nak tahu macam mana petuanya, kome klik je petua tu di bawah nie.



Rambut gugur

Gambar ehsan Google.

Petua yang teman nak kongsikan hari ini hanya mengunakan daun jambu sebagai bahan utama. Tak susah nak buat petua nie. Ambil daun jambu muda sebanyak 10 - 15 helai. Kemudian kisar sehingga hancur bersama secawan air untuk mendapatkan jusnya. Setelah itu tapis dan buangkan hampasnya. Basahkan rambut anda dengan jus air jambu ini sehingga rata. Amalkan petua ini sebagai pencuci rambut.

Selamat mencuba.

Tuesday, May 12, 2015

CPUV : Panadol - Superhero Parents

Panadol - Superhero Parents. Ini dalah CPUV ke tiga untuk bulan May, 2015 dan CPUV ke 24 untuk 2015 nie. Syukur alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat untuk menyiarkan iklan-iklan Nuffnang tu.

Panadol Superhero Parents

CPUV kali ini adalah berkenaan Panadol - Superhero Parents. Dengan tag line "Hidup Jauh Lebih Bermakna" iklan Panadol kembali bersiaran di kaca TV. Untuk menjadi ibubapa yang hebat, ibubapa mestilah menjaga kesihatan mereka dan Panadol ada menyelesaianya.

Nie adalah iklan Panadol Actifast 'Superhero' Malaysia TVC. Klik la video dari YouTube nie kalau kome nak tengok iklan TV tu. Untuk maklumat lanjut berkenaan product Panadol, kome boleh klik portal rasmi Panadol disini.



Untuk CPUV Panadol Superhero Parents nie, blog teman diberi 3 CPUV sekali gus menjadikan 6 CPUV yang masih berstatus Ongoing. Tak pastilah berapa lama CPUV Panadol nie akan bertahan. Setakat nie, tak nampak lagi iklan Panadol nie di blog teman. Kalau kome sudi, klik la iklan tu nanti kome akan dapat banyak info berkenaan kempen "Panadol - Superhero Parents" nie

Panadol Superhero Parents

Apa pun, terima kasih Nuffnang atas kesudian memberikan CPUV kepada blog teman yang tak seberapa hebat nie.

Friday, May 8, 2015

CPUV : TomorrowLand

TomorrowLand. Ini adalah CPUV ke dua untuk bulan May 2015 dan merupakan CPUV yang ke 23 untuk tahun 2015. Syukran, alhamdulillah blog teman masih lagi diberi kepercayaan untuk memaparkan iklan-iklan Nuffnang. Untuk CPUV ke dua ini, pihak Nuffnang telah memberikan 3 CPUV sekaligus menjadikan 9 CPUV sedang rancak berlegar di ruang iklan Nuffnang.

TomorrowLand

Actually, TomorrowLand nie adalah sebuah filem terbitan Walt Disney Pictures yang bergenre sains fiksyen. Teman ada menonton iklan filem nie semasa pergi menonton filem Avengers Age of Ultron hari tu. Macam best jer filem nie. Mmm... ada ke sesiapa yang sudi nak belanja teman tengok wayang nie? Pelakon utama filem nie ialah George Clooney. Untuk peminat George Clooney mesti tidak akan ketinggalan menonton filem nie. Kali terakhir teman menonton filem lakonan George Clooney di panggung masa filem Gravity.

TomorrowLand - Movie

Kalau ada masa nanti, teman cadang pegi menonton filem TomorrowLand nie dengan family. Apa pun, terima kasih pada Nuffnang untuk tiga CPUV nie. Harap dapat banyak lagi CPUV untuk bulan May nie.

CPUV : Zurich Insurance 3 Point

Zurich Insurance. Ini adalah CPUV yang pertama untuk bulan May 2015 dan CPUV ke 22 untuk tahun 2015. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat untuk iklan-iklan Nuffnang. Untuk iklan kali ini, Nuffnang memberikan 3 CPUV sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang sedang berstatus ONGOING berjumlah 6 CPUV.


Sebelum ini, blog teman nie berikan CPUV 6 untuk bulan April dan yang ke 21 untuk 2015. CPUV itu adalah berkenaan DIGI Post Paid campaign. Disebabkan agak sibuk, teman tak sempat nak buat entry pasal CPUV tu. Tak apakan. Perkara yang lepas tak perlu di kenangkan.


Berbalik kepada CPUV pertama untuk bulan May ini. Kurang sangat maklumat tentang kempen Zurich Insurance 3 point nie. Apa pun untuk maklumat lanjut, kome boleh layari ke web site Zurich Insurance Malaysia atau like laman Facebook Zurich Insurance. Kalau nampak iklan Zurich Insurance tu, klik la yer kat ruangan iklan tu. Disana nanti, kome akan dapat maklumat lanjut berkenaan kempen Zurish Insurance 3 point nie.

Apa pun terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV nie. Harap dapat banyak lagi CPUV untuk bulan May nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...