Thursday, December 3, 2015

Petua : Untuk melembabkan wajah

Petua untuk melembab dan menyerikan wajah. Wajah adalah antara aset terpenting bagi setiap orang. Kenapa wajah penting? Sebabnya, perkara pertama yang akan orang tengok ialah wajah atau muka seseorang itu. So, bila wajah kemas dan berseri akan menyerlahkan lagi penampilan seseorang itu. Betul tak statement nie?


Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua hari ini, teman nak kongsikan satu petua untuk melembabkan kulit muka. Petua ini bukan saja dapat melembabkan kulit di bahagian muka malah menaikkan seri wajah. Petua nie agak mahal juga di praktikkan. Tapi ianya berbaloi. Untuk membuat petua ini, mula-mula dapatkan bahan-bahan di bawah nie;

  • Buah strawberry (sekurang-kurangnya tiba biji)
  • Susu segar
Caranya macam nie. Mula-mula bersihkan tiga biji buah strawberry tu. Kemudian masukkan kedalam pengisar makanan dan tambah tujuh sudu makan susu segar. Kisar sehingga halus dan rata. Bahan ini kemudian boleh dijadikan masker. Sapukan masker strawberry dan susu ini pada keseluruhan kulit wajah dengan mengunakan berus halus supaya ianya lebih rata. Biarkan ia kering dan kemudian bolehlah di bilas dengan air bersih.

Untuk makluman, kandungan air pada buah strawberry yang banyak itu boleh berfungsi untuk melembabkan wajah dan menghilang kulit kusam.

Selamat mencuba.




6 comments :

  1. makan pun sedap ni..strawberry milkshake..huhu

    ReplyDelete
  2. Memang betul-betul mahal petua ni. Tapi boleh cuba jika nak wajah nampak berseri kan..

    ReplyDelete
  3. hehehe.. tak sempat blend, ngap masuk mulut dulu..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...