Thursday, August 27, 2015

Petua : Penawar sakit tekak

Sakit tekak. Cuaca sekarang tidak menentu. Diburukkan lagi dengan pencemaran udara. Cuaca sebegini kadang-kala mengakibatkan sakit tekak. Tekak akan menjadi perit dan menjejaskan aktiviti seharian. Jika ianya berlanjutan, sakit tekak boleh menjejaskan kesihatan.

Sakit tekak

Gambar ehsan Google.

Untuk petua kali, bahan utamakan yang diperlukan ialah asam keping. Dalam entry yang lepas, teman ada juga kongsikan petua merawat sakit tekak dengan mengunakan asam keping. Klik disini untuk membacanya. Tapi petua kali ini agak berbeza sedikit.

Asam keping

Gambar ehsan Google.

Ambil beberapa keping asam keping atau asam gelugur. Kemudian, dibakar sehingga hangus. Selepas itu tumbuk sehingga halus dan gaulkan dengan air sirih sehingga sebati. Campuran ini boleh lah disapukan pada bahagian tekak yang sakit. InsyaAllah, sakit akan cepat sembuh.

Sebelum ini, teman kongsikan beberapa petua untuk mengatasi sakit tekak. Klik link di bawah untuk membacanya.


1 comment :

  1. Boleh guna cara ni pula. Musim sekarang cuaca tak menentu.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...