Friday, August 14, 2015

Pelangi

Kisah Pelangi. Bukan mudah untuk bertemu dengan Pelangi. Pelangi kebiasaannya muncul di waktu petang yang cerah selepas hujan. Kisahnya bermula dengan seorang guru yang baru ditukar ke sebuah sekolah di luar bandar.


Gambar ehsan Google.

Sebelum memberi pelajaran, cikgu baru ingin berkenalan dengan murid-muridnya.

Cikgu: “Cuba kamu yang di hadapan, apa nama dan apa hobi kamu?”

Murid #1: “Nama saya Wahyu, hobi memancing di sungai sambil lihat pelangi, cikgu!”

Guru: “Cuba yang duduk di sebelahnya?”

Murid #2: “Nama saya Marwan, hobi makan ubi rebus di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu”

Guru: “Ooo sama, kalian bersahabat ya? Cuba yang duduk kat belakang tu..?”

Murid #3: “Nama saya Abu, hobi bersembang di pinggir sungai sambil lihat pelangi, cikgu....!"

Guru: “Wah … sama juga? Rupanya korang satu geng lah ya?

Cuba yang hansem di sudut sana?”

Murid #4: “Nama saya Adi, hobi makan cendol di pinggir sungai sambil lihat pelangi. Cikgu.....!"

Guru: “Ya hobi kamu semuanya sama ya,

Cuba yang cantik manis di bangku tengah tu, apa nama dan hobi kamu?”

Murid #5: “Nama saya Pelangi, hobi mandi di sungai. Cikgu...!”

Guru: “Oooo... Patut lerr....!!!"

2 comments :

  1. Akhirnya cikgu tersebut memperoleh jawapan sebenar disebalik pelangi.. ;)

    ReplyDelete
  2. ahaksss! rupenye pelangi itu name org, adoi.. semua satu kelas..tak puas ke tgk pelangi dalam kelas???grrr..nakal budak2 skarang, heee~

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...