Saturday, February 28, 2015

Kuliah : Ayat penggerak

Ayat penggerak adalah zikir yang boleh diamalkan untuk memberi petunjuk dan petanda kepada seseorang yang sedang membuat keputusan penting dalam hidup, contohnya dalam perjalanan, urus niaga perniagaan, mencari jodoh, menaiki kapal terbang dan sebagainya.


Biasanya kita mengetahuinya sebagai alamat atau firasat sendiri tentang sesuatu perkara. Mungkin anda pernah mendengar orang kata 'Macam tak sedap hati la', kan?

Ayat yang dimaksudkan adalah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْ ءٌ فِى الْاَرْضِ وَلَا فِى السَّمَا ءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ

Maksudnya: "Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat dengan nama-Nya sesuatu di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Ayat Penggerak


Cara-cara untuk beramal dengan ayat penggerak ini:

1. Sebelum memulakan perjalanan samada perjalanan dekat atau jauh, baca ayat ini terlebih dahulu sebanyak 7 kali.

2. Jika anda membaca tersekat-sekat atau tidak lancar walaupun anda telah menghafalnya dan memahaminya, atau terdapat gangguan ketika membacanya seperti deringan telefon bimbit, anda berehat terlebih dahulu. Selepas reda, ulang semula bacaan ayat tersebut sebanyak 7 kali. Jika kali ini bacaan anda lancar, maka anda boleh meneruskan perjalanan atau membuat perkara lain. Insya-Allah

Friday, February 27, 2015

CPUV : South Australia Tourism Board

South Australia Tourism Board. Nie adalah CPUV ke 7 untuk tahun 2015 dan CPUV ke 2 untuk bulan February nie. Blog teman diberi 3 CPUV South Australia Tourism Board menjadikan 6 CPUV sedang rancak menabung untuk bulan February nie.

South Australia Tourism Board

Actually, CPUV kali ini lebih untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Australia Selatan. Honestly, teman tak pernah lagi menjejakkan kaki di bumi kanggaroo nie. Tentu seronok kalau berpeluang ke sini. Klik disini untuk ke portal pelancongan South Australia.

South Australia Tourism Board

Hanya di Australia sahaja ada beruang koala dan kanggaroo. Makanan halal juga mudah didapati di sana. Untuk pengetahuan, untuk negara yang penduduknya majoriti bukan Islam, hanya negara Australia sahaja yang memperjuangkan makan halal di negara mereka. Tapi ada juga pihak yang menentang. Kome kalau rajin nak mengambil tahu, boleh lah klik kat FB Boycot Halal in Australia.

Boycott Halal in Australia

Bila di fikirkan balik, tindakkan mereka nie kelihatan bodoh. Mereka memboikot perniagaan rakyat mereka sendiri. Pada hal certificate halal tu tidak di wajipkan tetapi di galakkan. Bukankah ini akan meningkat perniagaan mereka dengan bertambahnya pelancong Islam ke negara mereka. Ok lah, tak apa. Forget about it. Hanya segelintir dari mereka sahaja yang berfikiran macam nie. We never care about your boycott. We not loss anything due to your boycott.

Apa pun, negara Australia nie sangat owsome untuk di kunjungi. mmm... kena kumpul duit kalau nak ke Australia nie. Boleh tengok dolphine, kanggaroo dan beruang kaola.

Terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV yang owsome nie.

Homestay review : Homestay AST, Langkap, Perak

Homestay di Langkap, Perak. Nie first time teman buat review untuk homestay dan first time juga untuk booking dan stay di homestay. Actually, nie adalah bersempena perkahwinan sepupu teman di Degong hari Sabtu lepas. Nak stay kat rumah makcik, macam terlampau la sesak dengan anak beranak dan saudara mara. So, teman decide la untuk mencari homestay kat area berdekatan.

Menerusi carian Google, teman dapat Homestay AST nie. Lokasinya pun bagus, betul-betul di pekan Langkap dan tak jauh pulak dengan kampung Degong. So, teman terus negotiate harga dan dapat lah best ratenya untuk semalaman.


Gambar ehsan portal Cari-Homestay.

Rumah yang di jadikan homestay ini mempunyai 5 bilik. Bilik utama master bed room, di lengkapi dengan air cond, katil bersaiz king, bilik mandi di lengkapi dengan water heater dan almari kecil untuk menyangkut baju. Bilik ke dua pula di lengkapi dengan katil bersaiz queen, kipas dan almari kecil.


Homestay AST - Master bed room

Homestay AST - Second room

Homestay AST - Third and Fourth room

Bilik ke tiga dan ke empat pula dilengkapi dengan katil double decker berserta air cond. Bilik ini mampu memuatkan 3 orang dewasa.

Bilik ke lima di jadikan stor.


Gambar ehsan portal Cari-Homestay.

Hostay ini di lengkapi dengan TV LCD. Tak macam di setengah hotel tu, masih lagi mengunakan TV kotak yang besar tu. Ruang tamu turut di lengkapi dengan sofa, tea table dan air cond. Kipas pun ada juga. Sesuai untuk berehat bersama keluarga sambil menonton TV.

Di ruang dapur pula, ada disediakan peti sejuk dan meja makan. Di bahagian belakang ada di sediakan mesin basuh dan kawasan untuk jemuran pakaian bertutup. Homestay ini juga mempunyai ruang parking yang luas. Anggaran teman, ruang parking tersebut boleh memuatkan 2 buah kereta Avanza yang di parking bersebelahan.

Secara keseluruhannya, homestay ini selesa dan kebersihannya dijaga rapi. Untuk tempahan, boleh la kome hubungi nombor di bawah;

Tuan punya homestay : Ahmad Sabli Tabrani
No handphone            : 019 552 4923

Alamat homestay nie ;

No. 258, Jalan Pelangi 6F
Taman Pelangi Fasa 10
Langkap, Perak

Untuk lebih tepat lagi, koordinate GPSNya teman kongsikan di bawah ;

4.078559, 101.145582


Teman cadangkan kome guna SMS atau Whatsapp untuk hubungi tuan homestay. Sepanjang urusan tempahan, teman pun hanya berkomunikasi menerusi applikasi Whatsapp. Respond Whatsapp nya agak lambat disebabkan tugasan beliau yang tidak membenarkan handphone dibawa ketika bertugas.

Sama macam segment hotel review, teman nak bagi star untuk homestay nie. Ok, nie rating teman untuk homestay nie dari skala 5 bintang.



Tahap Kebersihan                          
Kemudahan / kelengkapan             
Urusan pendaftaran dan check in   
Keseluruhan rating                        

Thursday, February 26, 2015

Petua : Memilih buah tembikai

Macam mana nak memilih buah tembikai yang manis? Makan buah tembikai memang sedap. Lagi best bila makan tembikai ketika cuaca panas. Orang Kelantan pula, panggil buah tembikai nie buah timun. Macam conflict je dengan buah timun yang selalu orang buat ulam tu... hehehehe... apa pun itu lah indahnya masyarakat pelbagai dialek atau loghat nie.


Gambar ehsan Google.

Ok, berbalik pada cara macam mana nak pilih buah tembikai yang manis. Caranya macam nie;
  1. Mula-mula, pilih buah tembikai yang berkulit licin dan seakan berkilat.
  2. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke kekuningan.
  3. Pilih buah tembikai yang berat berbanding saiznya.
  4. Tepuk buah tembikai itu dengan tapak tangan. Jika ia berbunyai seakan kosong, maka ia sudah benar-benar masak dan manis.
  5. Jika buah tembikai itu sudah dibelah, boleh di lihat pada warnanya. Pilih buah tembikai yang merah berseri dan tidak pucat warnanya.
  6. Bijinya pula perang ke hitaman dan keras, bukan putih atau lisut (pipih).
Buat jus tembikai pun sodap.

Selamat mencuba petua nie ye.

Petua : Cara untuk empukkan daging

Macam mana nak empukkan daging? Kadang-kadang tu, daging yang dibeli agak liat walau pun telah lama di masak. Sebelum nie, teman ada kongsikan beberapa petua untuk empukkan daging. Kome boleh klik link di bawah kalau hendak membacanya;




Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan lagi beberapa petua yang boleh di gunakan untuk empukkan daging yang di masak.


Gambar ehsan Google.

1. Dengan mengunakan sudu / garpu
Sudu atau garpu yang di maksudkan disini ialah yang diperbuat dari tembikar tu. Bukan sudu atau garpu biasa tu. Caranya masukkan sudu atau garpu tembikar nie semasa merebus daging tu. Masa zaman budak-budak dulu. teman pernah tengok arwah opah teman mengunakan petua nie masa rebus daging untuk dibuat sup.


Gambar ehsan Google.

2. Tempe
Cara nie, semasa merebus daging tu, masukkan sekali dengan sepotong tempe. Kemudian, masak seperti biasa sehingga daging tersebut empuk.

3. Tepung gandum dan kicap
Petua nie mungkin agak rare sedikit. Caranya ialah dengan menggaulkan daging yang hendak dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam. Kemudian masak seperti biasa.

4. Batang ubi kayu
Semasa memasak daging tersebut, masukkan beberapa keratan batang ubi kayu dan masak sehingga daging itu empuk.

5. Betik muda
Semasa hendak memasak daging tu, masukkan beberapa potong buah betik muda yang telah di buang kulitnya. Masak sehingga daging itu empuk.


Gambar ehsan Google.

6. Buah keras
Semasa memasak daging tu, masukkan sekali buah keras yang telah di tumbuk halus.

Tuesday, February 24, 2015

CPUV : Mi Sedaap Krispi Digital

Mi Sedaap Krispi Digital nie adalah CPUV ke 6 untuk tahun 2015 dari Nuffnang. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat untuk senarai iklan dari Nuffnang. Untuk CPUV ke 6 ini, blog teman di beri 3 CPUV sekali gus menjadikan 3 CPUV yang sedang rancak menabung ketika ini.

Mi Sedaap Krispi Digital


Actually, Mi Sedap Goreng Asli Flavor selalu berada dalam inventory barangan yang teman selalu beli setiap bulan. Kadang-kadang tu, bila bosan dan tak tahu nak makan apa, mee goreng segera nie lah yang selalu menjadi pilihan. Banyak lagi produk dari jenama Mi Sedaap nie. Kome boleh klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut. Ada juga resepi yang di kongsikan kat portal tu. Boleh download juga resepi tu. Klik kat sini kalau kome nak mencubanya.


Gambar ehsan portal Mi Sedaap.

Banyak juga contest yang di anjurkan oleh Mi Sedaap nie. Teman pun baru je tau. Untuk tahun 2015 nie, belum ada contest lagi. Tapi kalau kome follow blog Mi Sedaap, boleh la kome ikuti perkembangan mereka terkini. Sila lah like FB Mi Sedaap disini.

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang atas kesudian mereka memberikan 3 CPUV nie.

Monday, February 23, 2015

Main golf di penjara Sungai Buluh

Pernah tengok orang main golf kat penjara tak. Nie semua gara-gara Anuar Ibrahim. Yang tak bagusnya, ritual ini mengunakan ayat-ayat Al-Quran. Seolah-olah, si perlaku mempermain-mainkan dan mempersenda-sendakan Islam.

video

Video dari Suara TV

Apa pun, teman sangat berharap si perlaku di beri petunjuk dan hidayah dari Allah. Semoga apa yang di perlakunya tidak menjadi ikutan anak-anak muda.

Sunday, February 22, 2015

Kuliah : Doa mengelak bayi cacat

Anak adalah anugerah dari Allah. Semua ibu bapa mahukan anak mereka sempurna dan dikurniakan kesihatan yang baik. Apa-apa pun segala-gala adalah ketentuan illahi dan sebagai umat Islam, kita perlu tabah menghadapi segala ketentuannya.

Amalkan doa ini untuk mengelakkan kecacatan bayi di dalam kandungan:

Doa mengelak bayi cacat

Gambar ehsan FB AnugerahQuran.

Baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah al-Fatihah 1 kali.
2. Baca ayat penggerak 1 kali (ayat pertama di dalam visual).
3. Baca doa rawatan badi 1 kali (ayat kedua di dalam visual).

Kita hanya mampu berusaha. Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Saturday, February 21, 2015

Kuliah : Doa masuk rumah baru

Doa pindah ke rumah baru. Sempena cuti panjang sambutan tahun baru cina nie ada tak sapa-sapa yang bercadang nak pindah ke rumah baru. Dalam entry hari nie, teman kongsikan doa yang boleh di amalkan bila pindah masuk ke rumah baru.

Doa pindah masuk ke rumah baru
Gambar ehsan FB AnugerahQuran.

Apabila mendiami rumah baru, kita digalakkan membaca doa perlindungan dari gangguan makhluk yang kita boleh nampak dan makhluk yang kita tidak boleh nampak.

Wallahu'alam.

Thursday, February 19, 2015

Petua : Mudah dapat ikan semasa memancing

Petua untuk dapat banyak ikan. Hari nie teman kongsikan petua untuk mereka yang suka memancing ikan. Teman tak berapa pasti jika guna petua boleh dapat banyak ikan atau tidak. Entry nie sekadar perkongsian kepada pembaca yang gemar memancing. Mungkin juga kome boleh kongsikan tips untuk mendapat banyak ikan di ruangan komen nanti.


Gambar ehsan Google.


Petuanya nie. Teman pernah dengar orang kata ikan sangat suka aroma bawang putih yang di tautkan pada umpan.


Gambar ehsan Google.

Untuk praktikkan petua nie, apa yang perlu buat, tumbukkan bawang putih ini sehingga lumat. Kemudian, perapkan dengan bahan umpan yang kome gunakan untuk memancing ikan. Dengan cara ini, ikan akan mudah tertarik dengan umpan kome tu.

Selamat mencuba ye!

Wednesday, February 18, 2015

CPUV : Maggi Kari - Curry Festival

Maggi Kari - Curry Festival. Ini adalah CPUV ke 5 dari Nuffnang untuk 2015 dan yang pertama untuk bulan February nie. Alhamdulillah, Nuffnang beri 3 CPUV sekali gus untuk blog teman yang tak seberapa nie.

Maggi Kari


Beberapa CPUV telah di kredit ke dalam akaun dan kini blog teman hanya 3 CPUV sedang rancak bermain di blg teman. Ketiga-tiga CPUV tu adalah dari Maggi Kari - Curry Festival.

Maggi Kari

Gambar ehsan Google.

Bila cerita pasal Maggi nie, teringat pulak masa dulu-dulu time masa duduk kat asrama. Boleh dikatakan ramai kawan-kawan jadi dealer Maggi termasuklah warden. Pasal maggi juga murid-murid kena denda sebab di kawasan asrama tidak dibenarkan mengunakan water heater untuk masak air panas. Kalau warden dapat tau, alamat di rampasnya la water heater tu.

Masa duduk asrama juga lah baru teman dengar kenduri maggi. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, mesti ada yang buat kenduri maggi. Dan yang tidak boleh dilupa, masak maggi dalam baldi. Baldi tu jugalah di gunakan untuk membasuh basuh baju dan ke tandas. Perghh... itu yang bertambah sodap.

Apa pun, terima kasih pada Nuffnang sebab masih sudi memberi CPUV pada blog teman nie. mmm... tak kan satu je CPUV untuk February nie. Bagi lah lebih sket.

Sunday, February 15, 2015

Kuliah : Doa melembutkan hati anak yang degil

Anak nakal atau degil. Untuk mendidik anak-anak, memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Ayah dan ibu juga perlu ada ilmu untuk mendidik dan mengurus anak-anak. Dalam Islam juga turut mengariskan panduan untuk mendidik anak-anak. Disini, teman kongsikan satu doa untuk melembutkan hati anak-anak yang degil ini.

Doa melembutkan hati anak degil

Gambar ehsan FB AnugerahQuran.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Saturday, February 14, 2015

Kuliah : Khas seorang ayah

Entry khas buat insan bergelar AYAH. Teman amat sayang ayah dan ibu teman. Mereka telah banyak berkorban segala-galanya tanpa mengenal erti penat lelah. Mereka tidak meminta apa-apa pun sebagai balasan. Cukup lah anak-anak mereka menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan negara. Apa pun, entry nie khas teman tujukan buat insan bergelar AYAH sebagai peringatan.


Gambar ehsan Google.

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu.

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri.

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. mmm muhasabah buat diri ku juga.

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama.

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama.

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH.

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai AYAH tak pernah hilang dan diperolehi dari datuk dan ayah saudaranya sendiri.

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid.

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan IBUnya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak.

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yang peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Thursday, February 12, 2015

Petua : Mengatasi masalah rambut gugur

Masalah rambut gugur. Rambut adalah mahkota. Tanpa rambut gondol lah kome tu. Tapi ada sesetengah lelaki itu suka botakkan kepala mereka. Ada dua persepsi disini kenapa mereka botakkan kepala mereka. Pertama, supaya nampak lebih macho dan keduanya, mereka nampak lebih pelik jika berambut. Jadi mereka botakkan rambut mereka. Bagi golongan wanita, adalah sangat pelik kalau wanita itu botak. Sebab itu dikatakan rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.

Rambut gugur

Gambar ehsan Google.


Entry kali ini, teman nak kongsikan petua untuk mengatasi masalah rambut gugur. Terutama bagi golongan wanita, mereka sangat risau jika rambut mereka gugur di tahap kronik. Sebelum ini teman ada kongsikan beberapa petua untuk mengatasi masalah rambut gugur. Teman senaraikan di bawah;


Untuk membuat petua ini, bahan utam yang di perlukan ialah biji halba.

Masalah rambut gugur

Gambar ehsan Google.

Dapatkan biji halba secukupnya. Biji halba ini dikisar sehingga hancur. Kemudian bancuh dengan sedikit air sebelum di sapukan di atas kepala. Lakukan sedikit urut lembut di kulit kepala. Kemudian biarkan selam setengah jam. Setreusnya, bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Petua ini bukan saja dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur tetapi dalam waktu yang sama menjadikan rambut sihat berseri.

Selamat mencuba!

Petua : Menghilangkan kedut di wajah

Wajah berkedut. Inilah satu perkara yang paling menakutkan bagi kebanyakkan orang, terutamanya bagi golongan wanita. Sebelum nie adalah teman kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah kedutan di wajah. Kalau kome nak membacanya boleh klik kat sini ye.


Untuk menghilangkan kedutan yang mula menghuni di bahagian wajah kome tu, mula-mula kome kenalah dapatkan bahan-bahan nie;

Lobak merah

Gambar ehsan Google.
  • Sebiji lobak merah (diparut sehingga hancur)
  • Satu sudu tepung jagung
  • Sebiji telur (di ambil kuning telur sahaja)
Kuning telur

Gambar ehsan Google.

Ketiga-tiga bahan ini, kome campurkan dan kacau sehingga sebati. Bila dah sebati, boleh lah sapukan pada bahagian wajah yang berkedut tu dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari, di sebelah pagi selepas bangun dari tidur dan malam sebelum tidur. Jadikan ini amalan seharian.

Selamat mencuba!

Sunday, February 8, 2015

Kuliah : Doa pengikat kasih sayang

Macam mana nak mengeratkan kasih sayang, terutama bagi suami isteri. Dalam segment kuliah kali ini, teman kongsikan doa yang boleh dijadikan amalan seharian. Baca doa ini untuk menguatkan hubungan di antara suami dan isteri. Untuk mendapatkan kesan yang baik, amalkan selalu dengan membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, cukup sekadar baca di dalam hati.

Doa pengikat kasih sayang
Gambar ehsan FB AnugerahQuran.


Selalu-selalu lah dengar ceramah Ustaz Kazim. Banyak tips yang di kongsikan bersama untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami, isteri dan keluarga. Kalau Dah Jodoh.

Saturday, February 7, 2015

Kuliah - Salji turun di timur tengah

Maha suci Allah yang berkuasa di atas segala-galanya. Padang pasir yang kering kontang pun boleh di sejuk dengan turunnya salji. Kejadian ini di rakamkan pada penghujung tahun 2014.

video

Semoga perkongsian ini membawa keberkatan dan keinsafan kepada semua. Insya-Allah.

Thursday, February 5, 2015

Petua : Untuk memulihkan sakit kepala

Masalah sakit kepala? Kadang-kadang tu dah makan ubat pun sakit kepala tak juga hilang. Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang tak dapat di rungkaikan. Agak complicated. Kalau pegi klinik, doktor mestikan akan bagi ubat dan suruh berehat.

Teman terjumpa petua nie dalam satu majalah semasa membacanya di perpustakaan weekend lepas. Nie teman kongsikan disini.

Kome tahu tak daun lemuni. Teman pun baru je tahu, daun lemuni boleh di buat ulam. Banyak juga khasiat daun lemuni yang tak kita ketahui. Nie la rupa daun lemuni.



Ok, kome dah tau kan macam mana rupa daun lemuni nie. Tak payah la cabut daun tu sehelai sehelai. Kome ambik bahagian pucuk tu, bahagian yang batangnya lembut. Ambil dalam sekilo gitu.

Kemudian, masukkan dalam sarung bantal dan tidur lah guna bantal nie. Amalkan dua hingga 3 hari dan insya-Allah kome akan rasa segar dan kepala terasa ringan.

Ok, Selamat mencuba ye.

Petua : Untuk menghilangkan kelumumur

Kome ada masalah kelumumur? Kalau kome dah cuba pelbagai jenis syampu rambut, tapi masalah kelumumur tak hilang juga, mungkin kome boleh mencuba petua nie. Caranya mudah saja. Kome perlu dapatkan beberapa biji buah limau purut atau pun buah limau nipis.


Gambar ehsan Google.

Kemudian, perahkan buah limau ini untuk mendapatkan jusnya. Selepas itu, lumurkan jus limau ini pada kulit kepala. Untuk hasil yang lebih, balut kome tu dengan tuala. Macam dalam gambar nie.


Gambar ehsan Google.

Biarkan untuk 2-3 jam. Kemudian, bilas dengan air suam. Jadikan ia amalan sehingga kelumumur itu hilang. Petua ini boleh juga digunakan untuk mengurangkan sakit atau pening kepala.

Petua : Untuk menurunkan berat badan

Masalah berat badan. Isu nie sangat sensitif terutama pada golongan wanita. Di pejabat teman, ada beberapa kenalan wanita menyimpan penimbang berat badan digital dan mereka nie menimbang berat badan setiap hari. Kalau penurunan, pasti akan ada sorakkan gembira. Kalau ada kenaikan, pasti kedengaran "esok nak diet la".


Ada juga di antara mereka nie cemburu dengan teman. Maklumlah, makan banyak mana pun, badan tak naik-naik. Tetap maintain slim je :d


Gambar ehsan Google.

Ok, entry kali nie teman nak kongsikan satu petua yang boleh dijadikan amalan untuk menurunkan berat badan. Caranya mudah saja. Dapatkan teh cina. Buatkan air teh cina tanpa gula. Kemudian campurkan dengan perahan air limau nipis. Minum dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Jadikan petua ini amalan seharian. Untuk pengetahuan, teh cina nie kaya dengan anti oksidan.

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba ye. Kalau ada sesiapa yang mengamalkan petua, sudi-sudikan lah kongsikan pengalaman kome tu kat sini.

*teman kalau order jus buah, lebih gemarkan apple asam boi, jus oren dan air limau nipis. Paling tidak pun lemon tea saja... :d

Sunday, February 1, 2015

Kuliah : Doa mengelak santau, penyakit dan racun

Lindungi diri dari santau, penyakit, racun serta ganguan syaitan. Manusia nie isi hatinya macam-macam. Kita tak tahu apa yang ada dihatinya. Bila berhadapan nampak baik je. Di belakang kita, tak tahulah apa benda yang dibuatnya. Dalam segment kuliah pagi nie, teman hendak kongsikan doa yang boleh dijadikan amalan seharian.

Doa pelindung dari racun, santau dan penyakit


Gambar ehsan FB AnugerahQuran.

Amalkan doa ini setiap hari terutamanya selepas mengerjakan solat fardhu. Mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah dari segala kejahatan dan kesusahan yang menimpa. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...